Archive for May, 2010


Oleh: A. Amri

Transformasi Modal Insan dalam Universiti

Selaras dengan agenda transformasi sektor awam yang telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada awal tahun 2010 lalu, pihak pengurusan institusi pengajian tinggi di Malaysia juga perlu melihat kembali secara serius strategi pengurusan sumber manusia di universiti. Apa yang sering dititikberatkan adalah kecemerlangan akademia dan tenaga pengajar, namun satu faktor yang sering dipandang sebelah mata adalah pembangunan kakitangan bukan akademik.

Tidak dinafikan bahawa pembangunan kakitangan bukan akademik menjadi perhatian pihak pengurusan universiti, tetapi sejauh mana ia dijadikan agenda utama yang mendasar dalam proses transformasi? Sebagai contoh, rata-rata apabila disebut tentang pembaharuan dalam urus tadbir bagi melahirkan modal insan bermentaliti kelas pertama atau berprestasi tinggi, aspek yang diulas adalah tentang keperluan membangunkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan, selain pembelajaran sepanjang hayat. Sejauh mana keberkesanan sistem pengurusan sumber manusia dalam melahirkan modal insan yang diwarwarkan? Adakah pihak universiti mensasarkan suatu pelan transformasional yang menyeluruh terhadap kakitangan bukan akademik sebagaimana dilakukan terhadap kepimpinan universiti, kakitangan akademik dan pelajar?

Inovasi yang melibatkan pembangunan kakitangan bukan akademik amat kurang berbanding inovasi dalam pembangunan kakitangan akademik, kepimpinan universiti dan pelajar universiti. Jika dilihat secara mikro, kakitangan pentadbiran di peringkat pertengahan (middle management) misalnya, kurang menerima impak transformasi yang dijalankan oleh pihak universiti sedangkan mereka ini yang menjadi penggerak kepada pelan transformasi dari segi operasional. Hal ini mungkin berbeza di kementerian atau di jabatan-jabatan kerajaan lain kerana hampir keseluruhan jentera pentadbiran adalah kakitangan bukan akademik dan hasil produk adalah output perkhidmatan kementerian atau jabatan itu sendiri.

Walau bagaimanapun di universiti keadaannya berbeza. Rata-rata nisbah kakitangan bukan akademik berbanding kakitangan akademik adalah antara 40:60, 50:50 atau 60:40. Ini bermakna kakitangan bukan akademik menyumbang 40-60% tenaga dalam membangunkan kecemerlangan universiti. Oleh itu, perhatian serius harus diberikan terhadap pembangunan sumber ini dan bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

Pelan Strategik Pembangunan Sumber Manusia

Pakar-pakar pengurusan meletakkan perancangan strategik sumber manusia sebagai salah satu agenda penting dalam abad ke-21. Ia merupakan ‘road-map’ kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan sikap pekerja. Tanpanya, sumber manusia sesebuah organisasi tidak akan terfokus dalam mencapai hala tuju organisasi.

Harrison (1997) mendefinisikan pembangunan modal insan strategik sebagai “penyediaan latihan, aktiviti pembangunan dan pembelajaran yang direkabentuk untuk meningkatkan penggunaan modal insan dan menyumbang secara berkesan ke arah pencapaian objektif organisasi.” Pembangunan strategik biasanya adalah satu proses jangka panjang yang dilakukan di peringkat organisasi selaras dengan perubahan yang berlaku di dalam dan luar organisasi tersebut.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pembangunan strategik sumber manusia melibatkan proses pembangunan kompetensi dalam jangka panjang secara terancang yang akhirnya menyumbang kepada pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Ia adalah ’win-win situation’ kepada pekerja dan organisasi. Pembangunan sumber manusia secara strategik mampu memastikan kompetensi dan produktiviti pekerja di sesebuah organisasi sentiasa berada di tahap yang tinggi.

