3 Watak Utama Dalam Organisasi

Oleh: A. Amri

Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai watak manusia. Kepelbagaian ini kadangkala memberi kebaikan dan kadangkala pula membawa keburukan. Kebaikannya adalah jika diberikan tugas tertentu kepada individu yang sesuai dengan wataknya, ia akan menghasilkan kesan yang maksimum. Keburukannya pula, apabila ada ramai watak dalam organisasi tersebut mewujudkan perselisihan faham kerana masing-masing mempertahankan sifat dan prinsip masing-masing tanpa kompromi.

Walaubagaimanapun, artikel kali ini akan memfokus kepada kesesuaian tugas dengan watak dalam organisasi. Terdapat tiga jenis watak utama dalam sesebuah organisasi: Pengarah, Pengurus dan Pelaksana. Pengarah adalah individu yang dapat melihat perkara-perkara dasar dengan jelas. Mereka amat ghairah dan penuh semangat dalam mencapai matlamat-matlamat jangka panjang yang dibayangkan. Mereka amat fokus dan suka meneroka kaedah dan idea baru.

Pengurus adalah watak yang bijak menyusun tugas dan mahir menyudahkan sesuatu tugasan. Ia amat menekankan kesempurnaan kerja. Mereka juga mementingkan pengurusan masa.  Dalam kata lain, mereka adalah individu yang berdisiplin. Namun, mereka juga lebih suka bekerja secara bersendirian, walaupun boleh bekerjasama dalam satu pasukan.

Watak ketiga adalah Pelaksana. Watak ini berperanan menukarkan idea kepada bentuk praktikal. Mereka  mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang kepakaran mereka. Golongan ini biasanya taat kepada organisasi selagimana kepakaran dan mereka dihormati dan hasil kerja mereka dihargai. Watak Pelaksana biasanya tidak suka kepada perubahan dan lambat menyesuaikan diri dengan perubahan.

Mengetahui siapa yang memegang watak-watak yang disebutkan tadi boleh membantu organisasi mencapai matlamat dengan lebih cepat kerana ia meletakkan seseorang di tempat yang sepatutnya. Manakala meletakkan seseorang di tempat yang tidak sepatutnya akan mengakibatkan huru-hara dalam sesebuah organisasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s