Category: Pusat Global


Oleh: M. fauzi

Penderitaan Umat Islam Palestin – Apa Tindakan Kita?

Jarak hampir 10 000 km antara kita dan wilayah Palestin tidak harus dijadikan alasan untuk kita berpeluk tubuh. Sampai bilakah kita hanya mampu beristighfar, mengutuk Yahudi Israel di dalam hati. Sampai bilaka kita sekadar mampu mengepal penumbuk, apabila melihat kekejaman Israel yang dipaparkan di media? Apabila malam menjelma, kita pun lena dibuai mimpi. Esok, Palestin kita lupakan lagi. Ingatan kita kepada saudara kita di Palestin bercambah ataupun layu, bergantung kepada sekerap mana ia menjadi bahan berita.

Mungkin keadaan kita pada waktu ini tidak membolehkan kita berada di garis hadapan dalam medan peperangan bersifat fizikal dalam menentang Yahudi dan negara haram Israel. Tetapi ia tidak bermakna kita sekadar menjadi penonton di luar medan perang. Ingatlah saudaraku sekalian, perjuangan membebaskan wilayah Palestin dan al- Quds boleh dibuat dengan pelbagai cara. Yang penting ia harus bermula dengan langkah pertama.

Langkah 1 – Kesedaran Diri Dan Keluarga

Pertama, sebagai seorang Muslim yang taat pada ajaran Islam dan mahu mempertahankan maruahnya, kita harus menetapkan iktikad di dalam hati, bahawa selagi ada hayat, bangsa Yahudi dan apa jua pertubuhan yang berbau Zionis akan ditentang hingga lebur sama sekali. Bermula dengan diri sendiri,  segala  pengetahuan, kesedaran dan kewaspadaan terhadap tindak-tanduk ejen-ejen Zionis dan kekejaman Yahudi Israel harus sentiasa berada ditahap tinggi. Pengetahuan, kesedaran dan kewaspadaan ini harus disebarkan kepada ibu-bapa, isteri, adik-beradik, anak-anak dan semua saudara terdekat. Kemudian maklumat yang sama harus disebarkan kepada para sahabat dan kenalan terdekat. Anjurkan dan galakkan mereka semua menyebarkan dan berkongsi pengetahuan, kesedaran dan kewaspadaan ini kepada orang yang mereka kenali dan percayai.

Bisnes MLM, walaupun bercanggah dari segi syarak mengikut pendapat beberapa ulama dan pakar dalam fiqh ekonomi Islam, ia popular dalam masyarakat Islam di Malaysia. Setiap ahli haru berusaha mendapat seberapa banyak ‘down-line’ yang mampu. Lebih banyak ‘down-line’ maka lebihlah komisyen yang diperolehi. System ‘down-line’ dengan aplikasi ala piramid digunapakai.

Dengan menggunakan aplikasi yang sama, apa kata kita gunakan untuk memberi kesedaran kepada orang di sekeliling kita. Maklumat akan lebih tersebar dengan luas hanya dengan sedikit usaha dan kemahuan dari semua pihak yang terlibat.

Ambillah peluang dari jalan yang mudah ini bukan sekadar untuk menyedarkan tetapi juga untuk mengambil tindakan sesuai yang boleh menimbulkan kerugian besar kepada Yahudi, entiti Zionis dan penyokong-penyokong mereka. Usaha ini memerlukan maklumat yang tepat, betul dan terkini. Kajian, pembacaan dan penterjemahan ilmu dan maklumat amat penting bagi memudahkan kita mengenali sosok langkah Yahudi dan entiti Zionisnya.

Pakar strategi perang dari Cina, Sun Tzu ada menyatakan “Kenali diri anda dan kenali musuh anda, seribu peperangan akan beroleh seribu kemenangan.”

Langkah 2 – Pena Lebih Tajam Dari Pedang, Dakwatnya Adalah Racun & Penawar

Pengetahuan yang mendalam tentang Zionis dan penyokong-penyokongnya membolehkan umat Islam benar-benar mengenali mereka, luaran dan dalaman. Pengetahuan yang mendalam sebegini, memudahkan umat Islam menduga apa jua perancangan, strategi dan tindakan-tindakan mereka. Pengetahuan yang mendalam juga membolehkan umat Islam merancang apa jua tindakbalas yang bersesuaian.

Laksanakan kempen secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang Zionis dan perilaku mereka. Penggunaan grafik dalam poster dan rakaman-rakaman video tentang kekejaman Zionis boleh disebarkan dalam Youtube, Facebook atau blog. Tingkatkan kebencian masyarakat terhadap Zionis dan segala entitinya. Jadikan Yahudi Zionis sebagai musuh masyarakat yang menjijikkan dan dipandang hina.

Manfaatkan pengetahuan dengan menyebarkan seluas mungkin apa sahaja yang kita tahu tentang Zionis dan penyokong-penyokongnya. Sampaikan juga segala idea bernas yang boleh digunakan untuk berhadapan dengan Zionis dan penyokong-penyokongnya. Gunakan strategi ‘api melawan api’.

Kita telah biasa mendengar tentang Protokol Zionis.  Protokol Zionis ini dirangka hasil dari  permuafakatan yang dicapai oleh cendekiawan dan pemikir bangsa Yahudi dalam Kongres yang dipengerusikan oleh Theodor Hertzl. Kongres ini berlangsung di Basel, Switzerland pada 1897. Selama lebih dari 113 tahun lamanya, bangsa Yahudi melaksanakan kesemua 24 protokol yang turut dikenali sebagai ‘The Protocols of Learned Elders of Zion’ dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Setiap protokol mempunyai pelan khusus pelaksanaannya yang hanya diketahui oleh orang-orang yang menganggotai pertubuhan Freemason dan Illuminati. Kedua-duanya adalah organisasi hitam yang menjadi hujung tombak golongan Zionis.

Apabila meneliti keseluruhan kandungan 24 Protokol Zionis ini, ada diantara umat Islam dipalit panik dan kebimbangan. Gerun kerana kesan dari pelaksanaan Protokol Zionis ini telah berada di dalam rumah sendiri.

Persoalannya, mengapa perlu takut? Tidakkah kita terfikir untuk merangka 24 Protokol yang dirangka khusus untuk mematahkan segala perancangan Zionis. Protokol melawan protokol. Perancangan Islam menelan perancangan Zionis. Freemason dan Illumninati ditentang oleh… terpulang kepada umat Islam untuk memikirkan pelaksanaannya.

Langkah 3 – Jangan Lari Dari Teknologi, Manfaatkanlah Sebaik-Baiknya

Selama lebih dari 113 tahun, Zionis dan entitinya memanipulasi teknologi untuk mencapai cita-cita mereka. Diciptakan sistem kewangan berasaskan wang kertas, sistem ekonomi cara kapitalis, komunis dan pasaran bebas,  penggunaan media cetak dan elektronik, hinggalah kepada aplikasi sistem persenjataan moden. Semuanya digunakan untuk melemahkan dan menghancurkan umat Islam.

Ramai umat Islam yang menyedari keadaan ini. Ramai yang telah bertindak untuk mengatasinya dengan pelbagai cara yang difikirkan wajar. Tetapi sayang sekali ada yang beranggapan, lari dari semua teknologi moden adalah jalan keluar yang terbaik. Mengapa tidak kita memanfaatkan teknologi yang sama digunakan untuk menghancurkan umat Islam, kita olah dan jadikannya sebagai alat untuk menangkis dan mengambil tindakan balas?

Selama 113 tahun jugalah, Zionis dan entiti-entitinya menggunakan kaedah perang saraf ataupun perang fikiran (ghazwatul fikri) untuk melemahkan dan menghancurkan umat Islam. Pelbagai ideologi, fahaman pengetahuan yang diselewengkan disebarkan dengan pelbagai kaedah yang moden dan terkini. Mengapa tidak umat Islam menentang mereka dengan kaedah yang serupa. Jika mereka menggunakan risalah, artikel, buku, majalah dan akhbar untuk meracuni fikiran dan memburuk-burukkan maruah umat Islam, kita gunakan kaedah yang sama.

Jika Zionist menggunakan aplikasi multimedia seperti blog, friendster, e-mel, facebook dan laman web, kita gunakan juga kaedah yang sama. Begitu juga jika mereka menggunakan saluran televisyen dan radio untuk merosakkan pemikiran umat Islam, kita gunakan televisyen dan radio untuk menyebarkan dakwah dan penerangan. Ia meninggal kesan yang besar terhadap usaha jahat Zionis ini.

Tindakan nekad dan berani para penggodam laman web dari Turki, Syria, Iran dan Pakistan boleh dijadikan contoh dan rujukan. Tindakan mereka menggodam dan merosakkan laman web serta jaringan komunikasi internet kerajaan Israel selepas Perang Lubnan 2006 dan semasa serangan Israel ke Semenanjung Gaza tahun 2009 meninggalkan kesan buruk kepada sistem perbankan, dan menjejaskan kelicinan pentadbiran kerajaan Israel. Bayangkan jika penggodam laman web bertindak lebih jauh dengan menggodam jaringan telekomunikasi tentera negara haram Israel. Hebat bukan?

Langkah 4 : Boikot – Alang-Alang Menyeluk Pekasam…

Dalam pasaran ekonomi di Indonesia, Malaysia dan Brunei, umat Islam mempunyai kuasa beli yang besar. Ini berdasarkan kepada jumlah umat Islam yang mencecah 16.5 juta di Malaysia, 203 juta orang di Indonesia dan 260 000 orang di Brunei. Merujuk kepada ensiklopedia bebas Wikipedia, secara kasarnya berdasarkan statistik, umat Islam di Asia Tenggara berjumlah 231 291 000 orang pada tahun 2009. Dengan mengambil perbandingan jumlah penduduk Asia Tenggara pada tahun yang sama berjumlah 539 000 000 orang, 42.91%  darinya adalah umat Islam. Jumlah pasaran untuk 231.3 juta orang bukan satu jumlah yang sedikit.

Cuba saudara dan saudari bayangkan, kesan dari kepelbagaian usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan, agar semua umat Islam memboikot apa jua barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi Israel dan penyokong-penyokongnya dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Usaha dan kempen ini bukan dijalankan untuk tempoh waktu yang singkat, tetapi berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Walaupun 90% dari jumlah kuasa beli ini di bawah paras kemiskinan, kesan boikot mengundang kesan yang bukan sedikit.

Jika semua umat Islam di Asia Tenggara menahan keinginan untuk membelanjakan wang membeli produk Israel, Amerika Syarikat dan Eropah, mereka akan kerugian sekurang-kurangnya 231.3 juta dolar sehari. Bayangkan jika seminggu, sebulan dan setahun. Dalam tempoh boikot itu seluruh entiti Zionis kehilangan pasaran untuk 231.3 juta orang. Amerika Syarikat dan Eropah akan mengalami kerugian besar, dan mereka mengalami masalah untuk membantu rejim Zionis dari sokongan kewangan. Tanpa bantuan kewangan, rejim Zionis akan tumbang, kerana 79% sumber pandapatan negara haram Israel, bergantung kepada sumbangan sekutu mereka di Amerika dan Eropah.

Walaupun ia nampak mustahil untuk dilaksanakan, dan dianggap perancangan yang cantik di atas kertas, tetapi saudara-saudari, bermula dari saudara dan saudarilah, diikuti dengan keluarga, rakan dan kenalan, perkara ini tidak mustahil akan dapat dilaksanakan.

Langkah 5 – Kirimkan Apa Yang Termampu -  Doa @ Daya

Saudara-saudara Muslimku sekalian. Jangan lupakan al-Quds. Jangan lupakan umat Islam Palestin. Jangan lupakan mereka dalam doa harian kita. Kirimkan doa yang khusus untuk mereka dalam setiap solat yang didirikan. Jika tidak terasa kejanggalan kepada saudara-saudara sekalian, bacaan doa qunut nazilah boleh dilakukan di tempat yang dirasakan sesuai dan selesa untuk mengerjakannya. Luangkan masa sekurang-kurangnya pada malam minggu untuk bangun bertahajjud dan melakukan solat hajat yang khusus untuk Palestin & al-Quds serta semua wilayah Islam yang dijajah. Beri galakan kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai dan kenalan untuk mengambil tindakan yang serupa. Jadikanlah ia amalan harian sehinggalah semua kekuatan Yahudi dan Zionis ditumpaskan.