Pelan strategik pembangunan sumber manusia hanya akan berguna kepada sesebuah organisasi apabila ia selari dengan pelan strategik organisasi yang sedia ada dan dapat menangani isu-isu mendasar agar pekerja kekal bermotivasi, komited dan efisien. Antara isu-isu yang harus diambil kira dalam pelan strategik adalah:

  • Isu keadilan
  • Pelan penggantian (succession plan)
  • Peningkatan kemahiran dan pengetahuan pekerja
  • Ganjaran dan pengiktirafan terhadap sumbangan pekerja
  • Pelan laluan kerjaya

Apa yang paling penting dalam membangunkan suatu pelan strategik sumber manusia ialah ia harus diterima oleh keseluruhan organisasi. Ini dapat memastikan pelaksanaan pelan disokong dan didokong 100% oleh keseluruhan warga organisasi untuk memperolehi hasil yang diharapkan. Bagi memastikan pelan yang dibentuk mendapat sokongan warga organisasi, 5 perkara berikut wajar dilakukan:

  • Berunding dengan semua pemegang saham (stake holders) yang terlibat dala pelan strategik tersebut.
  • Memfokus kepada manfaat-manfaat yang dapat dijana daripada pelan tersebut.
  • Mendapat maklum balas terhadap pelan strategik daripada semua pekerja
  • Memastikan output boleh dinilai dan dipantau
  • Memberi kefahaman kepada pekerja melalui kursus-kursus induksi

Halangan-halangan dalam Kejayaan Pelan Strategik Sumber Manusia

Perancangan yang bagus tetapi tidak membuahkan hasil tiada bezanya dengan sebuah perancangan yang tidak bagus. Sebaik manapun sesebuah perancangan, pihak yang merancang perlu berhati-hati agar pelaksanaannya tidak terbantut. Berikut adalah 5 ’jerangkap samar’ dalam perancangan strategik sumber manusia:

  • Pihak pengurusan tidak meramal perubahan dalam organisasi dan persekitaran
  • Pihak pengurusan kurang mahir mengurus perubahan
  • Pihak pengurusan tidak memantau keberkesanan staf kompetensi staf
  • Pengurusan tertinggi kurang memberi komitmen
  • Komitmen staf yang rendah kerana ’breakdown’ dalam komunikasi


Enam dekad yang lalu,

Di waktu dan ketika sebegini,

Saudaraku di Palestin dihina dan dikeji,

Maruah mereka diinjak-injaki,

Dunia seakan membisu dan menyepi,

Kezaliman Zionis menampakkan diri.

Keegoan Arab mula meresapi,

Menjalar di urat saraf bangsa ini,

Atas semangat Arab senjata dijulangi,

Ungkapan perkauman Arab dihambur ke kanan dan kiri,

Di akhir gelanggang ego Arabnya terkulai lagi,

Saudaraku di Palestin dizalimi lagi,

Dek kesilapan saudara Arab-nya sendiri.

Dunia pun mula menabur janji,

Rundingan pun diatur di sana-sini,

Pemimpin Palestin digula dan dibeli,

Saudaraku di Palestin berharap lagi,

Agar Al-Quds merdeka kembali,

Namun, darah syuhadanya mengalir lagi.

Demi Al-Quds, mereka berkorban lagi.

62 tahun berlaku kini,

Saudaraku di Palestin semakin mengerti,

Yahudi dan Zionist perlu dihadapi,

Dengan peluru dan semangat sekeras besi,

Langkah perang disusun penuh strategi,

Umat Islam di Palestin dibela dan dilindungi,

Kemenangan atau syahid yang dicari.

Saudara Islamku di seluruh buana ini,

Ingatlah, Al Quds masih dalam genggaman Yahudi,

Jangan biarkan Mujahidin Palestin berjuang sendiri,

Usaha dan semangat mereka harus dicontohi,

Maruah Islam wajib diangkat kembali.

Oleh: M.Fauzi

Oleh: M. Fauzi

Muzik & lagu,

Konsert & artis,

Permainan berkomputer & Playstation,

Friendster & Facebook,

Video & DVD,

Majalah & blog hiburan,

MP3 & Youtube,

Pesta & keramaian,

dan pelbagai lagi perkara seumpamanya.

