Category: Hal Ehwal Pembangunan Siswa (HEPS)


Oleh: A. Amri

“Mahasiswa kini lesu”. Kata-kata tersebut dilafazkan sebagai keluhan terhadap fenomena kelesuan mahasiswa sejak berakhirnya ‘zaman kegemilangan’ gerakan mahasiswa pada tahun 60-an dan 70-an suatu ketika dahulu. Benarkah mahasiswa masih lesu?

Menurut Dr. Wan Abdul Rahman Wan Muda, pensyarah Universiti Sains Malaysia, sejak tahun 1976, bibit-bibit kelumpuhan budaya universiti yang sebelum itu mempunyai solidariti idealisme dalam aktiviti-aktiviti mahasiswa mula terhakis. Pasca zaman 1970-an, mahasiswa tidak lagi menjadi juru bicara masyarakat. Suara mahasiswa yang pernah menjadi ‘check and balance’ kepada pemerintah dan pembangkang sudah kian sepi.

Muhammad Faizal Abdul Aziz, Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam komennya mengenai fenomena ini mengatakan bahawa, “hilangnya minat mahasiswa untuk menghayati dan menganalisa keadaan politik, ekonomi dan sosial tempatan mahupun antarabangsa, serta tidak ada lagi slogan ‘Mahasiswa Jurubicara Masyarakat’ kerana kebanyakan mereka sudah tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.”

Jika benar apa yang diperkatakan oleh beliau, maka kita boleh simpulkan bahawa mahasiswa hari ini sudah kurang kesedaran dan mengambil sikap tidak peduli kepada suasana persekitaran. Sebenarnya ini bukan punca kelesuan mahasiswa tetapi ia adalah kesan daripada punca yang lebih berakar umbi. Maka, apakah punca utama kelesuan mahasiswa?

Ramai yang mengataka bahawa budaya takut untuk mengkritik telah menghantui mahasiswa sejak zaman AUKU diperketatkan pada 1975. Berapa ramai yang tahu apa yang terkandung dalam AUKU? Apa yang terkandung dalam AUKU hingga menambat mahasiswa selama lebih 30 tahun? AUKU sebenarnya tidak bersalah. Ia hanyalah akta bagi memastikan sesebuah institusi pengajian tinggi berjalan dengan lancar. Setiap institusi perlukan peraturan. Namun, apakah yang menggerunkan mahasiswa apabila teringatkan AUKU?

Sebenarnya hanya beberapa bahagian dan seksyen dalam AUKU yang menjadi perbahasan mahasiswa sejak sekian lama. Tidak keterlaluan jika dikatakan hanya bab keterlibatan dalam ‘politik’ terus-menerus menjadi isu utama yang membelenggu aktivitisme mahasiswa. Jika inilah isu utamanya, sebenarnya larangan terlibat dalam parti politik telah wujud sebelum pindaan 1975 lagi.

Alasan ini adalah bagi saya satu bentuk ‘escapisme’ bagi membenarkan kelesuan gerakan mahasiswa. Padahal saban tahun mahasiswa di kampus-kampus seperti Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Kebangsaan Malaysia menganjurkan himpunan bantahan. Gema takbir memenuhi ruang himpunan setiap kali pilihanraya kampus. Mahasiswa tidak pernah dikunci mulut dan digari tangan mereka. Tetapi mereka memilih untuk bergerak secara konfrontasi.

Tinjauan saya di kampus-kampus, mahasiswa cenderung mengkritik dan bermusuh dengan pihak universiti. Bila disusuri kembali buku-buku dakwah, betapa indahnya Islam dalam menyebarkan syiarnya. Nabi Muhammad, Imam Hasan al-Banna dan banyak lagi tokoh gerakan dakwah tidak hanya memilih cara konfrontasi, sebaliknya bijak memanfaatkan ruang dan peluang untuk mengembangkan Islam.