Saudara-saudaraku sekalian. Luangkan waktu untuk menganjurkan dan menghadiri majlis bacaan Yassin dan munajat khusus untuk Palestin & al-Quds bersama saudara-saudara di kariah masing-masing.

Saudara-saudaraku yang punya lebihan wang, elakkan sebarang pembaziran. Ringankan tangan memberikan sumbangan kepada tabung-tabung yang khusus untuk Palestin. Galakkan keluarga, saudara mara terdekat dan sahabat-kenalan untuk mengambil langkah yang serupa.

Langkah-langkah yang dicadangkan ini adalah langkah yang sesuai dan mudah untuk kita lakukan. Lakukan ia kerana Allah Ta’ala demi membela maruah umat Islam. Sekurang-kurangnya kita turut bersama dalam usaha jihad fisabilillah. Walaupun keadaan kita sekarang tidak mengizinkan untuk terlibat dalam ‘ghazwatul qital’ (perang fizikal). Namun usaha-usaha yang dicadangkan adalah strategi yang sesuai dalam ‘ghazwatul fikri’ (perang fikiran). Medan perang fikiran adalah salah satu pendekatan perang saraf lebih bersifat menyeluruh dan berpanjangan. Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Walillahil Hamdn..


Enam dekad yang lalu,

Di waktu dan ketika sebegini,

Saudaraku di Palestin dihina dan dikeji,

Maruah mereka diinjak-injaki,

Dunia seakan membisu dan menyepi,

Kezaliman Zionis menampakkan diri.

Keegoan Arab mula meresapi,

Menjalar di urat saraf bangsa ini,

Atas semangat Arab senjata dijulangi,

Ungkapan perkauman Arab dihambur ke kanan dan kiri,

Di akhir gelanggang ego Arabnya terkulai lagi,

Saudaraku di Palestin dizalimi lagi,

Dek kesilapan saudara Arab-nya sendiri.

Dunia pun mula menabur janji,

Rundingan pun diatur di sana-sini,

Pemimpin Palestin digula dan dibeli,

Saudaraku di Palestin berharap lagi,

Agar Al-Quds merdeka kembali,

Namun, darah syuhadanya mengalir lagi.

Demi Al-Quds, mereka berkorban lagi.

62 tahun berlaku kini,

Saudaraku di Palestin semakin mengerti,

Yahudi dan Zionist perlu dihadapi,

Dengan peluru dan semangat sekeras besi,

Langkah perang disusun penuh strategi,

Umat Islam di Palestin dibela dan dilindungi,

Kemenangan atau syahid yang dicari.

Saudara Islamku di seluruh buana ini,

Ingatlah, Al Quds masih dalam genggaman Yahudi,

Jangan biarkan Mujahidin Palestin berjuang sendiri,

Usaha dan semangat mereka harus dicontohi,

Maruah Islam wajib diangkat kembali.

Oleh: M.Fauzi

Oleh: M. Fauzi

Umumnya, seluruh dunia Islam bersetuju bahawa penjajahan negara haram Israel ke atas wilayah umat Islam Palestin, mencalar maruah umat Islam. Bukan menafikan rasa tercalar dan tercabar atas penjajahan ke atas wilayah umat Islam lain, dan bukannya menafikan perjuangan untuk membebaskan wilayah Islam yang lain tidak penting. Kepentingan isu Palestin mempunyai bisanya yang tersendiri, menusuk ke urat saraf maruah dan air muka umat Islam.

Mana maruah kita sebagai umat Islam, tempat suci Islam yang ketiga dijajah dan diinjak-injak? Laman Masjid Al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama diceroboh. Umat Islam yang berjuang gigih mempertahankannya seolah ditelanjangkan maruahnya. Mana maruah kita, penjajah yang berhati binatang yang menginjaknya tidak lain dari orang Yahudi, musuh tradisi umat Islam sejak dari zaman Rasullullah s.a.w.?

Manifesto Perkauman yang Gagal

Kegarangan, kegagahan dan ego perkauman orang Arab tenggelam di dalam pasir Gurun Sahara setelah ditewaskan sebanyak tiga kali dalam Perang Oktober 1948, Perang Enam Hari dan Perang Yom Kippur. Apakah punca kekalahan ini? Jawapannya mudah, ketiga-tiga perang ini adalah perang antara bangsa Arab melawan bangsa Yahudi dan bukannya perang antara umat Islam melawan orang Yahudi dan fahaman Zionisnya. Orang Arab pada masa itu melaungkan semangat nasionalis atau fahaman perkauman Pan-Arab dan enggan menerima Islam sebagai asas untuk menentang kewujudan negara haram Israel.

Jika suatu ketika dahulu pemimpin Arab Mesir seakan menjadi juara dalam memperjuangkan nasib orang Arab Palestin. Pertubuhan Pembebasan Palestin berfahaman nasionalis/perkauman Arab yang diketuai oleh Yasser Arafat suatu ketika kelihatan garang, tetapi akhirnya lebih banyak layu di meja rundingan. Pendekatan meja rundingan ini turut menjadi pilihan pemimpin Arab nasionalis yang takut mati dan takut hilang takhta dan sumber kekayaan.

Kita yang menjadi pemerhati di luar merasa jelik dan jijik melihat tingkah laku pemimpin perkauman Arab ini. Apakah pemimpin Arab ini seakan tidak mengerti hasil yang dicapai apabila berunding dengan orang Yahudi yang terkenal licik? Lebih memualkan tentang kebebalan pemimpin perkauman Arab ini apabila merelakan pemimpin Amerika & Eropah menjadi orang tengah di meja rundingan. Terang lagi bersuluh, pemimpin Amerika & Eropah adalah yang merupakan penganut fahaman zionis yang taat.

Namun janganlah kita merasa hairan. Fahaman nasionalis atau perkauman ini adalah fahaman yang direka oleh golongan zionis. Fahaman nasionalis ini dijadikan hujung pisau untuk menikam dan menghiris Empayar Islam Uthmaniyyah menjadi berkeping-keping seperti kita lihat hari ini.

Saat rundingan tarik tali ini berlangsung, bilangan umat Islam yang syahid semakin meningkat. Peluru dan bom yang dilepaskan tidak mengenal mana satu pejuang dan orang awam. Orang dewasa, remaja, warga emas, bayi dan kanak-kanak serta lelaki dan perempuan tidak dapat dibezakan walau apa jua jenis peluru yang dilepaskan oleh tangan pengganas Yahudi. Rumah umat Islam Palestin diroboh tidak bersebab. Tanah-tanah milik umat Islam Palestin dirampas.

Hakikatnya imej ‘perjuangan dan jurucakap untuk Palestin’ yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin perkauman Arab hanya ‘munafik’ sifatnya. Apalah sangat kedegilan Israel dibalas dengan resolusi kutukan dan kecaman yang diputuskan di persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kutukan sebegini tidak memberi sebarang kesan sedikitpun. Ia umpama kita mengutuk dan mengecam rakan sekelas kita dalam perbualan harian di sekolah layaknya.

Mara kita tanya pemimpin perkauman Arab ini. Bolehkah resolusi PBB ini mengembalikan tanah umat Islam yang dirampas pengganas Israel? Mampukah kutukan dan kecaman ini mampu menghentikan keganasan Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza? Sayang sungguh pemimpin nasionalis/perkauman Arab pada rakan Yahudi Israelnya. Hingga laras raifal dan meriam mereka turut lentok seperti tengkuk unta. Lidahnya nyata bercabang, ada tangan tersimpan kemas dalam jubah labuh Arabnya.

Israel – Panas Di Luar & Hangat Di Dalam

Penghujung tahun 1990-an menyaksikan perjuangan membela umat Islam Palestin mendapat sentuhan baru. Pejuang yang berani berhadapan dengan rejim ganas Israel adalah anak-anak muda yang mendapat sentuhan tarbiyyah Islam, di khemah-khemah pelarian. Generasi baru pejuang ini lebih berani berhadapan dengan tentera negara haram Israel kerana yakin dengan janji Allah Ta’ala. Pengorbanan dan  penat lelah perjuangan diganjarkan dengan pahala yang berganda. Status sebagai syuhada menjadi idaman setiap pejuang. Kumpulan pejuang ini berkembang luas di bawah hidung Israel.

Nun di utara Israel, di wilayah Lubnan (yang dikenali sebagai selatan Lubnan) yang dijajah Israel, Hezbollah mengembangkan pengaruhnya selepas tamat perang saudara Lubnan yang disertainya. Gasakkan pejuang Islam Hezbollah selama lebih 12 tahun  ke atas tentera negara haram Israel dan sekutunya, tentera Kristian Phalangist di bawah South Lebanon Army (SLA) membuahkan hasil. Tentera Israel terpaksa berundur dari wilayah selatan Lubnan pada tahun 2000. Enam tahun selepas itu, cubaan negara Israel untuk merampas semula wilayah itu dipatahkan oleh Hezbollah dalam Perang Lubnan 2006. Israel dikalahkan dan terpaksa menerima kehadiran pengaman PBB di sempadannya hingga ke hari ini. Kemenangan manis ini menjadikan reputasi Hezbollah semakin harum dan mendapat tempat di hati rakyat dan pemimpin Lubnan. Pencinta dan umat Islam seluruh dunia seakan mendapat nafas baru. Masing-masing mengkagumi dan melahirkan kesyukuran atas kemenangan yang dianugerahkan kepada Hezbollah. Pegangan mazhab Syiah oleh Hezbollah tidak menghalangnya menerima sokongan dari umat Islam seluruh dunia.

Kuncupnya pengaruh PLO lantaran sikap dolak-dalik pemimpin perkaumannya yang lembut berunding dengan Israel. Namun sikap PLO dan pewarisnya Fatah nyata kasar dan zalim apabila berhadapan dengan pertubuhan yang bersaing dengannya. Kematian Yasser Arafat turut menguburkan pengaruh dan imej PLO\Fatah bersama dengannya di dalam liang lahat. Masyarakat Palestin beralih tumpuan kepada pertubuhan HAMAS yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan untuk membebaskan Baitul Maqdis dan wilayah-wilayah yang dijajah.

Rimas pemimpin Yahudi Israel dengan peningkatan populariti HAMAS. Ketegasan pimpinan HAMAS memperjuangkan untung nasib Palestin menggusarkan pimpinan Yahudi Israel. Sejak ditubuhkan secara rasmi pada 1987, nada perjuangan HAMAS tetap tidak berubah. Operasi-operasi nekad terhadap tentera pengganas Israel meninggalkan parut dan trauma yang bukan sedikit. Masyarakat Palestin seakan mendapat semula momentum perjuangan yang diingini. Muak dengan sikap lemah Fatah, berleluasanya korupsi dan skandal dalaman Fatah, nyata membenam kepercayaan umat Islam Palestin. Kukuh berpegang kepada prinsip Islam, ketegasan dalam politik dan nekad dalam operasi ketenteraan tidak bermakna HAMAS adalah pertubuhan militan. HAMAS amat mengambil berat tentang peranan sosial dalam bidang pendidikan, khidmat perubatan, bantuan makanan dan keperluan asas lain bagi semua peringkat umat Palestin.

Syahidnya Syeikh Ahmad Yassin pada 22 Mac 2004 dan Dr. Abdul Aziz Rantisi pada 17 April tahun yang sama tidak bermakna perjuangan HAMAS terhenti. Umpama api yang marak menyala, mereka berusaha mendapat kuasa untuk memerintah melalui proses pilihanraya. Dengan izin Allah, HAMAS berjaya mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya Palestin pada tahun 2006. Kabinet dibentuk untuk memerintah selaras dengan pendekatan demokrasi.

Namun begitu,  layanan negara-negara nasionalis Arab terhadap kedua-dua gerakan pejuang Islam ini amat menyedihkan. Hezbollah seolah menjadi musuh umum kepada pemimpin perkauman Arab. Hanya pemerintah Lubnan dan Syria yang mahu menghulurkan bantuan dan sokongan. Hezbollah dimusuhi bukan kerana pegangan mazhab Syiahnya, tetapi lebih kerana keistimewaan hubungan antara Hezbollah dengan Republik Islam Iran. Kebencian pemimpin Arab kepada Republik Islam Iran lebih berdasarkan kepada sentimen permusuhan bangsa Arab – Parsi.