Semuanya nampak ‘familiar’ bukan? Majoriti daripada mahasiswa berada dalam usia remaja, semua yang disenaraikan di atas seakan sinonim dengan kita semua. Malah senarai seumpamanya mungkin lebih panjang. Cuba perhatikan, apa ciri-ciri yang tersurat dan tersirat dari senarai di atas. Hiburan, ‘entertainment’, santai dan sebagainya adalah nama yang diletakkan untuk menyatakan perilaku di atas. Namun kesemua di atas boleh dirangkumi dalam kelompok sosial yang dipanggil ‘hedonisme’.

‘Hedonisme’ – Apakah dia sebenarnya.

Kamus Dewan mendefinisikan hedonisme sebagai ‘pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan kesenangan hidup’. Secara umumnya, hedonisme adalah ‘pendekatan sosial yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup’. Sebagaimana ‘isme-isme’ yang lain seperti sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan lain-lain, ‘isme’ itu menggambarkan pegangan dan cara hidup.  Mereka yang terjebak dengan hedonisme mengikat diri mereka dengan hiburan sebaik celik mata hinggalah menutup mata.

Kita semua menyedari bahawa Islam itu syumul, lengkap dan menyeluruh. Islam tidak hanya ditafsirkan dari sudut ibadah dan ritual semata-mata. Islam itu Ad-Deen. Islam itu sebagai cara hidup. Lengkap dari pelbagai sudut dan aspek. Sebagai seorang Islam, mengapa harus menerima pakai ‘isme-isme’ yang lain.

Bagi mereka yang cenderung kepada hedonisme, hidupnya diwarnai dengan hiburan. Pagi beralih ke tengah hari, senja menyongsong petang, malam semakin pekat – hiburan demi hiburan menjadi peneman. Dari tv, radio, perisian komputer, aplikasi internet hinggalah ke buku dan majalah, semuanya berbaur hiburan. Sebagai seorang Islam, apatah lagi berada dalam status sebagai mahasiswa yang berpengetahuan, tidak sukar untuk membezakan yang mana yang dinisbatkan sebagai hedonisme dan mana yang tidak.

Diakui, lahiriah manusia amat gemar kepada hiburan dan perayaan. Menjadi norma setiap bangsa dan agama di dunia mempunyai perayaan-perayaannya yang tersendiri. Lazimnya perayaan ini diiringi dengan pesta dan keramaian. Pelbagai jenis hiburan dipertontonkan. Tataan tarian, nyanyian dan iringan muzik dipersembahkan. Malah ada sesetengahnya yang melangkaui lebih jauh dari itu. Tidak cukup dengan halwa lidah dan halwa telinga, nafsu para hadirin dijamu dengan tubuh dan badan. Na ‘au’zubillah.

Berbeza dengan Islam, Allah Ta’ala mensyariatkan agar umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Perayaan-perayaan ini mempunyai hikmah dan pengertian yang tersendiri selaras dengan tuntutan agama dan bukannya menurut hawa nafsu. Malah di dalam buku-buku yang menerangkan tentang hukum fekah, jelas diterangkan jenis hiburan dan jenis alat muzik yang dibenarkan dalam Islam. Ini jelas menunjukkan betapa agama Islam turut memberikan ruang dan peluang untuk para penganutnya berhibur asalkan tidak ‘lagha’ (lalai) dan bertentangan dengan hukum syarak.

Hedonisme – Jarum Terhalus Zionis

Menyorot semula sejarah permulaan keruntuhan moral masyarakat moden, titik hitamnya bermula dengan wujudnya Protokol Zionis. Kata sepakat dicapai oleh cendekiawan dan pemikir bangsa Yahudi dalam Kongres yang dipengerusikan oleh Theodor Hertzl. Kongres ini berlangsung di Basel, Switzerland pada 1897. Selama lebih dari 113 tahun lamanya, bangsa Yahudi melaksanakan kesemua 24 protokol yang turut dikenali sebagai ‘The Protocols of Learned Elders of Zion’ dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Setiap protokol mempunyai pelan khusus pelaksanaannya yang hanya diketahui oleh orang-orang yang menganggotai Freemason dan Iluminati. Kedua-duanya adalah organisasi hitam yang menjadi hujung tombak golongan Zionis.

