Selamat Hari Guru 2016

Hari Guru

Oleh : Hj. Mohammad Fauzi

Dunia pendidikan sekolah bukanlah dunia yang asing bagi saya dan keluarga. Dalam adik-beradik, saya dan zaujah (isteri) saya sahaja yang tidak menjadi cikgu. Abg, kakak ipar, adik lelaki dan adik ipar saya semuanya cikgu. Arwah bapa saudara dan dua ibu saudara saya juga bekas cikgu, malah ada beberapa orang sepupu yang juga menjadi cikgu.

Keluarga sebelah zaujah (isteri) juga tidak asing dengan dunia pendidikan sekolah.. Dua adik ipar saya adalah cikgu. Biras saya juga cikgu dan beberapa orang saudara mara yang dekat juga cikgu.. Pendekata, corat-coret dunia pendidikan sekolah sangat tidak asing buat saya dan zaujah (isteri)..

Malah, ramai orang-orang yang mempunyai hubungan erat dengan kami sekeluarga juga adalah cikgu-cikgu.. Malah jiran sebelah rumah pun cikgu juga.

Dihadapan mata, kami saksikan dunia berkerjayakan cikgu semakin mencabar.. Jika zaman persekolahan dulu, orang sebut- senangnya jadi cikgu.. Kerja setengah hari sahaja, cuti sekolah pun panjang..

Benarkah kata-kata itu..?

Benarkah cikgu sekadar mengajar sahaja.?

Kini…

Hari Guru 4

Cikgu pegang 2 -3 jawatankuasa kerja di sekolah..

Cikgu kena jadi cikgu kelas..

Cikgu kena jadi guru petugas mingguan..

Cikgu kena jadi guru penasihat persatuan..

Cikgu kena jadi guru penasihat badan beruniform..

Cikgu kena jadi guru penasihat sukan..

Cikgu kena jadi anggota panitia kursus..

Cikgu kena jadi pengiring ke pertandingan, perlawanan dan lawatan..

Cikgu kena hadir program perkhemahan pelajar..

Cikgu itu.. dan cikgu ini..

 

Sekarang ramai cikgu sesi pagi balik sekolah paling awal jam 4 petang..

Sekarang ramai cikgu sesi petang datang sekolah seawal jam 10 pagi..

Sekarang ramai cikgu kena ada di sekolah hari Sabtu, Ahad dan kadang-kadang hari cuti umum..

 

Cikgu tetap masuk kelas ikut jam mengajar setiap minggu..

Cikgu harus buat kelas tambahan untuk persiapan UPSR, PT3, SPM dan STPM..

Cikgu kena bantu pelajar untuk duduki exam MUET..

Cikgu kena buat program motivasi dsb..

Cikgu kena juga buat program sukan, hari ko-kurikulum, hari graduasi dll..

 

Kerjaya cikgu semakin mencabar..

Negara dan masyarakat menaruh harapan besar pada cikgu..

 

Ada pula yang juga menempelkan cemuhan pada cikgu..

Anak gagal exam salah cikgu..

Anak nakal disekolah salah cikgu..

Anak melencong dan tak sampai ke kawasan sekolah pun juga adalah kesalahan cikgu.,

Anak tak beri tumpuan dalam pelajaran di kelas juga salah cikgu..

Cikgu dicemuh tak pandai mengajar dan tak cukup ilmu..

Lebih sedih mungkin ada yang ajar anak agar lawan cikgu..

 

Tidak jarang dengar cikgu mengeluh..

Tetapi lebih kerap dengar tentang kebimbangan mereka tentang masa depan warga muda negara..

Tentang kebejatan moral anak-anak muda disekolah..

Kemana dan bagaimanakah mereka dimasa akan datang..

 

Pelajar datang dan pelajar pergi..

Cikgu tetap dengan tugasnya..

Mengajar..Mendidik..Membentuk..

Dan mereka juga tidak jemu berusaha menambahkan ilmu..

 

Beruntunglah murid yang pandai memanfaatkannya..

Merugilah murid yang terleka..

 

Kepada cikgu-cikgu..

Terima masih atas segala jasa dan bakti..

Kehadiran anda semua sebagai cikgu tidak harus diraikan dalam hanya satu hari dalam setahun..

 

Tetapi kehadiran anda semua wajar diraikan setiap hari..

Dimanfaatkan kehadirannya..

Ditimba ilmunya..

Dikongsi pengalamannnya..

Didambakan bimbingan dan perhatiannya..

Dihargai pengorbanannya..

 

Celik Insan Kerana Guru Unggul…

C.I.K.G.U..

Hari Guru 3

Terima Kasih Cikgu..

 

Sajak khas buat Cikgu.. (yang dipost di FB pagi tadi..)

 

Dari tidak mengenal huruf dan bercakap pelat sehinggalah petah berbicara, pandai menulis dan mampu membaca..

 

Dari anak kecil membawa manusia menjengah alam remaja hingga menjadi dewasa..

Dari kanak-kanak sekolah riang ria hingga membawa ke menjadi graduan berjaya..

Setiap perubahan itu ada ‘air tangan’ guru dibelakangnya..

Guru tidak meminta apa-apa..

 

Kejayaan anak didik menjadi kebanggaan dan kegembiraan hatinya..

Kegagalan anak didik, membuat mereka berduka dan menggeleng kepala..

 

Guru tidak meminta apa-apa..

Hari Guru 2

Diwaktu para pemberita datang menerpa menemubual pelajar yang berjaya..

Jarang sekali anak-anak murid yang melahirkan rasa terima kasih dengan menyebut pengorbanan mereka..

 

Mereka duduk menontonnya dikaca media dengan melepaskan perasaan lega..

Mungkin jasa mereka kurang dihargai di dunia tetapi Allah s.w.t pasti menyediakan ganjaran yang besar di sana..

Selamat Hari Guru diucapkan..

Tiada termampu membalas jasa guru-guru..

Semoga Jannah tersedia menanti mereka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s