HAMAS menerima nasib yang lebih malang. Kemenangan yang diraih pada pilihanraya Palestin tahun 2006 tidak menjadikannya kerajaan yang diiktiraf dan berdaulat. Negara-negara nasionalis Arab bersepakat untuk tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS. Pemimpin nasionalis Arab rela senada dengan pemimpin negara haram Israel. Fatah yang berfahaman nasionalis masih diiktiraf sebagai kerajaan yang sah oleh pemimpin nasionalis Arab dan Israel. HAMAS dihalang membentuk kerajaan walaupun menawarkan kabinet gabungan HAMAS – FATAH sebagai jalan penyelesaian. Keadaa ini memaksa HAMAS mengambil alih pemerintahan Semenanjung Gaza dengan jalan kekerasan pada 14 Jun 2007. Semenanjung Gaza dianggap separuh merdeka.

Namun kemenangan ini dibayar dengan harga yang cukup mahal oleh HAMAS dan warga Gaza. Semenanjung Gaza dikepung. Mesir bersekongkol dengan Israel dengan menutup pintu sempadan masing-masing dengan Semenanjung Gaza. Semenanjung Gaza umpama penjara besar. Warga Palestin Gaza terputus hubungan dengan dunia luar. Rela mata pemimpin Mesir melihat umat Islam Gaza berlapar dan menderita, demi menunjukkan permusuhannya terhadap HAMAS. HAMAS dianggap sebagai cawangan Ikhwanul Muslimin yang sangat dimusuhi dan ditakuti oleh kerajaan Mesir dan pemimpin nasionalis Arab.

Pemimpin nasionalis Arab gentar dan resah dengan pertubuhan yang berteraskan Islam. Mereka bimbang populariti dan takhta yang diduduki akan terlucut dengan kebangkitan gerakan Islam ini. Hasilnya Hezbollah dan HAMAS terus dipulaukan di dunia Islam Arab. Nyatalah ‘Islamphobia’ yang berasal dari negara-negara Kristian Barat, rupanya telah lama berakar umbi di negara Arab sendiri.

Oleh: M. Fauzi

Sejarah Industri Ketenteraan Iran

Industri pertahanan di Republik Islam Iran bukanlah satu usaha yang baru. Pada awalnya, ia bermula sejak tahun 1934 dengan pembinaan kilang senjata api ringan di Gorkhane dan ia terus berkembang dengan pembinaan kilang raifal dan mesingan pada tahun 1937.

Perkembangan industri pertahanan Iran memasuki peringkat kedua perkembangannya  apabila Shah Iran yang terakhir, Mohammad Shah Reza Pahlavi menubuhkan Iran Electronic Industries (IEI) pada tahun 1973 bagi menggemblingkan usaha memperbaiki dan menyelenggara senjata yang diimport dari luar negara.

Pada zaman pemerintahan Shah Pahlavi, Iran adalah antara pembeli utama senjata di dunia ketika itu. Sebagai contoh Shah Pahlavi membelanjakan sejumlah 8 bilion Dollar Amerika antara 1971-1975 bagi pembelian senjata-senjata yang diimport dari Amerika Syarikat sahaja. Selain dari Amerika Syarikat, pembekal utama senjata Iran yang lain adalah Britain, Jerman, Itali serta tidak ketinggalan negara haram Israel.

Walaupun perbelanjaan ini dilihat keterlaluan, namun sebaliknya Iran menerima faedah yang besar  kerana dibekalkan dengan senjata-senjata yang tercanggih di zaman itu seperti jet pejuang canggih F14 Tomcat, kapal pemusnah kelas Kidd, peluru berpandu anti kereta kebal TOW, helikopter penyerang Cobra, helikopter pengangkut Chinook dan pelbagai jenis senjata lain.

Kebanyakan senjata ini hanya dimiliki oleh Amerika Syarikat dan negara haram Israel serta Iran sahaja yang diberikan kebenaran memiliki senjata seumpamanya. Dilaporkan bahawa sekutu-sekutu rapat Amerika Syarikat di Asia (Jepun, Korea Selatan & Taiwan) dan Eropah (NATO) hanya menerima kebenaran memiliki senjata-senjata seumpama ini pada tahun 1987-1990, iaitu kira-kira 15 tahun kemudian.

Pada zaman pemerintahan Shah Pahlavi juga, Iran telah memperolehi kebenaran mengeluarkan raifal G3 secara berlesen dari Jerman. Era pemerintahan Shah Reza Pahlavi juga menyaksikan usaha Iran menubuhkan Syarikat Industri Pertahanan Iran.

Iran bekerjasama rapat dengan Israel pada tahun 1977 dengan penumpuan dalam pembuatan peluru berpandu. Malah Shah Reza Pahlavi dilaporkan meminta agar Iran turut dilibatkan dalam program usahasama pengeluaran peluru berpandu Amerika Syarikat tetapi telah ditolak.

Negara-negara Kristian Barat turut tidak ketinggalan membekalkan pelbagai jenis senjata terkini kepada Iran pada era ini. Malah dalam beberapa kes, pembekalan senjata ke Iran adalah lebih didahulukan sebelum senjata-senjata ini dijadikan inventori rasmi negara-negara pengeluar.

Sebagai contoh jet pejuang F-14 Tomcat dihantar ke Iran sebelum dijadikan pesawat piawai oleh Amerika Syarikat dan kereta-kebal Chieftain dibina khas untuk Angkatan Tentera Iran oleh United Kingdom dan diberi nama Shir Iran MK1.

iran Chieftain-MkIII-latrun-2

Selepas tercetus Revolusi Islam Iran pada tahun 1979, Iran dikenakan sekatan perdagangan dan juga penjualan senjata oleh negara-negara Kristian Barat. Usaha ini bertujuan melumpuhkan keupayaan Angkatan Tentera Republik Islam Iran, sekaligus menumbangkan Republik Islam Iran dan menggagalkan agenda Revolusi Islam-nya.

Serentak dengan tercetusnya konspirasi Perang Iran-Iraq, memaksa Iran untuk beralih kepada Soviet Union, Korea Utara, Brazil dan China sebagai sumber bekalan senjatanya. Pada masa ini, Republik Islam Iran mengambil langkah pertama mengilangkan sendiri senjata ringan berteknologi Soviet Union seperti pelancar roket RPG-7 dan peluru berpandu anti-pesawat SAM 7 dengan kaedah olah-kejuruteraan (reverse engineering).

iran rpg7

Tahun demi tahun berlalu, perkembangan industri pertahanan Republik Islam Iran berkembang pesat. Pada awalnya, Republik Islam Iran mendapat bantuan teknikal dari Russia (bekas Soviet Union), Korea Utara dan China. Kini Republik Islam Iran telah mampu mengeluarkan produknya sendiri secara bebas hasil dari pemindahan teknologi dan bantuan teknikal yang diperkemas dan dipertingkatkan keupayaannya hasil dari R & D (Research & Development).

Industri Pertahanan Iran

Umumnya industri pertahanan Republik Islam Iran diletakkan di bawah penyelarasan dan penyeliaan oleh Kementerian Pertahanan & Logistik Angkatan Tentera. Terdapat sembilan (9) firma yang ditubuhkan dengan pengkhususan yang tersendiri.

Pengkhususan ini perlu bagi mengelakkan pertindihan kepakaran dan pengeluaran yang merugikan kerana persaingan sesama sendiri. Pada masa yang sama pengkhususan sebegini memudahkan Republik Islam Iran menyalurkan dana. Malah penumpuan dapat diberikan kepada bidang-bidang yang kritikal selaras dengan pemodenan peralatan ketenteraan yang terkini.

Malah sejak 1992, mereka telah mengorak langkah lebih jauh dengan mengeluarkan pelbagai jenis peralatan persenjataan merangkumi kereta kebal, kereta perisai pelbagai versi, pelbagai jenis peluru berpandu, kapal selam, kapal perang, pesawat pejuang dan pelbagai jenis helikopter. Secara umumnya industri pertahanan Republik Islam Iran mempunyai tiga (3) kategori dalam pengeluaran peralatan persenjataan:

Kategori 1 - Menyelenggara dan membaiki senjata-senjata canggih yang diperolehi dari Amerika Syarikat & NATO ketika era Shah Pahlavi. Semua alat ganti bagi sistem-sistem persenjataan ini dibina semula bagi membolehkan aset-aset tersebut digunapakai secara efektif dan mampu bertahan sehingga kini.

Malah terdapat beberapa jenis-jenis senjata seperti helikopter tempur Cobra, helikopter Chinook dan peluru berpandu anti-kereta kebal TOW dibina semula dan dikeluarkan secara  besar-besaran sehingga kini.

Contoh peralatan persenjataan dalam kategori 1:

Persenjataan Tentera Udara

  • Pesawat pejuang Azarakh – dibina semula berasal pesawat pejuang F5E (U.S)
  • Helikopter Panha 2091 – berasal dari helikopter tempur AH1 Cobra (U.S)
  • Helikopter pengangkut Chinook (U.S)
  • Penyelenggaraan pesawat pejuang F14 Tomcat & F4 Phantom (U.S) serta pesawat pejuang Mirage & Jaguar (Peranchis).

Persenjataan Tentera Laut

  • Kapal tempur kelas Sina – berasal dari kapal tempur kelas Kaman (Peranchis)
  • Kapal frigat kelas Moudge – berasal dari kapal frigat kelas Vosper (U.K)
  • Peluru berpandu Fajr Darya – berasal dari peluru berpandu Sea Killer

Persenjataan Tentera Darat

  • Peluru berpandu anti kereta kebal Toophan – berasal dari sistem TOW (U.S)
  • Meriam anti-pesawat Samavat – berasal dari meriam anti-pesawat Oerlikon
  • Peluru berpandu anti kapal terbang Hawk MIM 23 (U.S)
  • Kereta kebal ringan – FV101 Scorpion (British)

Kategori 2 - Membeli senjata-senjata terkini dari sumber-sumber seperti Rusia, Korea Utara dan China. Pada masa yang sama perjanjian pemindahan kepakaran bagi pengeluaran persenjataan (transfer of technology) dimeterai dan dilaksanakan.

Senjata-senjata ini dikeluarkan sepenuhnya oleh Republik Islam Iran untuk kegunaan sendiri tetapi tidak boleh dieksport. Sebagai contoh antara tahun 1993-2000, Republik Islam Iran membeli sejumlah 235 buah kereta kebal T72 dari Rusia beserta pakej pemindahan teknologi. Kini mereka mampu mengeluarkan sepenuhnya kereta kebal T72 yang telah dipermodenkan dengan menggunakan teknologi tempatan.

Contoh peralatan persenjataan dalam Kategori 2:

Persenjataan Tentera Udara

  • Pesawat Pengangkut IR AN 140 (Rusia)
  • Peluru berpandu anti pesawat Misagh 1 & 2 – QW 1 & 2 Vanguard (China)

Persenjataan Tentera Laut

  • Peluru berpandu anti kapal Silkworm – C801 & C802 (China)

Persenjataan Tentera Darat

  • Kereta kebal T72Z Safir – Kereta Kebal T72 (Rusia)
  • Peluru berpandu anti kereta kebal Raad – Sistem AT4 Sagger (Rusia)
  • Meriam berunut Raad 1 – Sistem WZ 501/502 (China)

Kategori 3 - Merekabentuk dan membina senjata baru dengan rekabentuk dan pengeluaran 100% oleh industri ketenteraan Republik Islam Iran. Antaranya adalah kereta kebal Zulfiqar & Mobarez, pesawat tempur Saegheh dan pelbagai variasi peluru berpandu seperti Zelzal, Shahab dan lain-lain. Kebanyakan senjata berteknologi tinggi ini mendapat bantuan kepakaran dari China, Korea Utara, Pakistan dan Rusia.

