Pembunuhan Beramai-Ramai Dier Yassin – Bukan Permulaan & Bukan Yang Terakhir..

Pada hari Sabtu ini – 9 April 2016 merupakan ulang-tahun ke 68, pembunuhan beramai-ramai Dier Yassin yang berlaku pada 9 April 1948. Pembunuhan beramai-ramai ini dilakukan oleh pengganas Yahudi yang menganggotai kumpulan pengganas Irgun, Stern dan Haganah. Serangan yang dibuat oleh gabungan 120 orang pengganas dari ketiga-tiga kumpulan ini dibuat atas perkampungan Dier Yassin yang diduduki oleh 600 – 750 orang penduduk Palestin. Dalam serangan ini seramai 120 orang samada lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dengan kejam. Terdapat sumber lain yang menyatakan keseluruhan penduduk Palestin yang terkorban berjumlah 250 orang.

Palestin

Peristiwa Dier Yassin ini bukan peristiwa pertama dan juga bukan yang terakhir. Banyak lagi peristiwa yang menyusul selepas itu dan antara yang terbesar adalah Peristiwa Shabra dan Shatilla dan ia berlarutan sehinggalah ke hari ini. Senarai peristiwa ini dicatatkan saya petik dari blog dari negara jiran:

Peristiwa Yehida (13 Disember 1947) – 31 orang penduduk Palestin dibunuh dibeberapa tempat.

Peristiwa Khisas (18 Disember 1947) – 10 orang penduduk Palestin dibunuh.

Peristiwa Qazaza (19 Disember 1947) – 5 orang kanak-kanak Palestin dibunuh.

Perkampungan Al-Sheikh (I Januari 1948) – 40 orang penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Peristiwa Dier Yassin (9 April 1948) – Selain dari membunuh 250 orang penduduk Palestin, seramai 52 orang kanak-kanak dikudungkan tangan mereka.

Peristiwa Naser Al-Din (13-14 April 1948) – Membunuh seluruh penduduk kampung (yang terselamat hanya 40 orang).

 Peristiwa Beit Daras (21 Mei 1948) – Membunuh kesemua penduduk wanita dan kanak-kanak yang sedang berusaha keluar dari perkampungan Beit Daras yang dikepung oleh pengganas Yahudi.

 Peristiwa Masjid Dahmash (11 Julai 1948) – 100 orang penduduk Palestin yang dikumpulkan di masjid ini dibunuh beramai-ramai. Penduduk Lydda dan Ramle berjumlah 60,000 orang kemudian dipaksa berjalan kaki ke Ramallah. Seramai 350 orang meninggal dunia dalam perjalanan kerana strok haba dan kehausan.

 Peristiwa Dawayma (29 Oktober 1948) – 80 hingga 100 orang wanita dan kanak-kanak Palestin dibunuh dan pengganas Yahudi menggunakan kayu untuk memecahkan kepala kanak-kanak.

Peristiwa Sharafat (7 Februari 1951) – 10 orang penduduk Palestin terbunuh (2 lelaki tua, 3 wanita, 5 kanak-kanak) dan 8 orang tercedera.

Peristiwa Kibya (14 Oktober 1953) – Tentera negara haram Israel meletupkan 42 buah rumah, sebuah sekolah dan masjid dan membunuh 75 orang penduduknya.

Peristiwa Kafr Qasem (29 Oktober 1956) – 48 orang penduduk Palestin dibunuh.

Peristiwa Al-Sammou (13 November 1966)  –  Tentera negara haram Israel memusnahkan 140 buah rumah, sebuah klinik dan sekolah dan juga 15 buah rumah dan membunuh 18 orang.

Peristiwa Sabra Dan Shatila (15-18 September 1982) – Membunuh 3,500 orang pelarian Palestin.

Intifada Pertama (bermula 1987 selama 5 tahun) – Seramai 2,044 orang penduduk Palestin dibunuh.
Peristiwa Oyon Qara (20 Mei 1990) – Membunuh 20 orang penduduk  Palestin.

Pembunuhan Beramai-Ramai di Masjid Al-Aqsa (8 Oktober 1990) – Pembunuhan ke atas 22 orang umat Islam Palestin oleh polis negara haram Israel.