Berbalik kepada persoalan asas, mengapa gerakan mahasisiwa lesu selepas peristiwa demonstrasi Baling tahun 1974? Jawapan saya adalah kerana pada ketika itu, idealisme mahasiswa berteraskan kebenaran dan keadilan sebagai tunjang perjuangan. Mereka menjuarai isu rakyat. Sebaliknya, mahasiswa kini sekadar menjadi pembakar isu, kritis tanpa alternatif dan tidak berjiwa besar. Tidak keterlaluan jika saya katakan mahasiswa terlalu idealis tetapi tidak realistik.

Dalam masa yang sama, pihak universiti dan kerajaan juga harus peka terhadap kehendak mahasiswa. Secara umum, mahasiswa mahu suara mereka didengar, isu-isu yang dibawa ditangani secara telus dan peranan mereka diiktiraf. Di sini saya bersetuju dengan saranan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah bahawa suatu model governan baru diperkenal oleh pihak universiti dan kerajaan dimana mahasiswa diberi penghakupayaan (empowerment). Suatu platform harus diwujudkan untuk membolehkan idealisme, intelektualisme dan aktivitisme mahasiswa disalurkan secara lebih berkesan dan bermakna.

Budaya Ilmu

Jika mahasiswa mahu dipandang serius, idealisme mereka perlu bertunjangkan idea yang tulin dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Setiap idea harus berdasar pengetahuan dan hujah yang berpijak di bumi yang nyata serta fakta yang konkrit. Untuk menjadi suara rakyat, gagasan mahasiswa tidak wajar sekadar menjadi pengimbang pihak kerajaan, tetapi juga pihak pembangkang. Mereka hendaklah menjadi suara ketiga yang lebih neutral.

Mahasiswa wajar menjadikan budaya ilmu sebagai pencetus kepada perjuangan. Budaya ilmu bukan sekadar membanyakkan bacaan dan hafalan. Lebih daripada itu, ia menekankan aspek berfikir secara rasional dan menganalisa secara mendalam. Budaya ilmu juga bermakna mencintai ilmu dan ilmuwan, menulis, menyelidik serta mengembangkan ilmu. Malangnya budaya ini belum mekar dalam warga kampus sebagaimana kata Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang:

“Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi, ’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting. Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa.”

Justeru, sebagai persediaan mahasiswa menjadi rakan pembangunan (kepada universiti dan kerajaan), mereka perlu mula membaca karya-karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh berjiwa besar. Semarakkan budaya berfikir dan binalah kuasa mahasiswa (student power) dengan hikmah serta kebijaksanaan. Mahasiswa alaf 21 bakal memacu negara berdasar idealisme yang murni dan keintelektualisme yang asli.

Oleh: M. Fauzi

Muzik & lagu,

Konsert & artis,

Permainan berkomputer & Playstation,

Friendster & Facebook,

Video & DVD,

Majalah & blog hiburan,

MP3 & Youtube,

Pesta & keramaian,

dan pelbagai lagi perkara seumpamanya.

Semuanya nampak ‘familiar’ bukan? Majoriti daripada mahasiswa berada dalam usia remaja, semua yang disenaraikan di atas seakan sinonim dengan kita semua. Malah senarai seumpamanya mungkin lebih panjang. Cuba perhatikan, apa ciri-ciri yang tersurat dan tersirat dari senarai di atas. Hiburan, ‘entertainment’, santai dan sebagainya adalah nama yang diletakkan untuk menyatakan perilaku di atas. Namun kesemua di atas boleh dirangkumi dalam kelompok sosial yang dipanggil ‘hedonisme’.

‘Hedonisme’ – Apakah dia sebenarnya.

Kamus Dewan mendefinisikan hedonisme sebagai ‘pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan kesenangan hidup’. Secara umumnya, hedonisme adalah ‘pendekatan sosial yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup’. Sebagaimana ‘isme-isme’ yang lain seperti sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan lain-lain, ‘isme’ itu menggambarkan pegangan dan cara hidup.  Mereka yang terjebak dengan hedonisme mengikat diri mereka dengan hiburan sebaik celik mata hinggalah menutup mata.

Kita semua menyedari bahawa Islam itu syumul, lengkap dan menyeluruh. Islam tidak hanya ditafsirkan dari sudut ibadah dan ritual semata-mata. Islam itu Ad-Deen. Islam itu sebagai cara hidup. Lengkap dari pelbagai sudut dan aspek. Sebagai seorang Islam, mengapa harus menerima pakai ‘isme-isme’ yang lain.

