Jenis-Jenis Perancangan – Bahagian 1

Gambar Merancang

Jenis-Jenis Perancangan – Bahagian 1

Oleh : Hj. Mohammad Fauzi

Sebagaimana yang dapat kita rumuskan sebelum ini, perancangan merupakan salah satu elemen yang utama bagi membantu kita mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam melaksanakan tindakan-tindakan bagi mencapai objektif ini, ia perlu di rangka dan disusun supaya tindakan berkenaan mudah dilaksanakan. Proses merangka dan menyusun ini dipanggil sebagai proses perancangan.

 

Proses perancangan merupakan satu perkara yang kompleks dan rumit. Terdapat pelbagai jenis konsep perancangan dan setiap satunya mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

 

Oleh yang demikian pihak pengurusan tertinggi sesebuah organisasi haruslah meneliti dan membuat analisa bagi memilih konsep perancangan yang sesuai untuk digunapakai bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

 

Apabila membicarakan tentang konsep perancangan, ia seringkali dikaitkan dengan jenis-jenis perancangan. Minda kita dengan mudah akan mengklasifikasikan jenis-jenis perancangan sebagai perancangan strategik, perancangan jangka perancangan jangka panjang, perancangan jangka pendek dan sebagainya.

 

Namun begitu dari skop yang lebih besar, penjenisan perancangan secara makro dapat membantu kita melihat konsep perancangan dari sudut yang lebih luas dan ia memudahkan kita memilih kaedah perancangan yang sesuai dengan objektif yang ingin dicapai.

 

Dengan merujuk kepada Azman Che Omar melalui bukunya Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam, beliau berpandangan bahawa rancangan dirangka dan disusun berdasarkan kepada dua perkara iaitu rancangan berdasarkan fungsi dan rancangan berdasarkan tempoh waktu.

 

Pada pandangannya, rancangan yang disusun berdasarkan fungsi adalah rancangan yang dirangka dan perlu dilaksanakan oleh setiap unit dan jabatan. Maksudnya rancangan yang disusun berbeza mengikut fungsi dan peranan jabatan secara khusus dalam organisasi.

 

Manakala rancangan berdasarkan tempoh waktu pula terbahagi kepada dua iaitu rancangan jangka panjang dan rancangan jangka pendek. Rancangan jangka panjang dirangka berdasarkan kepada tujuan penubuhan organisasi. Pada pandangannya rancangan jangka panjang mempunyai tempoh waktu yang lama antara 5 tahun dan boleh mencapai maksimum 10 tahun.

 

Rancangan jangka pendek pula melibatkan jangka masa kurang dari setahun. Terdapat rancangan jangka pendek yang dirangka dan disusun berdasarkan aktiviti yang bersifat rutin dan melibatkan rancangan operasi harian.

 

Walaupun di dalam bukunya tidak menjelaskan dengan terperinci, berdasarkan pembacaan berulang dan pemahaman penulis, kedua-dua elemen di atas adalah penting dan menjadi asas dalam merangka pelan perancangan organisasi.

Bersambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s