Gelora Asia Barat – Krisis Yang Tiada Noktahnya Siri 3

Oleh: M. Fauzi

Afghanistan – Bumi Yang Menjadi Punca Kejatuhan Empayar Beruang Merah

Kerajaan Islam Taliban yang memerintah Afghanistan adalah mangsa pertama Amerika Syarikat selepas peristiwa runtuhnya World Trade Center di New York pada 11 September 2001. Mutakhir ini, pakar-pakar yang mengkaji peristiwa tragis ini membuat kesimpulan yang tidak didedahkan kepada umum secara meluas, runtuhnya World Trade Center bukan disebabkan oleh rempuhan pesawat awam ke bangunan yang menjadi sumber fitnah ini, tetapi ia runtuh akibat bahan letupan yang sedia dipasang di tingkat bawah bangunan pencakar langit ini. Jelas ia perbuatan yang dirancang, sama dan serupa dengan ‘percutian terancang’ ribuan bangsa Yahudi yang bertugas di bangunan tersebut pada hari kejadian.

Seperti biasa, dalam mana-mana peristiwa ganas dan pengeboman di Amerika Syarikat dan negara-negara Barat, nama-nama berbau Islam, wajah-wajah beridentitikan Arab dan umat Islam dijadikan kambing hitam. Kali ini pejuang-pejuang yang mengganggotai Al-Qaeda dan berpengkalan di Afghanistan pula menjadi mangsa.

Kerajaan Taliban telah berjaya menguasai Afganistan setelah mengundurkan pelbagai pasukan militia-militia perang yang bertelingkah sesama sendiri ke utara Afghanistan yang akhirnya membentuk Pakatan Utara dan seterusnya memerintah Afghanistan dengan mengamalkan undang-undang Islam. Kerajaan Taliban telah dituduh bersekongkol dan melindungi pejuang-pejuang Al Qaeda pimpinan Osama Ben Laden yang dituduh terlibat dalam peristiwa 11 September 2001.

Dengan serangan kejam menggunakan peluru berpandu Tomahawk yang telah siap diprogramkan sebelum dilancarkan dan diselang-selikan dengan serangan udara menggunakan pesawat-pesawat canggih, Amerika Syarikat dilihat cuba mengambil peluang menghapuskan pejuang-pejuang Islam ini atas nama serangan balas. Pasukan Pakatan Utara yang terdiri dari militia Uzbek pimpinan Abdul Rashid Dostum, puak Pashtun yang diketuai oleh Burhanuddin Rabbani dan puak Tajik mengambil kesempatan bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan menguasai sebahagian besar Afghanistan dengan mudah tanpa mendapat tentangan sengit pejuang Taliban & Al Qaeda. Pejuang Taliban & Al Qaeda telah berundur ke Banjaran Hindu Kush dan sempadan Afghanistan & Pakistan dan melancarkan perjuangan menentang penjajah Barat & kerajaan bonekanya dari sana.

Pasukan Pakatan Utara ini mendapat bantuan persenjataan dan dana bukan sahaja dari Amerika Syarikat & negara-negara Barat, tetapi juga mendapat bantuan secara terbuka dari Rusia yang mahu membalas dendam atas kekalahan mereka di Afghanistan sebelum ini. Bantuan oleh Rusia kepada pasukan Pakatan Utara juga dikaitkan dengan kebimbangan dan tindakbalas mereka dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Islam Taliban & pejuang Al Qaeda yang bertindak menyalurkan bantuan dalam bentuk sumber tenaga pejuang, latihan dan alat persenjataan kepada pejuang Islam Kaukasus yang berusaha memerdekakan wilayah-wilayah Islam di kawasan pergunungan Kaukasus seperti Chechnya, Ingushetia, Dagestan, Karachay-Cherkessia, Kabardino-Balkaria dan Tatarstan.

Mengapa Amerika & Israel Menggeruni Al Qaeda

Amerika Syarikat , negara-negara Barat dan Israel berusaha untuk menghancurkan Taliban & Al Qaeda berikutan keazaman dan ikrar mereka untuk melibatkan diri dalam usaha untuk membebaskan wilayah-wilayah Arab yang diduduki Israel selepas mereka menguasai Afganistan dan mengekalkan kestabilan kerajaan pimpinan Taliban.