Lalu apa kaitannya antara Protokol Yahudi dengan hedonisme? Penerangan tentang  Protokol Kesepuluh dapat memberikan jawapan kepada persoalan di atas. Ia dicatatkan antaranya sebagai berikut:-

‘Pemikiran liberalisme akan ditanam dalam minda pemimpin  negara-negara bukan Yahudi. Akibatnya kestabilan politik menjadi goyang dan pilihanraya dapat diatur. Kemenangan akan disusun agar pemimpin-pemimpin yang cenderung kepada Zionis akan beroleh kemenangan. Maka semua perancangan Yahudi akan dapat dilaksanakan olehnya’.

Protokol kesepuluh, telah diterjemahkan pelaksanaannya dan didakwa oleh sesetengah pihak sebagai elemen-elemen yang menyokong dan melicinkan penyerapan doktrin hedonisme dalam masyarakat. Terdapat lapan perkara yang diterapkan agar menjadi budaya dalam kalangan orang-orang bukan Yahudi. Lapan perkara ini diakronimkan dengan ‘4S & 4F’. Song, seks, smoke (rokok) dan sport dikelompok dalam 4S manakala fun (hiburan)’, female (perempuan), fashion, dan food. Semuanya ditujukan khusus untuk anak-anak muda dan remaja yang menjadi generasi pelapis umat. Hasil dari peranan media massa yang dikuasai oleh golongan Zionis ini maka kesemua perkara ini seolah-olah menjadi budaya moden di seluruh dunia. Kemajuan sesebuah masyarakat diukur dari segi keterbukaan masyarakat menerima dan mengasimilisasikan kesemua 4S & 4F ini.

Mungkin pada mata kasar mahasiswa sekalian, 4S & 4F ini adalah perkara biasa yang telah menjadi realiti dalam masyarakat Malaysia. Ia telah bertapak bertahun-tahun lamanya dalam masyarakat Malaysia. Maka, mungkin timbul pertanyaan di hati kita :-

  • ”4S & 4F, takkan tak biasa kot?”
  • “Patutkah kita meminggirkannya?”
  • ”Bukankah ia telah menjadi sebahagian dari kehidupan kita?”

Jika persoalan-persoalan ini timbul difikiran kita, maka percayalah bahawa matlamat Protokol Kesepuluh ini telah mengakar umbi dalam kehidupan kita tanpa disedari. Cuba kita bayangkan anak-anak muda Islam hanyut dalam dunia hiburan. Tidak cukup penyanyi dan pemuzik dipuja-puja, ramai pula yang berangan-angan dan berusaha untuk menjadi sebahagian darinya. Lagu-lagu digubah untuk menaikkan nama dan imej.

Pelbagai fesyen direka agar kelihatan lain dari yang lain. Rokok sentiasa tersepit di bibir atau dikepit di jari. Promosi-promosi pun berlangsung agar ia menjadi ikutan. Cerita-cerita panas tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu dan berbentuk zina dihebohkan. Masing-masing merelakan diri menjadi bahan gossip. Bercinta pun heboh, berkahwin biar lebih ‘glamour’ dari yang lain dan bercerai-berai biar lagi kecoh. Lebih panas lebih hebat. Wartawan-wartawan diupah untuk memanaskan keadaan. Untuk tidak nampak ketinggalan dan dianggap kolot, makanan Barat dijamah dan arak diteguk. Pub dan disko dikunjungi. Lebih ‘power’ jika terlibat dengan najis dadah. Hidup berselubung dengan maksiat. Namun ini adalah realiti dalam dunia hiburan dan dunia sukan.

