Bersikap Profesional

Oleh: A.Amri

Salah satu kepuasan semasa bekerja adalah dapat melaksanakan tanggungjawab tanpa campur tangan orang lain. Apatah lagi campur tangan orang atasan atau ‘bos’. Apabila kita melantik seseorang dalam organisasi bermakna kita memberi kepercayaan kepadanya untuk melaksanakan sesuatu bidang tugas. Budaya berbincang dan bermesyuarah baik untuk organisasi kerana keputusan dapat diambil secara bersama.

Namun, jika hanya tanggungjawab pelaksanaan diberi kepada seseorang tetapi keputusan akhir dibuat oleh orang lain, ia mengundang kepada perpecahan dalam organisasi. Pihak pengurusan tertinggi perlu bersikap profesional. Walau apapun jawatan di dalam organisasi, kepercayaan adalah perkara penting. Ia mempengaruhi kepuasan kerja seseorang kakitangan. Kepuasan bekerja pula adalah faktor dalam pencapaian kerja.

Inilah antara isu-isu dalam hubungan majikan-pekerja atau ketua-orang bawahan yang perlu diambil perhatian. Kurangkan perselisihan, tingkatkan persefahaman. Insya Allah, kita mampu jika kita mahu!

Leave a comment