Bagi mereka yang cenderung kepada hedonisme, hidupnya diwarnai dengan hiburan. Pagi beralih ke tengah hari, senja menyongsong petang, malam semakin pekat – hiburan demi hiburan menjadi peneman. Dari tv, radio, perisian komputer, aplikasi internet hinggalah ke buku dan majalah, semuanya berbaur hiburan. Sebagai seorang Islam, apatah lagi berada dalam status sebagai mahasiswa yang berpengetahuan, tidak sukar untuk membezakan yang mana yang dinisbatkan sebagai hedonisme dan mana yang tidak.

Diakui, lahiriah manusia amat gemar kepada hiburan dan perayaan. Menjadi norma setiap bangsa dan agama di dunia mempunyai perayaan-perayaannya yang tersendiri. Lazimnya perayaan ini diiringi dengan pesta dan keramaian. Pelbagai jenis hiburan dipertontonkan. Tataan tarian, nyanyian dan iringan muzik dipersembahkan. Malah ada sesetengahnya yang melangkaui lebih jauh dari itu. Tidak cukup dengan halwa lidah dan halwa telinga, nafsu para hadirin dijamu dengan tubuh dan badan. Na ‘au’zubillah.

Berbeza dengan Islam, Allah Ta’ala mensyariatkan agar umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Perayaan-perayaan ini mempunyai hikmah dan pengertian yang tersendiri selaras dengan tuntutan agama dan bukannya menurut hawa nafsu. Malah di dalam buku-buku yang menerangkan tentang hukum fekah, jelas diterangkan jenis hiburan dan jenis alat muzik yang dibenarkan dalam Islam. Ini jelas menunjukkan betapa agama Islam turut memberikan ruang dan peluang untuk para penganutnya berhibur asalkan tidak ‘lagha’ (lalai) dan bertentangan dengan hukum syarak.

Hedonisme – Jarum Terhalus Zionis

Menyorot semula sejarah permulaan keruntuhan moral masyarakat moden, titik hitamnya bermula dengan wujudnya Protokol Zionis. Kata sepakat dicapai oleh cendekiawan dan pemikir bangsa Yahudi dalam Kongres yang dipengerusikan oleh Theodor Hertzl. Kongres ini berlangsung di Basel, Switzerland pada 1897. Selama lebih dari 113 tahun lamanya, bangsa Yahudi melaksanakan kesemua 24 protokol yang turut dikenali sebagai ‘The Protocols of Learned Elders of Zion’ dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Setiap protokol mempunyai pelan khusus pelaksanaannya yang hanya diketahui oleh orang-orang yang menganggotai Freemason dan Iluminati. Kedua-duanya adalah organisasi hitam yang menjadi hujung tombak golongan Zionis.

Lalu apa kaitannya antara Protokol Yahudi dengan hedonisme? Penerangan tentang  Protokol Kesepuluh dapat memberikan jawapan kepada persoalan di atas. Ia dicatatkan antaranya sebagai berikut:-

‘Pemikiran liberalisme akan ditanam dalam minda pemimpin  negara-negara bukan Yahudi. Akibatnya kestabilan politik menjadi goyang dan pilihanraya dapat diatur. Kemenangan akan disusun agar pemimpin-pemimpin yang cenderung kepada Zionis akan beroleh kemenangan. Maka semua perancangan Yahudi akan dapat dilaksanakan olehnya’.

Protokol kesepuluh, telah diterjemahkan pelaksanaannya dan didakwa oleh sesetengah pihak sebagai elemen-elemen yang menyokong dan melicinkan penyerapan doktrin hedonisme dalam masyarakat. Terdapat lapan perkara yang diterapkan agar menjadi budaya dalam kalangan orang-orang bukan Yahudi. Lapan perkara ini diakronimkan dengan ‘4S & 4F’. Song, seks, smoke (rokok) dan sport dikelompok dalam 4S manakala fun (hiburan)’, female (perempuan), fashion, dan food. Semuanya ditujukan khusus untuk anak-anak muda dan remaja yang menjadi generasi pelapis umat. Hasil dari peranan media massa yang dikuasai oleh golongan Zionis ini maka kesemua perkara ini seolah-olah menjadi budaya moden di seluruh dunia. Kemajuan sesebuah masyarakat diukur dari segi keterbukaan masyarakat menerima dan mengasimilisasikan kesemua 4S & 4F ini.

