Penderitaan Muslimat Seluruh Dunia – Dimanakah Muslimin Pembela Maruahnya?

Oleh: M. Fauzi

Jika dahulu…
Suatu hari di zaman Rasulullah s.a.w.
Bertempat di pasar kaum Yahudi Bani Qainuqa, Kota Madinah..

Bulan Syawal pada tahun ke – 2 Hijrah menyaksikan satu tauladan buat para pemuda Islam.

Tanpa menduga akan berlaku kejadian buruk yang mencalarkan maruahnya, seorang muslimat pergi membeli-belah di pasar milik kaum Yahudi, Bani Qainuqa. Sikap Yahudi yang sememangnya sombong dan angkuh telah bertindak mengarahkan muslimat malang tersebut membuka jilbabnya. Tentu sahaja arahan kurang ajar tersebut ditolak oleh muslimat berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan respon muslimat tersebut, seorang penjual hiasan berbangsa Yahudi secara diam-diam telah mengikat hujung pakaiannya yang menyebabkan aurat muslimat malang tersebut terbuka ketika dia berdiri. Teriakan wanita berkenaan yang berselang-seli dengan derai tawa menghina orang-orang Yahudi, mendorong salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w membela muslimat berkenaan dan membunuh penjual hiasan durjana tersebut.

Orang-orang Yahudi lantas mengerumuni dan menghenyak sahabat Rasulullah s.a.w. berkenaan sehingga beliau syahid. Tumpah darahnya ke bumi Madinah bagi membela maruah seorang Muslimah.

Madinah di ambang huru-hara..

Ketika itu usia kerajaan Islam Madinah sangat muda dan Piagam Madinah baharu berusia dua tahun. Toleransi amat perlu dalam kekalkan kestabilan dan keamanan. Malah perang Badar baru sahaja selesai dan luka perang masih belum sembuh. Namun Rasullullah s.a.w. mengambil tindakan yang cepat dan tegas. Maruah umat Islam wajib di bela.

Bani Qainuqa harus mendapat pembalasan yang keras. Kawasan kediaman mereka dikepung oleh tentera Islam yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dan bapa saudara baginda, Sayyidina Hamzah Bin Abdul Mutallib selama 15 hari dari bulan Syawal hingga awal bulan Dzulqaidah. Akhirnya seluruh kaum Yahudi Bani Qainuqa dihalau keluar dari kota Madinah dan tidak pulang lagi buat selama-lamanya.

Image

Setelah lebih 200 tahun iaitu pada 833M/ 223H..
Telah tersurat sejarah berulang kembali..
Bertempat di pasar Kota Ammuriah..

Seorang Muslimah, sedang membeli belah di sebuah pasar dalam wilayah kekuasaan kerajaan Romawi Byzantin..

Didorong perasan benci dan sombong, seorang tentera Romawi yang berada di pasar berkenaan telah bertindak kurang ajar dengan menyentap hujung jilbabnya..

Muslimah malang berkenaan hanya mampu menjerit dan melaung “Dimana kau Mu’tasim..Tolonglah aku..!!!”

Bertambah malang, muslimah berkenaan kemudian dipenjarakan oleh pemerintah Kota Ammuriah..

Teriakan muslimat berkenaan sampai jua ke telinga Khalifah Al Mu’tasim. Diriwayatkan sambil menghempaskan gelas minumannya, beliau secara spontan menjawab “Wahai muslimah..Inilah Al-Mu’tasim. Aku akan datang dan membebaskanmu”.

Dengan segera satu pasukan besar bala tentera Islam Abbasiyyah diderapkan dari pintu gerbang kota Baghdad menuju ke kota Ammuriyyah yang kini berada dalam wilayah Turki. Pasukan tersebut digerakkan pada bulan April 833M. Ammuriyyah dikepung dengan ketat selama 5 bulan. Khalifah Al-Mu’tasim berjaya menakluki dan menghapuskan penguasaan Romawi Byzantin di kota Ammuriyyah pada 13 Ogos 833M.

Muslimah tersebut dibebaskan dari tawanan Romawi Byzantin. Terbela sudah maruah seorang Muslimah dengan jihad. Khalifah Al-Mu’tasim sendiri memberikan pukulan balasan. Tanggungjawab jihad dipikul Khalifah Ummah..

Ummah terbela dan maruah Islam terpelihara. Ribuan tahun lamanya Islam gagah diseluruh dunia.

Image

Kini di tahun 2012.
Lebih dari 1400 tahun berlalunya peristiwa di pasar Bani Qainuqa.
Dan selepas 1200 tahun selepas peristiwa di pasar Kota Ammuriyyah.

Dapat kita saksikan tangisan dan penderitaan muslimah di seluruh dunia terutama di wilayah Islam yang masih dicengkam penjajah..
Jasad dan tubuh badan kelihatan bebas, tetapi jiwa dan kemerdekaan seolah ditawan.
Maruah Islam dicalar, dikoyak, dihina dan diperlekehkan.

Syekhul Islam, Ibnu Taimiyyah berkata, “Jika mereka menahan seorang Muslim, adalah sebuah kewajiban kita untuk tetap memerangi mereka sampai mereka membebaskan mereka atau mereka dimusnahkan.”