Contoh peralatan persenjataan dalam kategori 3:

Persenjataan Tentera Udara

  • Pesawat pejuang Saegheh 80
  • Pesawat latihan asas Dorna
  • Pesawat latihan lanjutan IT2-2 Tazarv
  • Pesawat tanpa pemandu Ababil/Mohajer
  • Meriam anti pesawat Fajr 27
  • Bom elektro-optik 2000 Ib Qased

Persenjataan Tentera Laut

  • Peluru berpandu anti–kapal dengan jarak 50 km – Tondar
  • Peluru berpandu anti-kapal lancaran kapal selam – Thaqeb
  • Peluru berpandu anti-kapal jarak jauh – Raad
  • Kapal serang laju berpeluru-berpandu Kelas Sina, Paykan dan Joshan
  • Kapal selam Kelas Qaem

iranian sub

Persenjataan Tentera Darat

  • Kereta kebal ringan – Tosan
  • Kereta kebal utama – Zulfiqar
  • Kereta perisai berunut – Cobra BMT 2
  • Kereta perisai bertayar – Raksh
  • Peluru berpandu anti kereta kebal – Toophan 2
  • Kenderaan pacuan 4 roda serbaguna – Sepher/Safir/Tondar

Gelora Asia Barat Siri 10

Oleh: M. Fauzi

Faktor Kedua – Angkatan Tentera Republik Islam Iran

Perkembangan dekad terakhir ini mula menyaksikan negara-negara Islam seperti Iran, Pakistan, Turki, Sudan, Arab Saudi dan negara jiran Indonesia sudah mula mampu mengeluarkan pelbagai jenis senjata dari senjata api ringan hinggalah pembinaan kapal perang dan kapal terbang pejuang berteknologi sederhana.

Angkatan Tentera Republik Islam Iran dibentuk dengan gabungan tiga (3) organisasi utama iaitu Tentera Republik Islam Iran, Pasukan Pengawal Revolusi Republik Islam Iran dan Pasukan Baseej. Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khameini bertindak sebagai pemimpin tertinggi keseluruhan ketumbukan Angkatan Tentera Republik Islam Iran dengan dibantu oleh Kementerian Pertahanan & Logistik Angkatan Tentera (MODAFL – Ministry of Defence & Armed Forces Logistics).iranian women soldier

Angkatan Tentera Republik Islam Iran adalah angkatan tentera konvensional yang lebih dikenali di Republik Islam Iran sebagai ’Artesh’. ’Artesh’  mengandungi pasukan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara sebagaimana struktur pasukan tentera konvensional negara-negara lain. Pasukan Tentera Republik Islam Iran ini berjumlah 420 000 orang dengan 350 000 anggota Tentera Darat, 18 000 anggota Tentera Laut dan 52 000 anggota Tentera Udara.

Pasukan Pengawal Revolusi Republik Islam Iran

Pasukan Pengawal Revolusi dianggarkan berjumlah kira-kira 125 000 orang dan mempunyai pasukan tentera laut, tentera darat dan tentera udaranya yang tersendiri. Pasukan Pengawal Revolusi dikenali sebagai IRGC oleh negara-negara Barat atau di Republik Islam Iran ia dikenali sebagai ’Pasdaran’ (Pasdaran-e Enghelab-e Islami) dalam bahasa Parsi. Pasukan Pengawal Revolusi ini adalah tentera elit Republik Islam Iran, amat terlatih dan turut diberikan kuasa untuk mengawal-selia roket-roket dan peluru-peluru berpandu balistik kepunyaan Republik Islam Iran.

Pasukan Pengawal Revolusi ini mempunyai satu pasukan elit yang diberi gelaran Pasukan Al-Quds. Terdapat sumber yang menyatakan bahawa bilangannya tidak melebihi 2 000 orang termasuk 800 orang yang sedang menjalankan operasi. Terdapat sumber lain yang menyatakan bahawa pasukan ini berjumlah 3 000 hingga 5 000 orang.

Los Angeles Times melaporkan bahawa Pasukan Al-Quds adalah antara pasukan yang terbaik di dunia. Mohan Abedin, Pengarah Pusat Penyelidikan bagi Kajian Keganasan yang berpusat di London berpendapat bahawa Pasukan Al-Quds merupakan pasukan khas yang paling berpengalaman dan mempunyai anggota yang mempunyai komitmen, bakat luar biasa dan peralatan bagi peperangan khusus bergantung kepada lokasi operasi.

Pasukan Al-Quds turut dilaporkan memberikan latihan dan menyalurkan bantuan kepada gerakan-gerakan pejuang Islam (yang sering dilabel sebagai pengganas oleh kerajaan Kristian Barat). Sebagai contoh dilaporkan pada tahun 2005, 150 anggotanya bertugas di Lubnan, bertindak sebagai penasihat tentera di Sudan, Eritrea dan Ethiopia.

Pasukan Baseej

Pasukan Baseej adalah pasukan tentera sukarela yang dibentuk oleh Pemimpin Agung Republik Islam Iran yang pertama, Ayatollah Rohullah Khomeini pada bulan November 1979. Keanggotaannya terbuka kepada lelaki dan wanita. Rata-rata anggota Pasukan Baseej berumur antara 18 – 45 tahun.

Semasa peperangan Iran-Iraq, Pasukan Baseej ini telah memainkan peranan penting. Sebagai contoh, pada tahun 1983 iaitu semasa perang Iran-Iraq, pasukan ini telah berjaya merekrut dan melatih sebanyak 2.4 juta orang dan menggerakkan sejumlah 450 000 dari mereka untuk berjuang di barisan hadapan.

Sumber Barat menyatakan bahawa Pasukan Baseej mempunyai keanggotaan di antara 400 000 hingga 3 juta orang. Pusat Kajian Strategik & Antarabangsa pada tahun 2005 menyatakan bahawa dalam keadaan aman, pasukan Baseej dianggotai oleh 90 000 anggota tetap dan 300 000 sukarelawan. Namun begitu jika berlaku peperangan mereka mampu mengumpulkan sejuta anggota dalam jangka waktu singkat.

Berdasarkan sumber agensi berita rasmi Iran, pasukan Baseej dianggotai oleh 11 hingga 12.5 juta orang dan 5 juta darinya adalah wanita. Sekurang-kurang 3 juta anggotanya mampu digerakkan untuk bertempur di medan hadapan peperangan.

Umumnya, walaupun Pasukan Baseej hanya dilengkapkan dengan senjata-senjata ringan seperti raifal AK 47, pelancar roket RPG 7 dan mortar 60 mm yang kesemuanya adalah buatan Iran, namun dengan jumlah yang begitu besar, ia mampu menjadi hujung tombak dalam menghadapi ancaman perang ke atas Republik Islam Iran.

Kelengkapan Angkatan Tentera Republik Islam Iran Secara Umum

Angkatan Tentera Darat

Republik Islam Iran telah mengeluarkan dana yang besar untuk menguatkan dan melengkapi keseluruhan keperluan angkatan tenteranya. Sebagai contoh pada tahun 1997, Republik Islam Iran telah membelanjakan sejumlah $ 4 996 billion dolar Amerika dan jumlah ini meningkat kepada $ 7 310 billion dolar Amerika pada tahun 2007.

Dengan jumlah dana begitu besar yang dibelanjakan oleh Republik Islam Iran telah menimbulkan persoalan tentang aras kekuatan aset senjata Republik Islam Iran yang sebenarnya. Tambahan pula umum mengetahui bahawa 75% aset senjata Republik Islam Iran dibangunkan dan dibina di dalam negara itu sendiri. Jika merujuk kepada sumber-sumber yang dipetik dari negara-negara Kristian Barat, data-data menunjukkan pegangan aset tentera Republik Islam Iran adalah kecil dan lemah. Tambahan kepada data ini didakwa 60% dari aset sedia ada adalah bersifat usang dan tidak berfungsi dengan baik.Iranianmissiles

Sebagai contoh menurut laporan Anthony Cordesman dalam CSIS Report – Conventional Armed Forces In The Gulf yang diterbitkan pada 23 Jun 2008 menyatakan bahawa keseluruhan angkatan darat Republik Islam Iran mempunyai pegagan senjata berat seperti berikut:-

Kereta Kebal Pelbagai Jenis                     – 1 613 buah

Kereta Perisai Pelbagai Jenis                   – 1 365 buah

Pelancar Roket Berganda                           –    876 buah

Meriam Tunda                                                – 2 010 buah

Meriam Berkenderaan (Self Propelled)  –    310 buah

Namun jika dibandingkan dengan maklumat yang diperolehi dari sumber terbuka seperti Wikipedia jumlah kereta kebal Republik Islam Iran adalah sebanyak 4 213 buah.irandefence

Dengan perbandingan yang begitu besar bezanya, kita dapat membuat perkiraan dan anggaran sebenar aset dan senjata berat lain yang dimiliki Republik Islam Iran.

Angkatan Darat Republik Islam Iran turut mempunyai sejumlah kapal terbang pengangkut dan pelbagai jenis helikopter bagi melicinkan lagi operasi ketenteraannya dengan pecahan jenis seperti berikut:-

Kapal Terbang Pengangkut          – 188 buah

Helikopter Pengangkut                 – 356 buah

Helikopter Serbaguna                   – 140 buah

Helikopter Penyerang                    – 150 buah

Angkatan Tentera Laut

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh pihak Barat, pada tahun 2008, Tentera Laut Republik Islam Iran mempunyai seramai 18 000 angota dan jumlah ini tidak termasuk anggota Angkatan Tentera Laut Pasukan Pengawal Revolusi. Angkatan Tentera Laut Republik Islam Iran terdiri daripada jumlah pecahan seperti butiran berikut :

Angkatan Tentera Laut                 – 13 400 orang

Pasukan Marin                                 -   2 600 orang

Pasukan Udara Tentera Laut     -   2 000 orang

Jumlah kapal perang Tentera Laut Republik Islam Iran adalah sebanyak 566 buah dengan pecahan seperti berikut:

Kapal Perang Permukaan            – 468 buah

Kapal Perang Sokongan               -   81 buah

Kapal Selam                                      -   17 buah

Angkatan Tentera Udara

Tentera Udara Republik Islam Iran turut memiliki kapal terbang sebanyak 517 buah dengan 204 helikopter.

Oleh: M. Fauzi

khomeini dalam timesRepublik Islam Iran pasca revolusi Islam Iran pada tahun 1979 telah menghadapi pelbagai jenis tohmahan ,tekanan dan sekatan yang dipelopori oleh Imperialis Amerika Syarikat dengan sokongan negara-negara Kristian Barat yang nyata fobia dengan imej Islam yang ditonjolkan oleh Republik Islam Iran. Imej Islam ini bukan sekadar slogan untuk menarik sokongan rakyat Iran dan perhatian umat Islam seluruh dunia, tetapi ia diterjemahkan dengan tindakan Republik Islam Iran ’mengeksport’ semangat dan ideologi revolusi Islam-nya keseluruh dunia Islam.

Lebih malang lagi tekanan dan sekatan ini turut disokong oleh kebanyakan negara-negara Arab di Asia Barat. Rata-ratanya melihat Republik Islam Iran bukan sebahagian dari dunia Islam, tetapi melihat Iran dengan pandangan assabiyah dan semangat Pan-Arabisme. Kebanyakan pemimpin Arab melihat Republik Islam Iran sebagai satu kelompok bangsa Parsi yang cuba mengancam pengaruh, kekuasaan, kekayaan dan ia dilihat menggugat sempadan wilayah Arab sehingga mendorong negara-negara Arab memberikan sokongan luar biasa dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan, pembiayaan peralatan ketenteraan dan maklumat perisikan kepada Presiden Saddam Hussein dari Iraq yang berperang dengan Republik Islam Iran selama hampir lapan tahun.

Sejak Revolusi Islam Iran berjaya menumbangkan kezaliman rejim Syah Pahlevi, para pemimpin Revolusi Islam Iran menghadapi pelbagai cubaan untuk menghancurkan Republik Islam Iran dengan pengkhianatan beberapa tokoh Iran yang bersekongkol dan didalangi oleh Amerika. Ini  disusuli dengan tekanan dan sekatan oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Kristian Barat serentak dengan Perang Iran-Iraq yang dicatur oleh Amerika Syarikat, Israel dan negara-negara Kristian Barat. Bahkan ia disokong oleh negara-negara Arab.

Puluhan tahun telah berlalu dan hakikatnya kini Republik Islam Iran masih kekal dan kukuh selaras dengan keazaman dan keluhuran para pemimpinnya. Malah ia didokong oleh sokongan rakyat Iran keseluruhannya. Hingga kini, prinsip dan ideologi Republik Islam Iran masih tidak berubah, malah budaya revolusinya masih kuat bertapak di sanubari rakyat Iran. Pengurusan ekonominya tetap stabil dan berjalan lancar walaupun menerima sekatan dan tekanan dalam pelbagai bentuk dengan sandaran kekuatan ekonominya kepada industri minyak dan gas.