Mungkin pada mata kasar mahasiswa sekalian, 4S & 4F ini adalah perkara biasa yang telah menjadi realiti dalam masyarakat Malaysia. Ia telah bertapak bertahun-tahun lamanya dalam masyarakat Malaysia. Maka, mungkin timbul pertanyaan di hati kita :-

  • ”4S & 4F, takkan tak biasa kot?”
  • “Patutkah kita meminggirkannya?”
  • ”Bukankah ia telah menjadi sebahagian dari kehidupan kita?”

Jika persoalan-persoalan ini timbul difikiran kita, maka percayalah bahawa matlamat Protokol Kesepuluh ini telah mengakar umbi dalam kehidupan kita tanpa disedari. Cuba kita bayangkan anak-anak muda Islam hanyut dalam dunia hiburan. Tidak cukup penyanyi dan pemuzik dipuja-puja, ramai pula yang berangan-angan dan berusaha untuk menjadi sebahagian darinya. Lagu-lagu digubah untuk menaikkan nama dan imej.

Pelbagai fesyen direka agar kelihatan lain dari yang lain. Rokok sentiasa tersepit di bibir atau dikepit di jari. Promosi-promosi pun berlangsung agar ia menjadi ikutan. Cerita-cerita panas tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu dan berbentuk zina dihebohkan. Masing-masing merelakan diri menjadi bahan gossip. Bercinta pun heboh, berkahwin biar lebih ‘glamour’ dari yang lain dan bercerai-berai biar lagi kecoh. Lebih panas lebih hebat. Wartawan-wartawan diupah untuk memanaskan keadaan. Untuk tidak nampak ketinggalan dan dianggap kolot, makanan Barat dijamah dan arak diteguk. Pub dan disko dikunjungi. Lebih ‘power’ jika terlibat dengan najis dadah. Hidup berselubung dengan maksiat. Namun ini adalah realiti dalam dunia hiburan dan dunia sukan.

Para peminat yang rendah akal ternganga dan melopong melihat betapa gah, glamour dan terkenalnya artis dan ahli sukan pujaan. Gambar, cerita dan berita sensasi mengenai kehidupan mereka dipaparkan di televisyen, majalah, blog dan suratkhabar. Hidup mereka digambarkan sebagai moden, kontemporari dan mewah. Maka ramailah terpengaruh untuk mengikut jejak langkah mereka. Bagi remaja dan anak-anak muda, tidak dapat jadi artis dan ahli sukan pun, dapat meniru fesyen mereka pun jadilah. Maka kesan protokol Yahudi yang kesepuluhs ini berjaya sampai ke ruang tamu rumah kita tanpa disedari.

Untuk menjelaskan lagi betapa pentingnya hedonisme ini menjadi urat nadi manusia, Yahudi Zionis memberi penekanan sekali lagi sebagaimana yang terkandung dalam Protokol Ke-13 yang antara lain bermaksud seperti berikut:-

‘Untuk menjahanamkan dan meruntuhkan sesebuah bangsa dan negara, bangsa Yahudi mestilah menghapuskan golongan intelek dan cediakawan bukan Yahudi. Golongan ahli perniagaan harus turut dimufliskan dengan melaga-lagakan dan mewujudkan persaingan kotor yang menghancurkan penguasaan mereka. Pesta-pesta pelbagai bentuk, hiburan dan keramaian harus dicipta dan dirayakan. Penganjurannya haruslah diwar-warkan untuk kelihatan berprestij dan meriah. Semua ini penting agar kekayaan negara-negara bukan Yahudi dihabiskan untuk penganjurannya. Orang bukan Yahudi harus dialihkan &  dilumpuhkan keupayaan mereka berfikir. Ketajaman fikiran mereka harus dipesongkan dengan asakan hiburan, pertandingan sukan, penganjuran pesta kebudayaan, keasyikan karya-karya kesenian dan pelbagai pertandingan lain. Permusuhan harus disemai hasil dari persaingan kotor dan tidak sihat’.