Keberanian & kecekalan pejuang Islam yang mendapat latihan di Afghanistan ini terbukti dalam Perang Bosnia, pertempuran dalam perang kemerdekaan Chechen-Ingushetia malah terlibat aktif melatih dan menyusun pasukan tentera Sudan. Malah mereka mempunyai rangkaian dengan pelbagai gerakan ketenteraan yang memperjuangkan kemerdekaan wilayah-wilayah Islam di serata dunia. Setiap kali berlaku pertembungan dengan negara-negara yang bertindak secara kekerasan terhadap penduduk Islam, disitulah Al Qaeda akan beroperasi samada secara langsung atau tidak langsung. Malah mereka secara rasmi mengishtiharkan untuk memusnahkan segala kepentingan Amerika Syarikat dan Zionis Israel di serata dunia. Dalam konflik terkini, mereka terlibat aktif dalam peperangan gerila di Iraq & Afganistan, dan masih aktif beroperasi di Pergunungan Kaukasus.

Di Afrika ,rangkaian pejuang Islam Al Qaeda ini amat aktif menentang kerajaan Kristian Habsyah yang sebelum ini dikenali sebagai Ethiopia. Kerajaan Kristian Habsyah ini mempunyai hubungan yang erat dengan negara haram Israel sejak dari pemerintahan Maharaja Habsyah , Haile Salasie pada tahun 1952. Kerajaan Kristian Habsyah telah melakukan penindasan berterusan ke atas wilayah Islam, Eritrea walaupun Eritria akhirnya memperolehi kemerdekaannya setelah satu referendum kemerdekaan dilancarkan pada 25 April 1993.

Malah kerajaan Kristian Habsyah bertindak sebagai dalang yang mencetus kekacauan di wilayah Darfur, Sudan dengan mendakwa terdapat unsur-unsur keganasan yang dilakukan oleh pejuang Al Qaeda yang menganggotai pasukan militia Janjaweed terhadap penduduk Darfur. Pasukan Militia Janjaweed ini mempunyai hubungan yang amat erat dengan kerajaan Sudan dan pasukan tentera Sudan.

Keganasan kerajaan Kristian Habsyah ini turut menular ke Somalia, apabila mereka bertindak campurtangan dalam kemelut politik di Somalia. Pasukan pejuang ‘Islamic Court’ telah bertindak mengalahkan panglima-panglima perang Somalia yang berperang sesama sendiri dan menguasai Mogadishu serta menguatkuasakan undang-undang Syariah Islam dalam semua bidang termasuk ekonomi.

Namun tidak lama kemudian, tentera Kristian Habsyah dengan bantuan kereta kebal, senjata-senjata berat dan pesawat terbang menceroboh Somalia dan menawan Mogadishu serta menghalau keluar pejuang ‘Islamic Court’ dengan alasan kehadiran mereka atas undangan untuk membantu panglima-panglima militia Somalia yang telah tewas. Pejuang Al Qaeda telah bertindak menghulurkan bantuan latihan, tenaga pejuang dan peralatan persenjataan kepada pasukan ‘Islamic Court’ sehingga kini. Malah pejuang Al-Qaeda turut beroperasi di wilayah Ogaden di Habsyah yang majoritinya beragama Islam dan membantu pejuang Islam di wilayah Ogaden untuk membebaskan bumi mereka.

Iraq – Bumi Para Anbia Yang Bergolak

Iraq seperti Iran, pada mulanya adalah anak emas Amerika Syarikat dan dianggap antara sekutu Amerika Syarikat yang paling ‘dimanjakan’. Iraq dijadikan oleh Amerika Syarikat sebagai negara baris hadapan dalam menentang kebangkitan ‘Revolusi Islam Iran’. Usaha licik Amerika Syarikat dan negara haram Israel ini, akhirnya menjerumus Iraq dan Iran dalam perang antara saudara seagama selama hampir 8 tahun yang mengorbankan kira-kira 900 000 anggota tentera Iraq. Tentera Iraq yang terkorban dalam peperangan menentang Iran diishtiharkan sebagai ‘syahid’ oleh rejim Saddam Hussein dan nama-nama mereka dipahat pada patung-patung tugu perang Iran-Iraq yang dibina di tebing Sungai Dajlah.