Pembunuhan Beramai-Ramai di Masjid Ibrahimi – Membunuh 50 orang umat Islam Palestin dan mencederakan 200 orang yang lain. Pembunuhan dilanjutkan ke atas penunjuk perasaan yang membunuh 23 orang yang lain.

Peristiwa Jabalia (28 Mac 1994) –  Membunuh 6 orang Islam Palestin dan mencederakan 49 orang yang lain.

Peristiwa  ‘Checkpoint’ Eretz’ (17 Julai 1994) – Tentera negara haram Israel membunuh  11 orang Islam dan mencederakan 200 orang.

Intifada Kedua (Tahun 2000) – Seramai 3,168 orang penduduk Palestin dibunuh oleh tentera negara haram Israel.

Serangan Ke Atas Semenjung Gaza (Operasi Cast Lead) – 100 tan bom digugurkan membunuh: 1,132 orang penduduk Semenanjung Gaza dan mencederakan seramai 5,100 orang

Serangan Ke Atas Semenanjung Gaza (Operation Protective Edge) – 1,880 orang penduduk Semenanjung Gaza telah terkorban dan 10,000 mengalami kecederaan.

Palestin 1

Layanan zalim Yahudi dan pihak-pihak yang memusuhi umat Islam diseluruh dunia semenjak zaman dahulu sehinggalah sekarang amat jauh berbeza dengan layanan yang diterima oleh orang Yahudi yang hidup dibawah pemerintahan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah zaman pemerintahan khalifah Othmaniyyah yang berpusat di Istanbul.

 

Ketika zaman Rasulullah s.a.w membina pemerintahan Islam di Madinah, baginda telah menggubal Piagam Madinah yang mengandungi empat (4) bahagian, dan fasal yang kedua mengandungi perincian yang menerangkan hubungan umat Islam dengan orang-orang Yahudi yang mendiami kota Madinah. Piagam Madinah ini ditandatangani bersama oleh semua pihak termasuklah ketua-ketua kaum Yahudi dari Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizhah.

Antara lain perjanjian ini menyaksikan bahawa orang Yahudi yang menetap di Madinah dianggap sebagai sebahagian dari warga Madinah dan dibebaskan menganut dan mengamalkan ajaran agama Yahudi. Sebarang serangan dari luar ke atas pendudukan Madinah termasuk ke atas orang-orang Yahudi di Madinah wajib dipertahankan bersama oleh seluruh pendudukan Madinah termasuklah orang-orang Yahudi. Namun begitu ketiga-tiga bani Yahudi ini mengkhianati Piagam Madinah ini termasuklah cubaan membunuh Rasulullah s.a.w oleh Bani Nadhir dan pengkhianatan oleh Bani Quraizhah semasa perang Khandak.

Namun begitu umat Islam masih lagi memberikan layanan yang baik dan istimewa kepada orang-orang Yahudi. Ketika ekspedisi pembebasan wilayah Syam dari cengkaman Romawi, orang Yahudi diberikan layanan yang istimewa dan diberikan perlindungan oleh pemerintah Islam. Begitu juga ketika pemerintahan umat Islam di Andalusia, orang-orang Yahudi menikmati kebebasan mengamalkan budaya dan agama mereka tanpa diganggu-gugat oleh pemerintah Dinasti Umayyah.

Perlindungan dan keistimewaan yang diberikan oleh pemerintahan Islam kepada orang Yahudi dan Nasrani bukan sahaja terakam dengan tinta sejarah semasa pembebasan wilayah Syam dan Mesir dari cengkaman Romawi semasa zaman pemerintahan sahabat Rasulullah dizaman khulafah Ar-Rasyidin tetapi menjadi amalan berterusan sehinggalah pemerintahan khalifah Othmaniyyah.

Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menguasai Istanbul menyaksikan kaum Nasrani dan Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan agama masing-masing sehinggalah saat khalifah Othmaniyyah menemui titik akhirnya akibat dari pengkhianatan Mustafa Kamal yang berketurunan Yahudi Dunamah dari Tesalonika.

Maka wajarlah umat Islam mengambil langkah yang berhati-hati serta mengambil tindakan yang keras dan tegas dalam menghadapi kelicikan, dan kekejaman pihak Zionis Yahudi ini. Darah umat Islam Palestin bukannya tumpah dengan percuma, ia perlu dibela dan dituntut pembalasannya. Jangan kita lupa dengan kezaliman dan kekejaman ini sampai bila-bila.

Palestin 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s