Para peminat yang rendah akal ternganga dan melopong melihat betapa gah, glamour dan terkenalnya artis dan ahli sukan pujaan. Gambar, cerita dan berita sensasi mengenai kehidupan mereka dipaparkan di televisyen, majalah, blog dan suratkhabar. Hidup mereka digambarkan sebagai moden, kontemporari dan mewah. Maka ramailah terpengaruh untuk mengikut jejak langkah mereka. Bagi remaja dan anak-anak muda, tidak dapat jadi artis dan ahli sukan pun, dapat meniru fesyen mereka pun jadilah. Maka kesan protokol Yahudi yang kesepuluhs ini berjaya sampai ke ruang tamu rumah kita tanpa disedari.

Untuk menjelaskan lagi betapa pentingnya hedonisme ini menjadi urat nadi manusia, Yahudi Zionis memberi penekanan sekali lagi sebagaimana yang terkandung dalam Protokol Ke-13 yang antara lain bermaksud seperti berikut:-

‘Untuk menjahanamkan dan meruntuhkan sesebuah bangsa dan negara, bangsa Yahudi mestilah menghapuskan golongan intelek dan cediakawan bukan Yahudi. Golongan ahli perniagaan harus turut dimufliskan dengan melaga-lagakan dan mewujudkan persaingan kotor yang menghancurkan penguasaan mereka. Pesta-pesta pelbagai bentuk, hiburan dan keramaian harus dicipta dan dirayakan. Penganjurannya haruslah diwar-warkan untuk kelihatan berprestij dan meriah. Semua ini penting agar kekayaan negara-negara bukan Yahudi dihabiskan untuk penganjurannya. Orang bukan Yahudi harus dialihkan &  dilumpuhkan keupayaan mereka berfikir. Ketajaman fikiran mereka harus dipesongkan dengan asakan hiburan, pertandingan sukan, penganjuran pesta kebudayaan, keasyikan karya-karya kesenian dan pelbagai pertandingan lain. Permusuhan harus disemai hasil dari persaingan kotor dan tidak sihat’.

Lalu, apakah tindakan kita?

Mahasiswa sekalian boleh melihat dan memahami dengan jelas, semua perancangan dan pelan pelaksanaan yang dirangka oleh Yahudi Zionis. Semuanya telah menjadi budaya dan sebahagian dari denyut nadi masyarakat hari ini. Apakah tindakan yang harus dilaksanakan? Patutkah kita menongkah dan menentang arus atau memilih untuk berpeluk tubuh mendiamkan diri. Atau mungkin lebih malang, ikut hanyut bersama gejala-gejala yang sungguh merosakkan ini.

Asas utama untuk bertindak adalah dengan menyedarkan diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan orang-orang yang kita kasihi. Ambillah langkah pertama dengan menjauhkan diri sedikit demi sedikit dari cengkaman budaya hedonisme. Jauhkan diri dari membeli dan mengikuti berita-berita yang bersifat hiburan. Jauhkan diri dari terikut-ikut dengan fesyen terkini dan bermusim sifatnya. Jauhkan diri dari rokok dan perkara-perkara yang seumpamanya. Mungkin timbul persoalan, apakah alternatif selain dari hiburan?

Jawapannya cukup mudah Islam telah lama menyediakan jalan hiburan yang bersesuaian. Malah hiburan yang paling menarik dan berterusan sifatnya adalah penerokaan ilmu. Ia sesuai dengan realiti kehidupan mahasiswa. Jadikan penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang ini sebagai satu budaya. Habiskan waktu yang ada dengan mempelajari ilmu, memperkembangkannya dan menyebarkannya sejauh dan semampu yang boleh. Bentukkanlah peribadi, ketrampilan dan gandingkan amal ibadat dengan ilmu. Jadikan diri anda seorang da’i. Berusahalah untuk mencapai tahap ‘murabbi’.

