Pentadbir IPTA Cemerlang

Oleh: A. Amri

Pentadbir IPTA yang Cemerlang

               Pentadbir cemerlang pemangkin dinamisme pengajian tinggi. Begitulah tajuk ucaptama yang telah disampaikan oleh Datuk Ab. Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam Seminar Kebangsaan Pentadbir IPTA Malaysia 2011 atau SKIM ’11 pada 23 Jun 2011. Seminar yang mengumpulkan lebih 100 orang peserta dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam itu telah berjaya membawa semangat baru kepada para pentadbir universiti bagi meningkatkan sumbangan ke arah menjadikan Malaysia sebuah hub pengajian tinggi bertaraf dunia.

Dalam ucapan beliau, Datuk Ab. Rahim telah menjelaskan peranan pentadbir universiti secara khususnya dan arah tuju pengajian tinggi negara. Menurut beliau, peranan para pentadbir adalah sama penting dengan peranan pensyarah dan turut menyumbang kepada perubahan dalam masyarakat. Sebagai penggerak kepada sesebuah universiti, pentadbir sewajarnya dianggap sebagai rakan kongsi dari aspek takbir urus dan govenan. Ini kerana peranan pentadbir sebagai perancang, pelaksana dan pemantau strategik di IPTA yang akhirnya akan menyumbang kepada tercapainya sasaran perkhidmatan yang bertaraf dunia menjelang tahun 2015.

Bagi menjana modal insan berprestasi tinggi pula, ciri-ciri berikut perlu ada dalam setiap pentadbir universiti:

  • Berfikiran strategik – Cara berfikir pentadbir tidak boleh lagi seperti robot yang diprogramkan untuk melakukan tugas A hingga Z, sebaliknya perlu dinamik dan mampu menerobos sempadan kebiasaan melalui kekuatan minda yang analitis dan kritis.
  • Amalan nilai yang kuat – Pentadbir yang perkasa mempunyai sistem nilai yang kukuh dalam diri bagi mengubah sikap negatif kepada positif.
  • Integriti – Integriti terbit daripada sistem nilai dan adalah sifat yang membezakan seorang pentadbir yang bertanggungjawab dan pentadbir yang menyalahguna kuasa di tempat kerja.
  • Transformational leadershipKepimpinan yang mampu menangani perubahan, malah mendepani perubahan akan membawa organisasi ke mercu jaya.
  • Empowered – Penghak-upayaan melancarkan proses perkhidmatan dan meningkatkan nilai serta motivasi setiap kakitangan.
  • Berupaya membangunkan bakat organisasi – Setiap individu adalah berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri. Kepimpinan harus bijak membangunkan kekuatan setiap individu dalam organisasi, sekaligus membangun kemampuan sumber utama organisasi iaitu insan.
  • Kreatif and inovatif – Negara-negara maju menjadikan kreativiti dan inovasi sebagai teras kepada penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan.
  • Noble – Pentadbir yang berdedikasi tidak mementingkan diri malah mengutamakan kepentingan organisasi semasa bertugas.

 

Transformasi

Datuk Ab. Rahim seterusnya mengupas apakah transformasi yang sering dilaung-laungkan oleh kerajaan dari perseptif pembangunan insan. Di sebalik mengutarakan secara terperinci pelan transformasi kerajaan, beliau memfokus kepada asas yang menggerakkan transformasi tersebut iaitu keupayaan insan sebagaimana dinyatakannya, ‘the empire of the future is the empire of the mind’. Mindset atau cara berfikir seseorang merupakan kunci kepada transformasi diri dan organisasi.

Sebagai panduan kepada pentadbir IPTA, Datuk Ab. Rahim telah membawakan 5 cara berfikir yang dikemukakan oleh Howard Gardner dalam buku ‘5 Mind for The Future’. Cara berfikir tersebut adalah seperti berikut:

  • The Disciplined Mind – Berupaya menjadi pakar dalam bidangnya dan untuk tujuan ini perlukan disiplin bagi mencapainya.
  • The Synthesizing Mind – Berupaya mensintesis maklumat dengan baik dan menyampaikan maklumat yang jelas kepada orang lain.
  • The Creating Mind – Berupaya mencipta sesuatu yang baru dan tidak terikat dengan idea sendiri.
  • The Respectful Mind – Berupaya menghormati perbezaan yang terdapat sesama manusia.
  • The Ethical Mind – Berupaya membuat tindakan yang betul dan tidak mengutamakan kepentingan diri.

Melalui Model Transformasi Individu yang disampaikan oleh Datuk Ab. Rahim, mindsetting merupakan faktor dalaman yang menggerakkan proses transformasi diri. Proses yang dimaksudkan adalah muhasabah diri (analisis SWOT), penetapan visi dan misi, merancang transformasi diri (road-map) serta penilaian semula diri (review and re-evaluate). Rajah berikut adalah ringkasan kepada langkah-langkah melaksanakan transformasi minda:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Faktor Kegagalan Transformasi

Secara ringkasnya beliau menyenaraikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan kegagalan melaksanakan transformasi diri iaitu:

1. Kurang disiplin diri dan komitmen,

2. Tiada matlamat hidup yang jelas,

3. Kurang inisiatif memenangi hati dalam organisasi,

4. Kurang budaya ilmu,

5. Suka berada di zon selesa,

6. Kurang budaya kesegeraan (sense of urgency),

7. Kurang kepimpinan transformasional dalam organisasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s