Lalu, apakah tindakan kita?

Mahasiswa sekalian boleh melihat dan memahami dengan jelas, semua perancangan dan pelan pelaksanaan yang dirangka oleh Yahudi Zionis. Semuanya telah menjadi budaya dan sebahagian dari denyut nadi masyarakat hari ini. Apakah tindakan yang harus dilaksanakan? Patutkah kita menongkah dan menentang arus atau memilih untuk berpeluk tubuh mendiamkan diri. Atau mungkin lebih malang, ikut hanyut bersama gejala-gejala yang sungguh merosakkan ini.

Asas utama untuk bertindak adalah dengan menyedarkan diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan orang-orang yang kita kasihi. Ambillah langkah pertama dengan menjauhkan diri sedikit demi sedikit dari cengkaman budaya hedonisme. Jauhkan diri dari membeli dan mengikuti berita-berita yang bersifat hiburan. Jauhkan diri dari terikut-ikut dengan fesyen terkini dan bermusim sifatnya. Jauhkan diri dari rokok dan perkara-perkara yang seumpamanya. Mungkin timbul persoalan, apakah alternatif selain dari hiburan?

Jawapannya cukup mudah Islam telah lama menyediakan jalan hiburan yang bersesuaian. Malah hiburan yang paling menarik dan berterusan sifatnya adalah penerokaan ilmu. Ia sesuai dengan realiti kehidupan mahasiswa. Jadikan penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang ini sebagai satu budaya. Habiskan waktu yang ada dengan mempelajari ilmu, memperkembangkannya dan menyebarkannya sejauh dan semampu yang boleh. Bentukkanlah peribadi, ketrampilan dan gandingkan amal ibadat dengan ilmu. Jadikan diri anda seorang da’i. Berusahalah untuk mencapai tahap ‘murabbi’.

Lakukan ini dengan niat ikhlas kerana Allah Ta’ala. Percayalah mahasiswa sekalian. Ia sangat bermanfaat. Di dunia dengan izin Allah Ta’ala, anda akan beroleh penghormatan dari orang lain dan menjadi sumber rujukan. Di alam barzakh ia menjadi bekalan yang tidak putus-putus dan menjadi sandaran untuk anda mengetuk pintu syurga yang kekal dan abadi. Insya Allah.

Oleh: A. Amri

Apabila seseorang melangkah ke menara gading atau universiti, paradigmanya tentang dirinya juga seharusnya berubah. Dia bukan lagi seorang pelajar sekolah yang terpaksa mengenakan uniform dari 7 pagi hingga 1 petang. Hadir ke kelas bersama buku teks, menerima nota dari guru dan kembali dengan sebumbung kerja rumah. Tidak! Mahasiswa bukan pelajar sekolah!

Apabila telah bergelar mahasiswa, kita bukan lagi disuap dengan ilmu, diminta menghafal fakta dan dipimpin dalam setiap perkara. Seorang mahasiswa mencari ilmu, memahami dan menganalisa fakta dan yang paling nyata memimpin orang lain. Malah, menurut Prof Ir. Dr. Wan Hamidon dan Norngainy dalam tulisannya, ‘Mahasiswa Bertaraf Dunia’, seorang mahasiswa yang bertaraf dunia mempunyai kematangan dalam berfikir, berani, bersemangat kental, kreatif, kritis dan menguasai kemahiran-kemahiran insaniah atau softskills.

Sifat-sifat yang diutarakan di atas bersesuaian dengan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Rasulullah s.a.w. dalam kerangka menyebarkan dakwah dan merubah masyarakat Arab Jahiliyyah juga bergantung kepada kekuatan semangat dan keazaman golongan muda seperti Ali bin Abi Talib. Merekalah ‘tulang sulbah’ baginda.Bahkan sepanjang lipatan sejarah, golongan mahasiswa telah menjadi nadi dalam reformasi sosial.