Dari segi kekuatan tentera, Republik Islam Iran adalah antara yang terkuat di Asia Barat dan menjadi ancaman kepada kewujudan negara haram Israel. Perkara ini semakin nyata dan jelas, iaitu selepas era kejatuhan Presiden Saddam Hussein dan lumpuhnya angkatan tentera Iraq, pengaruh dan segi sandaran kekuatan ketenteraan Republik Islam Iran merupakan imbangan bagi mengekang kerakusan negara haram Israel di Asia Barat.

Dalam Siri Akhir ini akan mengupas tiga faktor yang menjadi tunjang kepada kekuatan Republik Islam Iran. Yang pertama adalah sistem politik dan kaedah pentadbiran negara yang mantap. Kedua, adalah kekuatan angkatan tentera Republik Islam Iran. Akhirnya yang ketiga adalah keupayaan berdikari oleh  industri pertahanan Republik Islam Iran.

Faktor Pertama – Sistem Politik Dan Pemerintahan Republik Islam Iran

Sistem politik Republik Islam Iran adalah satu sistem yang bersifat kompleks, sistematik dan mempunyai sistem ’check and balance’ yang jelas. Dalam struktur pemerintahan Republik Islam Iran, secara umumnya Pemimpin Agung (Supreme Leader) dilihat berada di puncak piramid dalam sistem pemerintahan Republik Islam Iran, walaupun pada hakikat sebenarnya, ia tidak berlaku sebegitu. Di Iran,  Pemimpin Agung bertanggungjawab untuk memelihara dasar utama Republik Islam Iran dan mengawasi kelicinan pelaksanaannya. Pemimpin Agung turut bertindak sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera serta berkuasa menentukan corak perisikan ketenteraan dan operasi ketenteraan. Malah sebagai pemimpin tertinggi dalam angkatan tentera, beliau berkuasa mengeluarkan pengisytiharan perang.

Beliau juga bertindak mengetuai pengawalan ke atas sistem kehakiman, siaran radio dan televisyen milik kerajaan dan bertindak sebagai komander tertinggi angkatan bersenjata yang terdiri dari pasukan polis dan pasukan tentera. Pemimpin Agung lebih berkuasa dan lebih tinggi dari Presiden Iran jika dilihat dari sudut  hierarki. Selain itu,  Pemimpin Agung bertanggungjawab melantik enam (6) dari dua belas (12) ahli Majlis Pengawal Kuasa.

Antara Peranan Pemimpin Agung adalah :

1. Membuat pengishtiharan mengenai pelaksanaan dasar-dasar utama Republik Islam Iran selepas mendapat nasihat dan pandangan dari Majlis Pakar.

2. Mengawal dan mengawasi pelaksanaan dasar-dasar utama ini agar ia dilaksanakan dengan berkesan.

3. Mengeluarkan dekri bagi melaksanakan referendum terutama yang melibatkan dasar-dasar negara.

4. Menandatangani dekri yang membolehkan pilihanraya umum bagi memilih Presiden Republik Islam Iran.

5. Bertindak sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Republik Islam Iran.

6. Berkuasa mengeluarkan pengisytiharan perang, menandatangani perjanjian damai dan bertanggungjawab terhadap sebarang arahan utama bagi sebarang mobilisasi (pergerakan) ketumbukan tentera.

7. Berkuasa memecat Presiden  dengan bersandarkan kepada kepentingan dan keselamatan negara. Tindakan ini hanya boleh dilakukan apabila Mahkamah Agung Iran memutuskan bahawa Presiden telah didapati melanggar Perlembagaan Iran atau Parlimen Iran berjaya memenangi undi tidak percaya kepada Presiden Iran berdasarkan Artikel 89 Perlembagaan Republik Islam Iran.

Disebalik kuasa begitu besar yang dimiliki oleh Pemimpin Agung dalam menentukan arah tuju Republik Islam  Iran, segala keputusan, tindakan malah prestasi dan keupayaan Pemimpin Agung ini dipantau dan dikawal ketat oleh Majlis Ulama.  Majlis Ulama bertanggungjawab mengawal dan  memantau prestasi kerja Pemimpin Agung dalam perlaksanaan dan pengawalan ke atas badan kehakiman. Majlis Ulama berkuasa memilih dan memecat Pemimpin Agung berdasarkan kelayakan dan prestasi kerja yang dipamerkan oleh Pemimpin Agung.

Struktur yang kompleks dalam pemerintahan Republik Islam Iran dapat diterangkan dan diterjemahkan melalui Perlembagaan Republik Islam Iran. Perlembagaan Republik Islam Iran dirangka dan dilaksanakan selepas Revolusi Islam Iran pada bulan Disember 1979 dan terdapat pindaan yang dilaksanakan pada tahun 1989. Berikut diterangkan secara ringkas badan-badan yang terlibat dalam dalam penetapan, pelaksanaan dan pemantauan bagi pelaksanaan dalam Republik Islam Iran :

Presiden Republik Islam Iran

Perlembagaan Republik Islam Iran menyatakan bahawa Presiden adalah orang yang kedua berkuasa selepas Pemimpin Agung. Presiden dilantik melalui pilihanraya umum yang diadakan empat (4 tahun) sekali. Warga Iran yang berumur 15 tahun dan ke atas adalah layak mengundi. Sebelum pertandingan, setiap calon Presiden, haruslah diperakukan oleh Majlis Pengawal Kuasa.

Presiden Iran hanya boleh bertanding dan berkhidmat paling maksimum adalah selama dua (2) penggal sahaja iaitu lapan tahun walaupun mempunyai prestasi yang baik, cemerlang dalam mentadbir negara dan mempunyai populariti yang tinggi. Ini bagi mengelakkan berlaku penyelewengan dan kemungkinan, Presiden akan bertindak secara diktator untuk terus mempertahankan kuasanya. Presiden bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara  yang termaktub di dalam perlembagaan Republik Islam Iran dan melaksanakan semua kuasa eksekutif kecuali kuasa yang tertakluk sepenuhnya dibawah Pemimpin Agung.

Presiden juga bertanggungjawab melantik dan mengawasi tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Jemaah Menteri dan menyelaras pelaksanaan keputusan keputusan kerajaan. Seramai sepuluh (10) orang Timbalan Presiden dilantik untuk bertugas dibawah Presiden dan terdapat 21 orang menteri yang mengetuai kementerian berbeza  dan bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar Republik Islam Iran di seluruh wilayah. Walaupun Presiden  bertanggungjawab melantik menteri bagi perisikan dan keselamatan serta menteri pertahanan, namun pelantikan bagi kedua-kedua jawatan yang sensitif ini haruslah mendapat persetujuan dari Pemimpin Agung.

Parlimen Republik Islam Iran

iran mengundi

Parlimen Republik Islam Iran dikenali Majlis Syura Islam mengandungi 290 ahli parlimen yang dipilih dalam pilihanraya umum yang diadakan pada setiap empat (4) tahun. Semua rakyat Iran dari pelbagai golongan boleh bertanding bagi merebut kerusi Parlimen secara terbuka tanpa bergantung kepada mana-mana parti. Semua calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan sebagai ahli parlimen haruslah mendapat kebenaran dari Majlis Pengawal Kuasa. Kaedah ini penting bagi mengelakkan perpecahan dalaman yang boleh menimbulkan huru-hara akibat dari pertentangan parti-parti politik yang bertanding di negara-negara demokrasi yang masih kurang matang.

Parlimen atau lebih dikenali sebagai ’Majlis’ ini bertanggungjawab merangka draf perundangan, menyemak dan membetulkan draf bagi sebarang perjanjian peringkat antarabangsa serta bertindak membahas, menyemak dan memperaku atau mengesahkan belanjawan negara.

Majlis Pengawal Kuasa

Majlis Pengawal Kuasa terdiri daripada 12 orang juri yang antara lain mengandungi 6 orang ulama yang dilantik oleh Pemimpin Agung dan baki 6 orang lagi dilantik oleh Parlimen. Lantikan oleh Parlimen ini biasanya terdiri daripada juri yang dicalonkan oleh Ketua Hakim dan dipersetujui oleh Parlimen. Majlis ini bertanggungjawab menjaga keutuhan Perlembagaan Republik Islam Iran dan berkuasa menolak sebarang draf undang-undang dari Parlimen yang bertentangan dengan Perlembagaan Republik Islam Iran. Majlis Pengawal Kuasa juga berkuasa untuk membuat pengesahan yang merupakan sebahagian dari syarat dan kebenaran untuk membolehkan bakal-bakal calon untuk melayakkan diri bertanding dalam pilihanraya Republik Islam Iran bagi merebut jawatan Presiden dan kerusi-kerusi Parlimen.

Majlis Pengawal Kuasa juga mempunyai kuasa untuk melantik ketua dan ahli-ahli Majlis Ulama. Perlantikan ini dibuat dengan menggunakan gabungan kaedah peperiksaan berdasarkan modul tertentu dan prosedur-prosedur pemilihan dengan kriteria khas.

Majlis Pakar

Majlis Pakar mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai perantara antara Parlimen dan Majlis Pengawal Kuasa. Majlis Pakar turut bertindak sebagai penasihat kepada Pemimpin Agung terutama apabila melibatkan keputusan penting yang berkaitan dengan dasar, perlembagaan dan hubungan antarabangsa.

Badan Kehakiman

Pemimpin Agung mempunyai kuasa untuk melantik Ketua Hakim. Ketua Hakim Republik Islam Iran mempunyai kuasa melantik Ketua Mahkamah Agung dan Ketua Pendakwaraya. Terdapat pelbagai jenis mahkamah seperti mahkamah awam yang bertindak mengendalikan kes sivil dan jenayah serta mahkamah revolusi yang mengendalikan kes-kes yang bersifat ancaman kepada keselamatan negara. Keputusan-keputusan mahkamah revolusi adalah bersifat muktamad dan tidak boleh dicabar atau diubah secara perundangan.

Terdapat mahkamah khas yang dikhususkan bagi para ulama yang bertanggungjawab mengendalikan kes-kes yang melibatkan para ulama. Mahkamah ini bertanggungjawab terus kepada Pemimpin Agung. Keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau diubah secara perundangan.

Majlis Ulama

Majlis Ulama biasanya akan bersidang sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun dan setiap persidangannya akan mengambil masa dua (2) hari. Keahlian Majlis Ulama adalah terdiri daripada 86 orang ulama kanan yang dipilih dalam tempoh 8 tahun sekali. Pemilihan dan perlantikan bagi keahlian Majlis Ulama ini ditentukan oleh Majlis Pengawal Kuasa melalui kaedah peperiksaan dengan modul dan formula tertentu.

Tanggungjawab utama Majlis Ulama ini bertanggungjawab memilih atau memecat Pemimpin Agung. Oleh yang demikian semua perkara dan butiran mesyuarat Majlis Ulama ini diklafikasikan sebagai amat sulit.

Jika struktur pemerintahan Republik Islam Iran ini diterjemahkan dalam bentuk gambarajah, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas betapa kompleks dan tersusunnya corak pentadbiran Republik Islam Iran. Corak pentadbiran Republik Islam Iran ini mempunyai sistem ‘semak dan imbang (check & balance)’ paling sistematik di dunia. Malah jika dikaji dengan lebih mendalam, ia adalah lebih demokratik dari negara Barat yang kononnya mengamalkan, memperjuangkan dan menjuarai prinsip demokrasi.

Struktur pemerintahan Republik Islam Iran adalah struktur politik yang paling hampir dengan konsep dan struktur pemerintahan bercorak Islam. Jika diteliti dan diperincikan, tiada siapa atau pihak yang benar-benar mempunyai kuasa mutlak dalam Republik Islam Iran walaupun tokoh yang sentiasa dipertontonkan sebagai ‘public figure’ adalah Pemimpin Agung & Presiden.

parlimen iranMalah, dalam sistem pemerintahan Iran, presiden dan ahli-ahli Parlimen tidak mempunyai parti-parti atau kumpulan tertentu seperti negara-negara demokrasi acuan Barat. Semua individu yang bertanding memenangi kerusi masing-masing berdasarkan karisma individu itu sendiri, dan apakah komitmen yang dijanjikan kepada seluruh rakyat Iran sekiranya beliau dipilih. Oleh yang demikian, perpecahan dalaman negara disebabkan perbezaan ideologi kepartian dapat dielakkan dan pilihanraya dilaksanakan dengan aman, tenteram dan dibuat lebih dalam bentuk bai’ah yang diterjemahkan dalam bentuk kertas undi.