Lakukan ini dengan niat ikhlas kerana Allah Ta’ala. Percayalah mahasiswa sekalian. Ia sangat bermanfaat. Di dunia dengan izin Allah Ta’ala, anda akan beroleh penghormatan dari orang lain dan menjadi sumber rujukan. Di alam barzakh ia menjadi bekalan yang tidak putus-putus dan menjadi sandaran untuk anda mengetuk pintu syurga yang kekal dan abadi. Insya Allah.

Oleh: M. Fauzi

Umumnya, seluruh dunia Islam bersetuju bahawa penjajahan negara haram Israel ke atas wilayah umat Islam Palestin, mencalar maruah umat Islam. Bukan menafikan rasa tercalar dan tercabar atas penjajahan ke atas wilayah umat Islam lain, dan bukannya menafikan perjuangan untuk membebaskan wilayah Islam yang lain tidak penting. Kepentingan isu Palestin mempunyai bisanya yang tersendiri, menusuk ke urat saraf maruah dan air muka umat Islam.

Mana maruah kita sebagai umat Islam, tempat suci Islam yang ketiga dijajah dan diinjak-injak? Laman Masjid Al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama diceroboh. Umat Islam yang berjuang gigih mempertahankannya seolah ditelanjangkan maruahnya. Mana maruah kita, penjajah yang berhati binatang yang menginjaknya tidak lain dari orang Yahudi, musuh tradisi umat Islam sejak dari zaman Rasullullah s.a.w.?

Manifesto Perkauman yang Gagal

Kegarangan, kegagahan dan ego perkauman orang Arab tenggelam di dalam pasir Gurun Sahara setelah ditewaskan sebanyak tiga kali dalam Perang Oktober 1948, Perang Enam Hari dan Perang Yom Kippur. Apakah punca kekalahan ini? Jawapannya mudah, ketiga-tiga perang ini adalah perang antara bangsa Arab melawan bangsa Yahudi dan bukannya perang antara umat Islam melawan orang Yahudi dan fahaman Zionisnya. Orang Arab pada masa itu melaungkan semangat nasionalis atau fahaman perkauman Pan-Arab dan enggan menerima Islam sebagai asas untuk menentang kewujudan negara haram Israel.

Jika suatu ketika dahulu pemimpin Arab Mesir seakan menjadi juara dalam memperjuangkan nasib orang Arab Palestin. Pertubuhan Pembebasan Palestin berfahaman nasionalis/perkauman Arab yang diketuai oleh Yasser Arafat suatu ketika kelihatan garang, tetapi akhirnya lebih banyak layu di meja rundingan. Pendekatan meja rundingan ini turut menjadi pilihan pemimpin Arab nasionalis yang takut mati dan takut hilang takhta dan sumber kekayaan.

Kita yang menjadi pemerhati di luar merasa jelik dan jijik melihat tingkah laku pemimpin perkauman Arab ini. Apakah pemimpin Arab ini seakan tidak mengerti hasil yang dicapai apabila berunding dengan orang Yahudi yang terkenal licik? Lebih memualkan tentang kebebalan pemimpin perkauman Arab ini apabila merelakan pemimpin Amerika & Eropah menjadi orang tengah di meja rundingan. Terang lagi bersuluh, pemimpin Amerika & Eropah adalah yang merupakan penganut fahaman zionis yang taat.

Namun janganlah kita merasa hairan. Fahaman nasionalis atau perkauman ini adalah fahaman yang direka oleh golongan zionis. Fahaman nasionalis ini dijadikan hujung pisau untuk menikam dan menghiris Empayar Islam Uthmaniyyah menjadi berkeping-keping seperti kita lihat hari ini.

Saat rundingan tarik tali ini berlangsung, bilangan umat Islam yang syahid semakin meningkat. Peluru dan bom yang dilepaskan tidak mengenal mana satu pejuang dan orang awam. Orang dewasa, remaja, warga emas, bayi dan kanak-kanak serta lelaki dan perempuan tidak dapat dibezakan walau apa jua jenis peluru yang dilepaskan oleh tangan pengganas Yahudi. Rumah umat Islam Palestin diroboh tidak bersebab. Tanah-tanah milik umat Islam Palestin dirampas.

