Imbangan Kuasa

hakim

‘Check and balance’. Ungkapan inilah yang mula-mula terbit di minda penulis apabila mendengar kisah seorang sahabat yang rasa teraniaya di tempat kerjanya. Dalam sistem organisasi pentadbiran konvensional, jawatan adalah kuasa. Lebih tinggi jawatan seseorang, lebih besar juga kuasa yang dimiliki.

Jika kuasa digunakan dengan seadilnya, maka organisasi akan menikmati manfaat yang besar. Sebaliknya jika wujud ketidakadilan yang berleluasa dalam organisasi, seluruh struktur akan runtuh dalam jangka masa panjang. Apabila moral pekerja menurun, mutu kerja turut jatuh. Keseluruhannya organisasi akan lumpuh!

Lalu bagaimanakah kaedah yang paling baik untuk mengimbangi penyalahgunaan kuasa yang boleh membawa kesan buruk pada organisasi ini? Solusi kepada permasalahan ini bukanlah semudah A-B-C.

Sistem yang digunapakai sekarang telah terlalu lama bertapak. Lapisan pengurusan tertinggi yang sedang merasai puncak kekuasaan melalui jawatan yang disandang tidak akan melepaskan kuasa mereka sewenang-wenangnya. Akibatnya, jawatan akan terus-menerus menjadi rebutan dengan apa cara sekalipun. Amanah dan tanggungjawab hilang dari definisi ’jawatan’. Yang tinggal hanyalah kuasa.

Bagi merungkai permasalahan pengimbangan kuasa ini, semua pihak perlu meningkatkan kesedaran terhadap konsep integriti, akauntabiliti dan keprofesionalan. Tanpa kesedaran, mustahil perubahan boleh berlaku.

Pengurusan tertinggi perlu ada kesedaran tentang kepentingan kuasa diagihkan agar keadilan dalam organisasi terpelihara. Sebagai contohnya, dalam pentadbiran negara, wujud 3 komponen iaitu kehakiman, eksekutif dan lagislatif. Hal yang sama juga boleh dipraktikkan oleh sesebuah organisasi dalam pentadbiran awam atau swasta. Pokoknya, tiada satu individupun yang sepatutnya ada keistimewaan kuasa mutlak dan tiada serendah-rendah kakitangan yang boleh dianiaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s