Apabila Presiden Saddam Hussein mula bertindak menyusahkan Amerika Syarikat dengan polisi anti-Amerika dan anti-Israel yang dilaksanakan setelah tamat perang Iran-Iraq pada tahun 1988, Amerika Syarikat bertindak melalui tangan CIA dan Mossad melakukan tipu muslihat sehingga mendorong Presiden Saddam Hussien melakukan tindakan menakluk Kuwait pada tahun 1990.

Dengan alasan ini membebaskan Kuwait, Amerika Syarikat dengan menggunakan mandat yang dirangka olehnya telah memimpin 23 buah negara termasuk beberapa buah negara Arab menyerang Iraq dan memusnahkan infrastrukturnya. Namun Iraq masih sempat bertindakbalas dengan menerbangkan beberapa peluru berpandu Scud ke arah Tel Aviv, ibu negara haram Israel, sekutu emas Amerika Syarikat.

Iraq dihukum dan dilayan sebagai negara yang kalah perang walaupun status akhir kepada Perang Teluk 1 bukanlah pengishtiharan kekalahan Iraq, tetapi sekadar gencatan senjata. Presiden Saddan Hussien masih berkuasa walaupun Iraq ‘dihukum’ dengan sekatan ekonomi dan larangan penerbangan yang menyebabkan Iraq terputus hubungan dengan dunia luar. Sekutu Iraq semasa Perang Teluk 1 seperti Jordan terus menikus dan akhirnya menjadi sekutu Amerika, dan Presiden PLO, Yasser Arafat serta rakyat Palestin terus dirundung nasib malang.

Sepuluh tahun selepas itu, atas alasan bahawa Presiden Saddam Hussien masih menyimpan dan mengekalkan senjata pemusnah secara besar-besaran (WMD) dan pelbagai tuduhan lain seperti pengishtiharan Iraq sebagai paksi kejahatan pasca peristiwa 11 September, yang mengakibatkan Iraq diserang lagi. Kali ini secara Iraq dikalahkan secara total dan Presiden Saddam Hussein dan parti Ba’ath digulingkan dari takhta pemerintahan. Apakah dosa rejim Saddam Hussien sehingga dilayan sedemikian rupa?

Dosa Saddan Hussein cuma satu, kelantangan dan tindakan Saddam yang berpaling tadah dengan memusuhi Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Tindakan Saddam Hussein melancarkan Scud ke wilayah Israel ketika Perang Teluk 1 bukan setakat mengundang sokongan dan popularitinya dikalangan golongan yang membenci Israel, tetapi turut menaikkan amarah Israel. Serangan yang telah diduga lebih awal oleh Israel dan sokongan berterusan berupa dana kewangan kepada kumpulan pejuang-pejuang Palestin selepas Perang Teluk 1 hanya menjadi alasan kepada Amerika Syarikat & Israel untuk menghalalkan konspirasi mereka untuk menjahanamkan Iraq dan menggulingkan Presiden Saddam Hussien.

Nasib Saddam Hussein akhirnya sama dengan pemimpin-pemimpin Nazi yang menjalani hukuman mati setelah dibicarakan di mahkamah-mahkamah Israel selepas tamat Perang Dunia Ke 2. Cuma Saddam Hussein dihukum mati di tali gantung setelah dibicarakan di mahkamah Iraq dan hukuman di laksanakan oleh kerajaan boneka Iraq dibawah telunjuk dan arahan Amerika Syarikat.

Dunia Arab terus bergelora dan merana yang hingga kini tiada noktah akhirnya. Darah dan air mata tumpah sama banyaknya. Nyawa dan harga maruah umat Islam diinjak-injak tanpa batasnya. Apakah yang berlaku seterusnya. Ikutilah sambungan bahagian ke 3 – Artikel Gelora Asia Barat – Krisis Yang Tiada Noktahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s