Hakikatnya imej ‘perjuangan dan jurucakap untuk Palestin’ yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin perkauman Arab hanya ‘munafik’ sifatnya. Apalah sangat kedegilan Israel dibalas dengan resolusi kutukan dan kecaman yang diputuskan di persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kutukan sebegini tidak memberi sebarang kesan sedikitpun. Ia umpama kita mengutuk dan mengecam rakan sekelas kita dalam perbualan harian di sekolah layaknya.

Mara kita tanya pemimpin perkauman Arab ini. Bolehkah resolusi PBB ini mengembalikan tanah umat Islam yang dirampas pengganas Israel? Mampukah kutukan dan kecaman ini mampu menghentikan keganasan Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza? Sayang sungguh pemimpin nasionalis/perkauman Arab pada rakan Yahudi Israelnya. Hingga laras raifal dan meriam mereka turut lentok seperti tengkuk unta. Lidahnya nyata bercabang, ada tangan tersimpan kemas dalam jubah labuh Arabnya.

Israel – Panas Di Luar & Hangat Di Dalam

Penghujung tahun 1990-an menyaksikan perjuangan membela umat Islam Palestin mendapat sentuhan baru. Pejuang yang berani berhadapan dengan rejim ganas Israel adalah anak-anak muda yang mendapat sentuhan tarbiyyah Islam, di khemah-khemah pelarian. Generasi baru pejuang ini lebih berani berhadapan dengan tentera negara haram Israel kerana yakin dengan janji Allah Ta’ala. Pengorbanan dan  penat lelah perjuangan diganjarkan dengan pahala yang berganda. Status sebagai syuhada menjadi idaman setiap pejuang. Kumpulan pejuang ini berkembang luas di bawah hidung Israel.

Nun di utara Israel, di wilayah Lubnan (yang dikenali sebagai selatan Lubnan) yang dijajah Israel, Hezbollah mengembangkan pengaruhnya selepas tamat perang saudara Lubnan yang disertainya. Gasakkan pejuang Islam Hezbollah selama lebih 12 tahun  ke atas tentera negara haram Israel dan sekutunya, tentera Kristian Phalangist di bawah South Lebanon Army (SLA) membuahkan hasil. Tentera Israel terpaksa berundur dari wilayah selatan Lubnan pada tahun 2000. Enam tahun selepas itu, cubaan negara Israel untuk merampas semula wilayah itu dipatahkan oleh Hezbollah dalam Perang Lubnan 2006. Israel dikalahkan dan terpaksa menerima kehadiran pengaman PBB di sempadannya hingga ke hari ini. Kemenangan manis ini menjadikan reputasi Hezbollah semakin harum dan mendapat tempat di hati rakyat dan pemimpin Lubnan. Pencinta dan umat Islam seluruh dunia seakan mendapat nafas baru. Masing-masing mengkagumi dan melahirkan kesyukuran atas kemenangan yang dianugerahkan kepada Hezbollah. Pegangan mazhab Syiah oleh Hezbollah tidak menghalangnya menerima sokongan dari umat Islam seluruh dunia.

Kuncupnya pengaruh PLO lantaran sikap dolak-dalik pemimpin perkaumannya yang lembut berunding dengan Israel. Namun sikap PLO dan pewarisnya Fatah nyata kasar dan zalim apabila berhadapan dengan pertubuhan yang bersaing dengannya. Kematian Yasser Arafat turut menguburkan pengaruh dan imej PLO\Fatah bersama dengannya di dalam liang lahat. Masyarakat Palestin beralih tumpuan kepada pertubuhan HAMAS yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan untuk membebaskan Baitul Maqdis dan wilayah-wilayah yang dijajah.