Jika dahulu di zaman kegemilangan Islam, pencabulan maruah seorang muslimat dibalas dengan ekspedisi ketenteraan dan diketuai oleh pemimpin ummat sendiri. Tetapi hari ini, kita hanya mampu menggeleng kepala dan sekadar mengetap bibir menahan kemarahan melihat gambar muslimat kita di Palestin, direntap kain tudungnya oleh sekumpulan kanak-kanak Yahudi.Image

 

Kemanakah kekuatan umat Islam?

Dimanakah pemerintah dan ketua negara Islam yang mampu membebaskan bumi-bumi umat Islam yang ditawan oleh kuasa asing. Muslimat kita dihina, diperlekehkan dan dicabuli maruahnya di..

Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis,
Chechnya, Dagestan, Tatarstan, Ichkeria, Abkhazia di rantau Caucasus,
Seluruh wilayah di Afghanistan,
Xinjiang di China, Khasmir di India,
Barat Burma, Selatan Thai & Selatan Filipina di Asia Tenggara,
Eritriea & Nigeria di Afrika.

Dimanakan ribuan tentera yang agamanya Islam dan dipimpin oleh para panglima beragama Islam?
Tidakkah terjentik hati anda semua untuk menuntut bela?
Tidak lenguhkah tengkuk kita sekadar hanya bergeleng kepala?
Tidak sakitkah mata, kerana kita sekadar duduk tanpa mampu melakukan apa-apa?
Sahabat Umar Ibnu Khattab r.a berkata, “Bagiku membebaskan seorang Muslim yang berada ditangan musyirikin lebih aku sukai daripada seluruh Jazirah Arab,” (Shahih Shahabi Jilid. 3).
Dengan kata lain, adalah menjadi kewajipan terutama kepada pemerintah Islam dan seterusnya setiap umat Islam untuk menggunakan kemampuan yang ada untuk membebaskan tanah air umat Islam dan pada masa yang sama membantu membangunkannya.

Namun adalah lebih malang lagi, apabila harapkan pagar, pagar makan padi. Harapan umat Islam agar pemerintah beragama Islam melindungi dan membela maruah agama Islam ini, tetapi sebaliknya yang berlaku. Darah umat Islam ditumpahkan oleh pemerintah Islam sendiri. Wilayah-wilayah yang menjadi saksi kekejaman ini termasuklah:

Suatu ketika dahulu di Mesir, Tunisia, Yaman dan Libya,
Kini merebak ke Syria,
Yang lain hanya menanti saat dan ketika,
Untuk rakyat bangkit dengan jiwa yang merdeka,
Dan menuntut agar dibentuk kerajaan yang membela agama,
Serta tidak tunduk kepada Amerika dan sekutu Zionisnya.

Pada masa yang sama di banyak tempat diseluruh dunia, golongan alim ulama dan cendekiawan Islam dikancing mulutnya. Ramai yang merengkok di penjara dan dikekang pergerakan mereka hanya lantaran keprihatinan mereka memberikan nasihat, pandangan dan usaha menegakkan serta memperjuangkan yang hak dan menolak kemungkaran.
Siapakah di antara umat Islam yang tampil untuk membela nasib mereka?

Sabda Rasulullah s.a.w., “Adalah sebuah kewajiban bagi Muslim dari harta mereka untuk membebaskan orang-orang yang berada dalam tahanan dan membayar tebusan.”
Sikap melampau para imperialis dan zionis ini di jawab dengan kemunculan golongan mujahidin di beberapa tempat. Mereka berkorban jiwa, keluarga dan harta bagi mengangkat senjata dalam usaha menentang penjajah dan pihak yang mengancam kedaulatan Islam.

Lantas dengan segera media massa dunia yang dikawal oleh musuh-musuh Islam memberikan gambaran yang buruk, hina dan menjijikkan ke atas reputasi dan imej mereka. Mereka yang seharusnya disanjung sebagai pejuang, tetapi dilabel sebagai pengganas dan ekstrimis (pelampau). Siapakah di kalangan umat Islam yang mahu kehadapan membetulkan tanggapan serong dan salah ini?

Umat Islam telah lama lena kerana sibuknya dengan urusan dunia.
Umat Islam yang miskin bergelut untuk keluar dari lembah kemiskinan.
Umat Islam yang kaya pula, ramai yang telah lupa tanggungjawab dan kewajipan mereka.
Umat Islam yang bijak dan pandai sibuk berdebat bagi menegakkan pendapat masing-masing.
Pemimpin umat Islam mudah dilagakan dan sibuk berbalah sesama sendiri.

Jadi siapakah yang mahu dan mampu kehadapan menghentikan tangisan dan penderitaan ibu-ibu dan muslimat kita?

Janganlah terlalu lama berfikir.
Janganlah lewat bertindak.
Perjuangan memerlukan perjalanan yang amat panjang.
Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.
Bermulalah sekarang.

One thought on “Penderitaan Muslimat Seluruh Dunia – Dimanakah Muslimin Pembela Maruahnya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s