Jenis-Jenis Perancangan – Bhg. 2

 

Oleh : Hj. Mohammad Fauzi

Rancangan

Azman Che Omar membahagikan perancangan kepada dua kelompok iaitu Perancangan Strategik dan Perancangan Operasi.

Apakah yang ditakrifkan sebagai Perancangan Strategik..?

Azman Che Omar memetik definisi oleh Steiner yang mentakrifkan Perancangan Strategik sebagai “rancangan yang berkaitan dengan keputusan masa kini untuk tujuan masa depan”.

Malah Azman Che Omar turut memberikan definisi yang ringkas tetapi padat dengan mentakrifkan Perancangan Strategik sebagai “perancangan yang berkaitan dengan tujuan asal sesuatu organisasi ditubuhkan’.

Konsep perancangan strategik ini sangat mudah kerana ini dirangka dan disusun berdasarkan kepada panduan yang jelas iaitu visi, misi dan matlamat organisasi ditubuhkan.

Ketiga-tiga perkara ini menjadi asas panduan dan rujukan dalam merangka semua jenis pelan perancangan dalam organisasi berkenaan. Pelan perancangan strategik ini bersifat eksklusif dan tidak semua pihak terlibat dalam proses penggubalannya. Ia hanya digubal oleh pembuat dasar yang merupakan ahli pengurusan tertinggi dalam organisasi berkenaan.

Perancangan Operasi pula adalah rancangan yang disusun oleh pihak pelaksana dalam organisasi. Azman Che Omar berpandangan bahawa Rancangan Operasi menyediakan pelan tindakan yang menjadi tonggak yang menyokong dan mendokongan pengoperasian pelan strategik. Oleh sebab itu, Rancangan Operasi ini dirangka dan digubal oleh pengurusan pertengahan dan pengurusan bawah dalam setiap organisasi.

Pada pandangan beliau rancangan operasi ini terbahagi kepada dua iaitu rancangan sekali guna dan rancangan kerap kali guna dengan perinciannya seperti berikut:

Rancangan Sekali Guna:

Rancangan Sekali Guna terdiri dari tiga jenis rancangan iaitu program, projek dan belanjawan:

Program adalah rancangan yang digubal untuk mencapai sesuatu objektif yang tertentu dalam masa yang telah ditentukan.

Projek merupakan aktiviti daripada suatu program yang khusus.

Belanjawan adalah perancangan bagi pengurusan kewangan untuk masa depan dan penggunaan pelbagai sumber penajaan atau pembiayaan dalam aktiviti-aktiviti yang berasingan bagi jangka masa tertentu.

 

Rancangan Kerap Kali Guna

Rancangan Kerap Kali Guna pula terdiri dari perkara-perkara berikut:

Dasar – Garis panduan umum bagi pihak pengurusan membuat keputusan.

Prosedur – Satu siri urutan langkah yang berkaitan yang perlu diikuti untuk mencapai sesuatu tujuan tersebut.

Peraturan – Kenyataan yang sesuautu tindakan yang tertentu itu boleh dilakukan atau tidak dalam situasi tertentu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s