Rimas pemimpin Yahudi Israel dengan peningkatan populariti HAMAS. Ketegasan pimpinan HAMAS memperjuangkan untung nasib Palestin menggusarkan pimpinan Yahudi Israel. Sejak ditubuhkan secara rasmi pada 1987, nada perjuangan HAMAS tetap tidak berubah. Operasi-operasi nekad terhadap tentera pengganas Israel meninggalkan parut dan trauma yang bukan sedikit. Masyarakat Palestin seakan mendapat semula momentum perjuangan yang diingini. Muak dengan sikap lemah Fatah, berleluasanya korupsi dan skandal dalaman Fatah, nyata membenam kepercayaan umat Islam Palestin. Kukuh berpegang kepada prinsip Islam, ketegasan dalam politik dan nekad dalam operasi ketenteraan tidak bermakna HAMAS adalah pertubuhan militan. HAMAS amat mengambil berat tentang peranan sosial dalam bidang pendidikan, khidmat perubatan, bantuan makanan dan keperluan asas lain bagi semua peringkat umat Palestin.

Syahidnya Syeikh Ahmad Yassin pada 22 Mac 2004 dan Dr. Abdul Aziz Rantisi pada 17 April tahun yang sama tidak bermakna perjuangan HAMAS terhenti. Umpama api yang marak menyala, mereka berusaha mendapat kuasa untuk memerintah melalui proses pilihanraya. Dengan izin Allah, HAMAS berjaya mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya Palestin pada tahun 2006. Kabinet dibentuk untuk memerintah selaras dengan pendekatan demokrasi.

Namun begitu,  layanan negara-negara nasionalis Arab terhadap kedua-dua gerakan pejuang Islam ini amat menyedihkan. Hezbollah seolah menjadi musuh umum kepada pemimpin perkauman Arab. Hanya pemerintah Lubnan dan Syria yang mahu menghulurkan bantuan dan sokongan. Hezbollah dimusuhi bukan kerana pegangan mazhab Syiahnya, tetapi lebih kerana keistimewaan hubungan antara Hezbollah dengan Republik Islam Iran. Kebencian pemimpin Arab kepada Republik Islam Iran lebih berdasarkan kepada sentimen permusuhan bangsa Arab – Parsi.

HAMAS menerima nasib yang lebih malang. Kemenangan yang diraih pada pilihanraya Palestin tahun 2006 tidak menjadikannya kerajaan yang diiktiraf dan berdaulat. Negara-negara nasionalis Arab bersepakat untuk tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS. Pemimpin nasionalis Arab rela senada dengan pemimpin negara haram Israel. Fatah yang berfahaman nasionalis masih diiktiraf sebagai kerajaan yang sah oleh pemimpin nasionalis Arab dan Israel. HAMAS dihalang membentuk kerajaan walaupun menawarkan kabinet gabungan HAMAS – FATAH sebagai jalan penyelesaian. Keadaa ini memaksa HAMAS mengambil alih pemerintahan Semenanjung Gaza dengan jalan kekerasan pada 14 Jun 2007. Semenanjung Gaza dianggap separuh merdeka.

Namun kemenangan ini dibayar dengan harga yang cukup mahal oleh HAMAS dan warga Gaza. Semenanjung Gaza dikepung. Mesir bersekongkol dengan Israel dengan menutup pintu sempadan masing-masing dengan Semenanjung Gaza. Semenanjung Gaza umpama penjara besar. Warga Palestin Gaza terputus hubungan dengan dunia luar. Rela mata pemimpin Mesir melihat umat Islam Gaza berlapar dan menderita, demi menunjukkan permusuhannya terhadap HAMAS. HAMAS dianggap sebagai cawangan Ikhwanul Muslimin yang sangat dimusuhi dan ditakuti oleh kerajaan Mesir dan pemimpin nasionalis Arab.

Pemimpin nasionalis Arab gentar dan resah dengan pertubuhan yang berteraskan Islam. Mereka bimbang populariti dan takhta yang diduduki akan terlucut dengan kebangkitan gerakan Islam ini. Hasilnya Hezbollah dan HAMAS terus dipulaukan di dunia Islam Arab. Nyatalah ‘Islamphobia’ yang berasal dari negara-negara Kristian Barat, rupanya telah lama berakar umbi di negara Arab sendiri.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.