Sebagai contoh, di Indonesia, suara keramat mahasiswa pada Mei 1998 telah memaksa Presiden Soeharto untuk berundur dari jawatannya setelah 31 tahun memerintah dengan rakus. Di China, anak muda bernama Mao Tze Tung menjadi peledak kepada kebangkitan komunis sejak tahun 1919 hingga tertegaknya negara komunis pada 1949. Jelas bahawa mahasiswa menjadi gelombang yang boleh merubah lanskap politik dunia.

Tiga Ciri Utama Mahasiswa

Walaupun tiada satu kriteria yang jelas bagi menentukan ciri-ciri seorang mahasiswa, namun secara umumnya mahasiswa perlu mempunyai ciri idealisme, intelektualisme dan aktivisme. Ketiga-tiga ciri tersebut dapat dilihat dalam gerakan mahasiswa sejak tahun 1960-an hingga abad ke-21 ini.

Definisi dari segi bahasa menunjukkan bahawa idealisme merupakan suatu sifat menghasratkan sesuatu yang ideal. Ideal bererti sempurna atau unggul. Maka, tidak hairan jika dikatakan bahawa mahasiswa sering mengkritik kerana worldview mereka diselubungi gagasan yang ideal. Oleh itu, ia perlu dipandu dengan kebijaksanaan menganalisis fakta dan auta.

Idealisme mahasiswa merupakan perjuangan ke arah sesuatu yang lebih baik, berasaskan ilmu dan ketulusan hati. Ia berbangit dari kesedaran dan bersifat dinamik bersesuaian dengan suasana semasa. Idealisme yang mampu bertahan dari cuaca zaman sudah tentu berbangkit dari misi dan misi yang jelas terhadap tujuan penciptaan manusia di bumi oleh Allah s.w.t.

Intelekualisme pula menurut Kamus Dewan adalah ‘pengabdian kepada penggunaan intelek atau daya berfikir’, manakala seorang intelektual didefinisikan oleh kamus tersebut sebagai golongan terpelajar, cerdik pandai atau cendekiawan. Justeru, apabila mahasiswa dikatakan memiliki ciri intelektualisme, syarat pelengkapnya adalah sikap cintakan ilmu dan keghairahan berfikir. Keutamaan orang yang berilmu pengetahuan telah termaktub dalam ayat ke-11 surah al-Mujadalah.

Kegagalan menguasai ilmu pengetahuan menyebabkan kelesuan daya berfikir dan kegagalan dalam memahami realiti semasa. Oleh itu, Islam telah lama menitik beratkan kepentingan ilmu apabila ayat pertama yang diwahyukan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh manusia agar membaca (iqra’).

Sebagai tambahan, menurut Profesor Edward Said dalam buku ‘Representations of The Intellectuals’, seorang intelektual berperanan menyampaikan pandangan secara bebas tanpa dipengaruhi atau terikat dengan pihak-pihak berkepentingan. Ini bersesuaian dengan tugas manusia sebagai khalifah yang wajib menyebarkan kebenaran tanpa ‘fear of favour’.

Ciri ketiga seorang mahasiswa adalah aktivisme. Ciri terakhir ini merupakan suatu kuasa atau ‘force’ yang menggerakkan suatu perubahan sama ada sosial, politik, budaya dan sebagainya. Aktivisme berkait rapat dengan idealisme dan intelektualisme iaitu kedua-duanya menjadi pemangkin kepada aktivisme. Apabila mahasiswa tahu apa yang diperjuangkan dan mahu mengaplikasikan pengetahuan yang diyakininya, maka ia mampu menggerakkan perubahan.

Mungkin ungkapan terbaik yang dapat menjelaskan aktivisme boleh diambil dari kata-kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor DiRaja Ungku Aziz. Katanya, ”Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar. Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak berjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, berpengalaman (mencabar) dan terpelajar.”

Inilah ciri-ciri seorang mahasiswa yang jelas membezakannya dari pelajar-pelajar sekolah. Persoalannya, berapa ramaikan MAHASISWA yang dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi bagi menggerakkan perubahan dan sekaligus memacu negara kepada wawasan dan misi nasional?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.