Oleh kerana itu, kecaman-kecaman antarabangsa samada ke atas negara Iran itu sendiri, mahupun ke atas pemimpin-pemimpinnya dilihat oleh kebanyakan warga Iran sebagai penghinaan ke atas maruah dan pilihan mereka. Malah pertentangan antara golongan ulama konservatif dan golongan pembaharuan yang diperbesar-besarkan oleh media Zionis dan Kristian Barat setiap kali musim pilihanraya Parlimen dan Presiden, menambahkan lagi keazaman rakyat Republik Islam Iran untuk mempertahankan sistem pemerintahan yang sedia ada dan memperlihatkan kepada dunia tentang keterbukaan, keseimbangan dan keteguhan sistem pemerintahan negara mereka.

Oleh: M. Fauzi

budak-lapar

Impian Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu Baratnya di dalam NATO yang berhasrat untuk menyerang Iran dari arah sempadan Afghanistan dijangka akan turut berhadapan dengan jalan sukar apabila terpaksa menghadapi pejuang Hezb-i-Wahdat dari puak Hazara yang bermazhab Syi’ah. Puak Hazara adalah puak yang ketiga besarnya di Afghanistan dengan jumlah komunitinya sebanyak 2 870 000 orang dan kebanyakannya menetap di sempadan Iran & Pakistan dengan Afghanistan.

Walaupun tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Taliban, ini tidak bermakna sebarang serangan oleh penjajah Amerika Syarikat ke atas Iran akan dipandang sepi oleh Hezb-I-Wahdat. Hezb-I-Wahdat mempunyai sejarah yang manis apabila turut menyertai pejuang Mujahidin Afghanistan menghalau tentera Soviet Union dan seterusnya menumbangkan rejim Najibullah di Kabul. Walaupun mendapat tempat dalam parlimen Afghanistan, ia tidak bermakna Hezb-I-Wahdat bersetuju dengan semua tindakan presiden boneka Hamid Karzai dan tunduk kepada tekanan penjajah Amerika Syarikat. Hubungan yang rapat antara Hezb-I-Wahdat dengan Teheran disertai dengan sentimen Syi’ah dan ketaatan mereka kepada perintah ulama pastinya mengundang masalah kepada penjajah Amerika Syarikat.

Walaupun Amerika Syarikat telah menempatkan seramai 32 000 orang tenteranya termasuk tentera elit dan dibantu oleh 37 000 orang tentera NATO, mereka masih terkial-kial menghadapi serangan bersepadu dari Taliban, Hezb-I- Islami dan Al-Qaeda. Penentangan terhadap kehadiran penjajah Amerika dan NATO turut ditentang hebat oleh pasukan-pasukan Mujahidin Afghanistan yang lain seperti Hizbi-I-Islami pimpinan Jallaludin Haqqani serta kumpulan Mujahidin dari Pakistan seperti Lashkar e-Tayyiba dan Jaish e-Mohamed yang merupakan sekutu rapat Taliban. Pejuang Taliban turut mendapat sokongan dari dua kumpulan pejuang baru yang telah membantu dan menyertai Taliban dalam beberapa operasi wilayah timur Afghanistan.

Kumpulan pertama adalah ’Jamaatul-Dawa-Al-Sunna’ yang dianggotai oleh pejuang Mujahidin berbangsa Uzbek dan mendapat sokongan dari Tahir Yuldashev, pemimpin Gerakan Islam di Uzbekistan dan kumpulan kedua dikenali sebagai ’Ahadis’ yang dianggotai oleh Mujahidin berbangsa Arab. Keperitan ini pun masih menjadi masalah besar yang dihadapi oleh penjajah Amerika di Afghanistan.

Tidak ada apa yang boleh dijadikan sandaran bagi menguatkan kehadiran penjajah Amerika Syarikat dan NATO di Afghanistan. Kerajaan boneka Hamid Karzai, sesuai dengan gelaran kerajaan boneka Amerika, tidak mampu memberikan bantuan apa-apa malah kesinambungan rejim Hamid Karzai pun ditentukan dengan belas ihsan penjajah Amerika Syarikat dan NATO. Walaupun Hamid Karzai berasal dari keturunan Pashtun, beliau tidak mendapat sokongan dari etnik Pashtun yang merupakan 42% dari keseluruhan populasi masyarakat Afghanistan. Puak Pashtun lebih selesa dan memberikan sokongan kepada Taliban dan kumpulan pejuang Mujahidin lain bagi menentang Amerika Syarikat dan NATO.

Perkembangan terbaru yang di Afghanistan seperti yang dilaporkan oleh akhbar bebas Kavkaz Center pada 16 Julai 2008 menggambarkan keadaan genting yang di hadapi oleh kerajaan boneka Hamid Karzai dan penjajah Amerika dan sekutunya, NATO di Afghanistan. Laporan menyatakan bahawa pejuang Taliban telah melancarkan serangan bersepadu ke atas empat daerah di wilayah Kunar. Tentera kerajaan boneka Afghanistan telah meminta bantuan dari kerajaan pusat di Kabul tetapi rejim Hamid Karzai gagal menghantar bantuan yang diharapkan. Akhirnya pejuang Taliban telah berjaya menguasai empat daerah iaitu Bargi Matal, Ghaziabad, Langham dan Chappa Dara.

Dalam laporan yang sama, menyatakan bahawa pertempuran sengit antara pejuang Taliban dan tentera kerajaan boneka Afghanistan di wilayah Nuristan telah berlaku hampir seminggu. Malah pejuang Taliban telah menyerang pengkalan tentera penjajah Amerika Syarikat di wilayah Nuristan dengan peluru berpandu darat-ke-darat. Malah jurucakap NATO mengesahkan bahawa lima orang tentera penjajah Amerika terkorban dan 15 lagi mengalami kecederaan.

Pejuang Taliban turut bergerak bebas di wilayah Helmand dan melancarkan operasi ketenteraan di sana. Pejuang Taliban dikatakan telah bergerak secara taktikal di wilayah Loghar, Maidan wardak, Kapisa, Parwan dan Laghman serta cuba menghampiri Kabul melalui wilayah-wilayah berkenaan.

Dengan keadaan sebegini, impian Amerika Syarikat untuk menjadikan Afghanistan sebagai salah satu pangkalan dan medan garis hadapan bagi usahanya menyerang Iran akan menghadapi kesulitan yang amat besar dan berisiko tinggi.

Usaha Amerika Syarikat untuk menghapuskan penentangan ke atas kehadirannya bersama sekutu dan rejim bonekanya telah melebihi enam tahun, namun tiada sebarang kejayaan mutlak tercapai melainkan penentangan ke atas mereka oleh seluruh pasukan Mujahidin semakin hebat dari hari ke hari.

Jika penjajah Amerika masih angkuh dengan rancangan mereka untuk menyerang Iran, ia dianggap menjolok sarang tebuan. Keangkuhan dan rancangan nekad Amerika Syarikat menyerang Iran dari Afghanistan akan mengundang kemungkinan serangan balas oleh pejuang Hezb-I-Wahdat. Keadaan ini tentu tidak dipersiakan oleh Taliban, Al Qaeda, Hezb-I-Islami pimpinan Gulbuddin Hekmatyar, Hizbi-I-Islami pimpinan Jalaludin Haqqani, Lashkar e-Tayyiba dan Jaish e-Mohamed untuk memporak-perandakan kedudukan tentera Amerika Syarikat dan NATO. Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, kedudukan penjajah Amerika Syarikat di Afghanistan akan menjadi telur di hujung tanduk.

Oleh: M. Fauzi

Merujuk kepada petikan artikel yang dipetik dari yang menyatakan bahawa berdasarkan sumber dari agensi berita Rusia, Novosti melaporkan perisikan Rusia telah menerima maklumat bahawa Amerika Syarikat hampir menyempurnakan persiapannya untuk operasi ketenteraan ke atas Iran. Malah menurut Novosti, Kolonel General Leonis Ivashov, seorang staf kanan tentera Rusia menyatakan bahawa Pentagon sedang merancang untuk melaksanakan serangan udara besar-besaran ke atas infrastruktur ketenteraan Iran tidak lama lagi.

Saudara Ezli Meshut di dalam artikelnya menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah menghantar dua armada kapal pengangkut iaitu USS Stennis dan USS Eisenhower ke Teluk Parsi dan ini merupakan tambahan kepada kekuatan 4 buah armada yang sudah bersedia kini iaitu USS Kitty Hawk, USS Ronald Reagen, USS Enterprise dan kapal pengangkut berkuasa nuklear, USS Nimitz. Malah terdapat ura-ura negara haram Israel berusaha mendapatkan kebenaran untuk melintasi ruang udara beberapa buah negara Teluk yang bersekutu dengan penjajah Amerika Syarikat dan membentuk laluan serangan udara yang selesa. Melihat kepada senario sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, kemungkinan serangan ke atas Iran tidak dapat disangkal lagi.

Penjajah Amerika Syarikat dan negara haram Israel melalui agensi perisikan CIA & Mossad telah mengumpul maklumat dan membuat analisis dan kajian yang mendalam tentang kesan serangan Amerika Syarikat ke atas infrastruktur nuklear dan ketenteraan Iran. Secara umumnya berdasarkan senario yang telah diterangkan sebelum ini, sebarang serangan ke atas Iran berkemungkinan mengundang tindakbalas ketenteraan dari sekutu Iran yang utama iaitu Syria dan proksi-proksi Iran di Timur Tengah.

Tindakan Balas Sekutu Iran Ke Atas Israel

Syria pasti akan menggunakan alasan ini untuk menggerakkan tenteranya bagi merampas semula Bukit Golan yang merupakan kunci kepada maruahnya. Syria pastinya tidak bersendirian kerana Hezbollah pasti akan turut melancarkan serangan ke atas negara haram Israel bagi membalas dendam atas kematian komandernya , Hj Imad Moghniyeh. Malah Hezbollah bertekad untuk membebaskan anggota-anggotanya serta warga kerja diplomat Iran yang ditahan di kem-kem negara haram Israel.

Seperti sebelum ini pertembungan ketenteraan antara tentera pengganas Israel dan pejuang Hezbollah turut mendapat sokongan dari parti Amal dan sayap ketenteraannya. Serangan Hezbollah ini akan turut melegakan tekanan atas sekatan dan serangan yang dikenakan oleh negara haram Israel ke atas Semenanjung Gaza.

HAMAS pasti akan mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan usahanya memecahkan kepungan ke atas Semenanjung Gaza dan melancarkan serangan roket ke atas Sderot dan wilayah-wilayah Israel yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza. Dan usaha HAMAS ini seperti sebelum ini bukanlah satu operasi yang di gerakkan oleh pejuang-pejuang HAMAS sahaja , tetapi operasi ke atas negara haram Israel ini akan turut disertai oleh PFLP, serpihan-serpihan pejuang Fatah dan pasukan Jihad Islam.

Nasib Imperialis Amerika Syarikat Di Iraq

Jika Israel dijangka bergelut dengan dengan Syria, Hezbollah, Hamas dan fraksi-fraksi pejuang Palestin, penjajah Amerika Syarikat di Iraq turut mengalami igauan yang sama. Serangan ke atas Iran pasti mengundang tindakbalas ketenteraan yang lebih mengerikan dari Iran. Dengan sempadan Iran-Iraq sepanjang 1 400 km, Iran boleh memilih untuk menyerang tentera penjajah Amerika Syarikat dari mana-mana lokasi yang sukar dijangka. Malah kedudukan Zon Hijau yang merupakan pusat pemerintahan kerajaan boneka dan ibu pejabat penjajah Amerika Syarikat di Baghdad terletak hanya 90 minit perjalanan berkenderaan dari sempadan Iran-Iraq. Kira-kira 90% kawasan yang menempatkan tentera penjajah Amerika Syarikat dan negara-negara Barat adalah dalam lingkungan 200 km dari sempadan Iran. Tentera Iran dengan mudah menerbangkan roket-roket milik mereka dan meledakkan Kem Bushmaster berhampiran Najaf, Kem Anaconda di selatan Tikrit dan Zon Hijau di Baghdad turut menjadi sasaran mudah.

