Salah Faham Dan Salah Tafsir

Oleh : Hj. Mohammad Fauzi

Komunikasi 1

Banyak berlaku salah faham dan salah tafsir mungkin timbul kerana:

Pertama – Persepsi (jadi dakwaan dibuat dengan konotasi yang negatif berbaur emosi)

Kedua – Salah maklumat (maklumat yang dikumpul mahupun yang disampaikan adalah tidak betul samada dengan sengaja ataupun tidak sengaja)

Ketiga – Kesilapan dalam mentafsir dan menganalisis maklumat (berlaku kesilapan samada dengan sengaja atau tidak sengaja dalam mentafsir dan menganalisis maklumat yang diterima atau dikumpulkan)

Keempat – Kesilapan dalam proses penyampaian maklumat samada secara verbal atau bertulis..(berlaku apabila pemilihan perkataan, susunan ayat dan penggunaan istilah-istilah tertentu adalah tidak tepat, tidak sesuai atau tidak menepati maksud sebenar samada sengaja atau tidak)..

Kelima – Berlaku salah faham dan salah tafsir ketika proses penerimaan maklumat samada maklumat diterima melalui pembacaan, pendengaran dsb ( salah faham  dan salah tafsir ketika proses penerimaan maklumat berlaku samada berpunca kerana persepsi, salah maklumat dan silap dan mentafsir maklumat..

Komunikasi 2

Natijahnya :-

Pertama  –  The damage is already done.

Kedua – Ia ‘bisa’ menjatuhkan kredibiliti, merosakkan imej, menjejaskan keharmonian dan boleh memberikan kesan kepada individu, kumpulan dan juga organisasi.

Ketiga – Ia memberikan kesan panjang yang mengambil masa dan langkah yang panjang dan berliku-liku untuk memulihkan keadaan.

Komunikasi

Pengajarannya –

  1. Proses pengendalian maklumat perlu dilakukan secara profesional dan bukannya secara emosional.
  2. Maklumat yang diterima perlu disahkan dengan mendapatkan maklumat tambahan dari pelbagai sumber..
  3. Maklumat perlu dibuat perbandingan dan perlu juga melalui proses untuk mendapatkan ‘second opinion’.
  4. Tidak semua maklumat yang diterima wajar disalurkan semula.
  5. Maklumat perlu ditapis dan diperingkatkan sebelum disalurkan semula.
  6. Sekiranya dalam proses menganalisis maklumat terdapat keraguan, maklumat berkenaan wajar diteliti dan diperincikan kesahihahnya.
  7. Maklumat yang telah dianalisis perlu diolah dari segi kaedah susunan perkataan, ayat mahupun penggunaan istilah dan jargon agar sesuai dengan keadaan, dan penerimaan pendengar mahupun pembaca.
  8. Kaedah penyampaian maklumat perlu sesuai dengan individu yang menerima maklumat, suasana semasa proses penyampaian maklumat berlangsung mahupun lokasi tempat maklumat disampaikan.
  9. Berfikir – berfikir sebelum bercakap dan berfikir sebelum menaip.
  10. Mencegah lebih mudah dari mengubat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s