Namun begitu ancaman terbesar yang dihadapi oleh tentera penjajah Amerika Syarikat adalah musuh-musuhnya yang berada di keliling pinggangnya di Iraq. Kebanyakan penduduk Iraq yang menganut mazhab Syi’ah amat menghormati Ayatollah Ali Sistani yang menetap di Najaf, Iraq. Ayatollah Ali Sistani yang berasal dari wilayah Sistan, Iran mempunyai pengaruh yang besar di kalangan masyarakat Syi’ah di Iraq. Seorang lagi tokoh ulama Syi’ah yang berpengaruh adalah Ayatollah Moqtada Al Sadr yang lebih radikal. Kedua-dua Ayatollah Iraq ini mempunyai hubungan yang erat dengan Majlis Ayatollah yang berpusat di Kota Qom, Iran yang merupakan pusat bagi ulama mazhab Syi’ah di seluruh dunia.

Majlis Ayatollah ini pula mempunyai pengaruh yang besar dalam Majlis Pakar yang menjadi antara pihak paling berpengaruh dalam sebarang pembuatan keputusan yang penting dalam Republik Islam Iran. Majlis Pakar yang diketuai oleh Ayatollah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani ini merupakan majlis syura yang mempengaruhi sebarang keputusan oleh Pemerintah Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan dilaksanakan oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Hubungan yang erat sebegini sudah cukup menggambarkan bahawa sebarang usaha untuk menyerangkan dan memusnahkan Iran pasti mengundang tindakan balas dari masyarakat Syi’ah di Iraq.

Penentangan Jaish Al Mahdi pimpinan Ayatollah Moqtada Al-Sadr terhadap kehadiran tentera penjajah Amerika Syarikat sebenarnya masih belum mendapat penglibatan sepenuhnya warga Syi’ah di Iraq. Warga Syi’ah di Iraq masih belum mengangkat senjata sepenuhnya kerana masih belum mendapat lampu hijau dari Ayatollah Ali Al-Sistani.

Sekiranya lampu hijau ini diperolehi, tentera Amerika Syarikat pasti lemas di asak oleh pejuang Syi’ah yang merupakan majoriti penduduk Iraq. Kesempatan ini pasti di ambil oleh pejuang Islam Sunnah dan pejuang Mujahidin Iraq yang lain untuk sama-sama mengganyang tentera Amerika Syarikat yang bertaburan di seluruh Iraq.

Oleh: M. Fauzi

Pada tahun 2006, kerajaan HAMAS yang menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat bukan setakat menghadapi sekatan ekonomi, tetapi turut menghadapi ancaman serangan ketenteraan oleh tentera pengganas negara haram Israel. Serangan bermula dari awal Julai 2006 telah membunuh hampir seratus warga awam Palestin, mencederakan beratus orang yang lain, merobohkan rumah-rumah, institusi akademik dan pejabat kerajaan HAMAS dengan serangan kereta kebal, roket dan jentolak.

Malah serangan ini disusuli dengan tindakan biadap, bacul dan pengecut dengan tindakan tentera pengganas Israel menculik 24 orang ahli parlimen dan lima orang menteri kabinet Palestin yang dianggotai oleh HAMAS. Tentera pengganas Israel turut menculik lebih dari 40 orang pegawai-pegawai kerajaan HAMAS termasuk Datuk Bandar.

Tentera pengganas Israel telah menyerang Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dengan alasan untuk membebaskan prebet Gilad Shalit yang didakwa telah ditahan oleh pejuang HAMAS. Gilad Shalit telah ditawan dalam satu operasi bersepadu yang di namakan Operasi ’Al-Wahm Al-Mubaddad’ ke atas pos tentera pengganas Israel di Kufr Abu Salim yang turut membunuh dan mencederakan beberapa orang tentera pengganas Israel. Serangan bersepadu ini dilaksanakan bersama oleh Briged Al-Qassam (HAMAS), dan gabungan fraksi pejuang Palestin yang lain seperti Al-Jaysh Al-Islami dan Briged Alwiyat Al-Nasir.

Serangan balas tentera pengganas Israel ke atas Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pula telah mendapat tentangan sengit semua pejuang Islam HAMAS dan dibantu oleh fraksi Palestin yang lain, tetapi seperti biasa ia turut menyebabkan ramai warga awam Palestin yang turut syahid dan kerosakan ke atas harta-benda awam dan kerajaan HAMAS seperti yang dinyatakan sebelum ini. Malah negara haram Israel bertekad untuk meneruskan serangan ini hingga kerajaan HAMAS tumbang…!!!

Di saat genting inilah, Hezbollah telah menjalankan misi yang serupa dengan kaedah HAMAS. Hezbollah bertindak menyerang konvoi tentera pengganas Israel di sempadan negara haram Israel – Lubnan dan berjaya membunuh beberapa orang tentera pengganas Israel dan menahan sebahagiannya. Negara haram Israel mengambil kesempatan ini, untuk bertindak angkuh seperti sebelum ini – menyerang seluruh Lubnan dengan tumpuan ke atas pengkalan-pengkalan pejuang Hezbollah dan wilayah-wilayah yang dikuasai oleh pejuang Hezbollah di Selatan Lubnan. Jika sebelum ini, serangan negara haram Israel hanya ditumpukan dengan kaedah serangan udara sahaja, tetapi pada kali ini, negara haram Israel menceroboh Selatan Lubnan dengan kekuatan tentera darat dan menggunakan tentera lautnya untuk menyekat sebarang bantuan dihantar kepada Hezbollah melalui jalan laut.

Pertempuran antara dua musuh tradisi ini, merupakan pertempuran yang sengit dengan hasil yang menjatuhkan maruah tentera pengganas Israel. Pertempuran utama yang berpusat di Bint Jbeil mengorbankan dan mencederakan ramai tentera pengganas Israel. Seperti gambar dan berita yang dipaparkan di media massa, sudah cukup menceritakan kegagalan tentera pengganas Israel dalam pertempuran berhadapan dengan pejuang Hezbollah. Laporan yang dipetik dari Pihak Pengurusan Projek Kereta Kebal Merkava Israel, mengesahkan sejumlah 52 buah kereta kebal Merkava telah ditembusi oleh pelbagai jenis peluru berpandu anti-kereta kebal milik pejuang Hezbollah dan 5 darinya musnah serta merta. Ini merupakan satu kejutan kerana kereta kebal Merkava di nobatkan antara kereta kebal paling moden dan ampuh di dunia..!!

Moral tentera dan rakyat negara haram Israel runtuh apabila mendapati serangan bersepadu Israel di Selatan Lubnan tidak berjaya menghentikan, malah menggandakan serangan roket Hezbollah ke atas negara haram Israel. Roket-roket milik Hezbollah telah mendarat di banyak bandar dan daerah negara haram Israel seperti Haifa, Hadera, Nazareth, Tiberias, Nahariya, Safed, Shaghur, Afula, Kiryat Shmona, Be’it She’an, Karmiel dan Maalot. Tambah memeritkan lagi apabila pejuang Hezbollah telah menerbangkan peluru berpandu anti-kapal perang dari pantai Lubnan dan berjaya menimpakan kerosakan yang teruk ke atas kapal perang korvet milik negara haram Israel – INS Hanit dan membunuh empat orang tenteranya.

Malah seluruh negara haram Israel diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga setiap kali Setiausaha Agung Hezbollah , Syed Hassan Nasrallah membuat pengumuman di media massa kerana Syed Hassan Nasrallah sentiasa mengotakan segala kata-kata yang diucapkannya. Lebih malang bagi kerajaan haram Israel, apabila rakyatnya lebih mempercayai ucapan Syed Hassan Nasrallah dan tidak mempercayai pengumuman rasmi dari kerajaan haram Israel.

Serangan nekad dan berterusan oleh Hezbollah ini bukan setakat menyebabkan seluruh negara haram Israel berada dalam keadaan seperti zon perang dan rakyatnya tertekan. Akhirnya, negara haram Israel mengambil keputusan pahit bukan setakat terpaksa berundur dari operasinya di Selatan Lubnan, tetapi terpaksa mengendurkan dan akhirnya berundur dari meneruskan operasinya ke atas Tebing Barat dan Semenanjung Gaza bagi mengurangkan risiko kemalangan jiwa. Seluruh rakyat Palestin merasa lega dan terlepas dari tekanan ketenteraan oleh negara haram Israel ini.

Apakah Sejarah Tahun 2006 Akan Berulang Lagi?

Kini, setelah dua tahun peristiwa bersejarah ini berlalu, negara haram Israel mengulangi kejahatannya sekali lagi dengan mengenakan tindakan sekatan ke atas wilayah Semenanjung Gaza. Namun HAMAS telah mengambil langkah yang drastik dengan meletupkan dan memecah pos kawalan sempadan Rafah. Tindakan HAMAS ini membolehkan warga Palestin membeli barang keperluan mereka di bandar sempadan dengan Mesir memberikan sedikit kelegaan kepada warga Palestin yang terkepung.

Kepungan ke atas Semanjung Gaza turut diiringi dengan siri serangan tentera pengganas Israel yang bertindak menyerang warga Palestin dan memusnahkan kediaman mereka. Walaupun serangan pengganas Israel ini mendapat tentangan dari HAMAS dan fraksi Palestin yang lain, tetapi ia tidak mengendurkan tindakan ganas Yahudi ini.

Namun begitu setiap serangan tentera pengganas Israel dibalas dengan operasi ketenteraan oleh HAMAS dan pejuang Palestin yang lain. Sebagai contoh, Al Manar melaporkan baru-baru ini Briged Al-Quds, Kumpulan Jihad Islam, Briged Salahudin dan Briged Syuhada Al Aqsa telah melancarkan satu operasi bersepadu dengan menyerang dan memusnahkan terminal kawalan tentera pengganas Israel di Nahal Oz. Operasi yang dinama ’Operasi Breaking The Siege’ telah berjaya membunuh dua orang tentera pengganas Israel dan mencederakan ramai yang lain.

Sehingga kini seluruh warga Palestin yang menghuni Semenanjung Gaza di letakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan dengan ancaman Israel untuk bertindak balas. Isreal telah lama mempunyai pelan cadangan untuk mengguling kerajaan Palestin pimpinan HAMAS dan peristiwa Nahal Oz hanya dijadikan alasan oleh mereka untuk melaksanakan serangan dengan lebih cepat dan berskala lebih besar.

Namun begitu, Israel menjangkakan serangan ke atas Semenanjung Gaza tidaklah semudah yang disangka. Selain terpaksa menghadapi penentangan balas dari fraksi pejuang Palestin dan semua anggota pejuang HAMAS, Israel memahami serangan ke atas Semenanjung Gaza memberikan kesan buruk terhadap negara haram Israel sendiri. Semenanjung Gaza ibarat bom jangka yang akan meninggalkan bekas ledakannya kepada wilayah sekeliling.

Pengepungan dan sekatan ketat negara haram Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan tujuan mengenakan tekanan kepada warga Palestin untuk mengguling HAMAS meraih simpati dari bangsa Arab dan umat Islam yang sememangnya mempunyai sentimen kebencian yang mendalam kepada Amerika Syarikat dan anak emasnya, Israel.

Serangan ke atas Semenanjung Gaza hanya mengundang campurtangan dari pejuang Islam yang akan menyusup masuk pada bila-bila masa yang mereka mahu. Selain dari itu, Israel amat bimbang tentang tindakbalas Hezbollah berikutan dengan pengalaman pahit mereka pada tahun 2006. Malah Hezbollah telah beberapa memberikan amaran untuk membalas dendam atas perbuatan ejen-ejen negara haram Israel membunuh komander tenteranya, As-Syahid Haji Imad Moghniyeh beberapa bulan yang lalu. Pembunuhan Haji Imad Moghniyeh dilakukan dengan kaedah yang biasa dilakukan oleh perisik-perisik Mossad sebelum ini.

Setiausaha Agung Hezbollah, Syed Hassan Nasrallah, telah berikrar untuk memberikan pembalasan yang perit kepada pihak yang didakwa bertanggungjawab ke atas kematian Haji Imad Moghniyeh. Berikutan dengan amaran ini, seluruh warga Israel diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, amaran dan ingatan oleh Syed Hassan Nasrallah akan diikuti dengan tindakan yang mengotakan kata-katanya samada cepat atau lambat. Kebimbangan negara haram Israel terhadap tindakbalas Hezbollah ini jelas kelihatan apabila negara haram Israel telah melobi Amerika Syarikat agar mempercepatkan tindakan menyerang dan memusnahkan Iran yang merupakan penaung dan penyokong kuat Hezbollah. Malah tindakan Amerika Syarikat yang melengah-lengahkan serangan ke atas Iran, menjengkelkan negara haram Israel, dan dilaporkan bahawa Israel berhasrat agar Iran diserang tahun ini juga.

Dapat difahami serangan ke atas Iran sedikit sebanyak akan dapat mengendurkan sebarang bantuan yang boleh disalurkan kepada Hezbollah dan Syria sekiranya perang Lubnan tercetus lagi. Sikap provokatif Israel ini mengundang rasa kurang senang di kalangan pemimpin Syria. Pada awal April 2008, Al Quds Al Arabi, suratkhabar Arab yang berpusat di London melaporkan bahawa Syria telah menggerakkan sejumlah tentera sebagai persiapan tindakbalas kepada ancaman Israel untuk menimbulkan suasana huru-hara di Timur Tengah. Menurut akhbar tersebut, pegawai Syria mengeluarkan kenyataan bahawa Syria memantau rapi sebarang pergerakan tentera di wilayah utara Israel.

Keadaan ini jelas tegang berikutan lawatan menteri pertahanan negara haram Israel, Ehud Barak ke utara Israel pada April 2008 diikuti dengan rancangan negara haram Israel untuk mengadakan latihan ketenteraan berskala besar selama 5 hari yang dikenali dengan nama ’Nekudat Mifne – Turning Point’ dan ia bermula pada 6 April 2008. Walaupun Ehud Barak menyatakan bahawa latihan berkenaan bukan bermaksud bahawa negaranya akan menghadapi peperangan dalam tempoh terdekat, tetapi menurut Barak lagi ’ia dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga hasil dari pengalaman dalam Perang Lubnan 2006’.

Namun begitu kenyataan lidah bercabang Ehud Barak turut menambah dengan memberikan amaran yang jelas kepada Hezbollah, Syria dan Iran yang negara haram Israel bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan memperhatikan dengan teliti sebarang pergerakan tentera di sempadan Lubnan & Syria. Malah Menteri Pengangkutan Israel, Benjamin Ben Eliezer turut memberikan amaran bahawa sebarang serangan ke atas Israel akan mengundang tindakbalas yang akan memusnahkan Iran secara keseluruhan.

Benjamin Ben Eliezer turut menyatakan bahawa latihan ’Nekudat Mifne’ ini bukan untuk mengancam jiran-jiran Israel, tetapi senario yang digunakan dalam latihan ini mungkin menjadi realiti di masa akan datang.

Pihak Hezbollah memandang serius kemungkinan terdapat rancangan di pihak Israel untuk menyerang Lubnan, Syria dan Iran. Malah pihak Hezbollah telah membuat analisa ke atas semua pergerakan tentara Israel melalui jaringan perisikannya dan telah meletakkan semua anggotanya dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Oleh: M. Fauzi

Setelah HAMAS yang dipimpin oleh Ismail Haneyya dan sahabat-sahabatnya memenangi pilihanraya umum Palestin, seluruh dunia Barat yang mendokong sistem demokrasi untuk kesekian kalinya menentang prinsip amalan demokrasi itu sendiri dengan tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS. HAMAS telah berjaya memenangi pilihanraya umum Palestin dengan mengalahkan parti FATAH yang merupakan legasi dari PLO yang pernah dipimpin oleh Allahyarham Yasser Arafat. FATAH yang kini dipimpin oleh Mahmoud Abbas mengalami kekalahan yang teruk bukan sahaja di Semenanjung Gaza tetapi turut menerima kekalahan di wilayah Tebing Barat.

Keengganan seluruh dunia Barat dan negara-negara Arab mengiktiraf kemenangan HAMAS menimbulkan ketegangan apabila Mahmoud Abbas mengambil kesempatan atas tekanan seluruh dunia untuk memporak-perandakan serta menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan rakyat Palestin. Tambah memeritkan apabila keengganan pengiktirafan kedaulatan HAMAS sebagai kerajaan yang sah turut diiringi dengan sekatan ekonomi dan pembekuan dana, sumbangan dan pinjaman kepada kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Ini mengakibatkan kerajaan Palestin pimpinan HAMAS mengalami kesulitan dari segi kewangan sehingga mereka tidak mampu membayar gaji kakitangan awam kerajaan Palestin termasuk pasukan keselamatan Palestin sendiri. Tambah memburukkan keadaan apabila majoriti dari pasukan keselamatan Palestin adalah terdiri dari anggota militia Fatah.

Kesukaran HAMAS akibat dari kekurangan dana ini menimbulkan masalah besar dalam pentadbiran Ismail Haneyya. Walaupun mengalami kesukaran untuk berhubung dengan dunia luar, delegasi kerajaan Palestin pimpinan HAMAS telah mengusahakan pelbagai pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Arab yang bersimpati dengan perjuangan mereka. Dengan bantuan dari pemimpin Arab dan jaringan gerakan Islam di luar Palestin, mereka dapat membawa pulang jutaan Dolar Amerika. Dengan bantuan dan dana kewangan inilah, kerajaan Palestin pimpinan HAMAS bertahan dan dapat beroperasi sepenuhnya untuk beberapa bulan. Namun begitu keadaan ini tidak dapat bertahan lama apabila Presiden Palestin, Mahmoud Abbas seringkali cuba mengeruhkan keadaan dan seringkali mengambil keputusan yang bertentangan dan membelakangi Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya dan kabinet kerajaan HAMAS. Keadaan ini menimbulkan pertentangan yang berpanjangan antara HAMAS dan FATAH hingga hampir mencetuskan perang saudara. Presiden Mahmoud Abbas bukan sahaja mendapat sokongan dari Amerika Syarikat, negara-negara Kesatuan Eropah, dan Liga Arab tetapi beliau dan segelintir pimpinan Fatah terutama penasihat ketenteraanya, Mohamed Dahalan mempunyai hubungan yang amat mesra dengan rejim negara haram Israel.

Kemuncak dari pertentangan ini menyebabkan HAMAS bertekad menguasai Semenanjung Gaza dengan bantuan pasukan bersenjatanya. Hanya Tebing Barat masih dalam penguasaan Presiden Mahmoud Abbas. Penguasaan HAMAS ke atas Semenanjung Gaza menyebabkan sekatan ekonomi diperketatkan ke atas wilayah berkenaan. Negara haram Israel telah menutup sempadannya dengan Semenanjung Gaza dan memutuskan segala saluran kemudahan asas termasuk eletrik.

Tambah memburukkan lagi keadaan, Presiden Mesir, Hosni Mubarak turut bersekongkol dengan dunia Barat dan negara haram Israel dengan mengenakan sekatan yang tidak kurang hebatnya dengan sekatan oleh negara haram Israel. Mubarak bukan sahaja bertindak menutup pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Semenanjung Sinai malah turut memperketatkan kawalan ke atasnya.

Penutupan pintu-pintu sempadan ini, turut menandakan sekatan ekonomi dan sosial ke atas warga Semenanjung Gaza. Makanan, ubat-ubatan, minyak dan segala keperluan asas disekat dari dibawa masuk ke Semenanjung Gaza. Jika di lihat dari atas peta, Semenanjung Gaza boleh diibaratkan sebagai sebuah penjara besar. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bukan setakat tidak memperdulikan nasib warga Semenanjung Gaza, malah melihat sekatan ini sebagai langkah membalas dendam atas sokongan warga Semenanjung Gaza kepada HAMAS. Malah Mahmoud Abbas berharap warga Semenanjung Gaza yang tertekan dengan sekatan ini akan melancarkan pemberontakan yang akan menumbangkan kerajaan pimpinan HAMAS dan secara automatik keadaan ini akan menghapuskan saingan politiknya.

Sokongan rakyat Palestin kepada HAMAS dalam pilihanraya umum Palestin nyata menimbulkan kebimbangan kepada Israel. Berbeza dengan PLO dan legasinya FATAH yang bersifat nasionalis dan sekular, HAMAS adalah satu gerakan Islam yang bersepadu dan berpengaruh. Doktrin HAMAS secara keseluruhannya berasaskan kepada acuan gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin yang terkenal di seluruh dunia Islam dan HAMAS merupakan salah satu dari cabangnya. Ikhwanul Muslimin ini adalah salah satu dari gerakan Islam yang amat dimusuhi dan digeruni oleh Yahudi dan negara-negara Barat yang mendokong gerakan Zionis.

Tambah menggusarkan negara haram Israel dan pendokong-pendokong Zionis, HAMAS bukan setakat satu gerakan parti politik biasa, tetapi ia merupakan satu gerakan Islam yang bersepadu, tersusun dan sistematik. Pendokong-pendokong HAMAS telah bertapak dalam institusi sosial masyarakat Palestin dengan menubuhkan banyak sekolah-sekolah, universiti, hospital-hospital, klinik-klinik serta pusat perlindungan. Malah HAMAS banyak memberikan dana kepada warga Palestin untuk berdikari dalam bidang perniagaan dan turut menguasai pengurusan institusi masjid dan bertindak memakmurkannya.

Disamping itu, HAMAS turut menjalankan tanggungjawabnya melindungi rakyat Palestin dan kesucian Islam dari kekejaman tentera penjenayah Israel secara ketenteraan. HAMAS mempunyai pasukan pejuangnya yang terlatih, profesional serta melalui latihan ketenteraan yang ketat. HAMAS turut mempunyai jabatan yang khusus dalam mengeluarkan senjata api, pelancar roket, bom, peluru anti-kereta kebal dan sistem roket di bengkel-bengkel miliknya.

Walaupun HAMAS seakan terpinggir dan tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin Arab pro-Amerika, tetapi HAMAS mendapat bantuan dan sokongan secara tidak langsung dari Iran, Syria, Sudan dan gerakan-gerakan Islam yang beroperasi di pelbagai tempat di seluruh dunia yang menyokong perjuangannya. Manakala hubungan rapat HAMAS dan Hezbollah adalah sesuatu yang istimewa dan tidak dapat disangkal.

Hubungan padu antara dua pertubuhan Islam yang berlainan mazhab ini mempunyai tujuan dan niat yang sama, menghapuskan negara haram Israel dari peta Timur Tengah dan mengembalikan Baitul Maqdis ke tangan penguasaan pemerintah Islam. Hubungan ini bukan hanya hubungan sekadar persefahaman yang termeterai di atas kertas atau hubungan persefahaman biasa, tetapi ia telah banyak dibuktikan dengan tindakan dan pengorbanan. Memetik secara langsung dari artikel yang bertajuk ’Hizbullah : Siapakah Mereka oleh Saudara Maszlee Malik yang berbunyi :-

”Dikala HAMAS dan rakyat Palestin dihukum oleh rejim Zionis, AS dan EU, Hezbollah telah bersikap pro-aktif. Usaha jahat rejim Zionis membunuh orang awam Palestin di Gaza, menculik para pemimpin kerajaan HAMAS, menangkap rakyat yang tidak berdosa pasca operasi ”al Wahm al-Mubaddad’ tidak langsung mengundang reaksi dari kebanyakan pemimpin-pemimpin umat Islam. Bukan setakat tidak membantu, malah mereka bagaikan bisu dan tuli dengan tidak membuat apa-apa usaha mengutuk ataupun menggesa rejim Zionis agar menghentikan keganasan tersebut.’

’Dikala rakyat Palestin bagaikan yatim-piatu yang terbiar disiksa dan disembelih olegh rejim Zionis, pada waktu itulah Hezbollah menunaikan janji persahabatan mereka. Tindakan mereka menyerang tentera Zionis di sempadan Lubnan merupakan usaha suci Hezbollah untuk melarikan tumpuan Zionis daripada terus menyiksa rakyat Palestin, walaupun Hezbollah tahu harga yang terpaksa dibayar, namun demi mengajar puak Zionis dan menyelamatkan nyawa lebih ramai rakyat Palestin di Gaza, mereka terpaksa melakukannya.”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.