Perjanjian Bangkok – Kesannya Kepada Umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu

Oleh: Haji Mohammad Fauzi Bin Khalid

Wilayah Satun, Songkhla, Narathiwat, Yala dan Patani adalah lima buah wilayah Thailand yang mempunyai hubungan sejarah yang erat dengan Semenanjung Tanah Melayu. Empat dari lima wilayah ini berkongsi sempadan dengan Semenanjung Tanah Melayu dan ramai rakyat Malaysia yang kerap keluar dan masuk ke Thailand melalui pintu-pintu sempadan di wilayah-wilayah berkenaan.

Wilayah Islam Selatan Thai

Kelima-lima wilayah di selatan Thailand ini asalnya adalah satu wilayah yang besar dan berdaulat iaitu Kerajaan Patani Darussalam. Setelah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, muncul beberapa kerajaan yang dianggap sebagai kesinambungan kepada kegemilangan kerajaan Melayu di Alam Melayu seperti Kerajaan Perak, Kerajaan Pahang-Johor-Riau-Lingga, Kerajaan Acheh, dan Kerajaan Patani.

Kegemilangan kerajaan Patani berada dikemuncaknya ketika pemerintahan Ratu-Ratu Pelangi iaitu Raja Hijau, Raja Biru, Raja Ungu dan Raja Kuning dengan tempoh pemerintahan keempat-empat ratu ini menjangkau 65 tahun.

Queens of Langkasuka

Kisah pemerintahan Raja-Raja Pelangi ini pernah difilemkan oleh industry filem Thai dengan tajuk Queens of Langkasuka dan digambarkan bahawa ibu-negara kerajaan yang diketuai oleh Ratu-Ratu Pelangi ini mempunyai pertahanan yang mantap dengan tembok yang kukuh.

Sebagaimana juga kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Patani tidak sunyi dari ancaman Siam. Sepanjang pemerintahan Ratu-Ratu Pelangi sahaja, Patani menghadapi serangan besar-besaran dari Siam sebanyak empat (4) kali iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638. Serangan Siam pada Mei 1634, menyaksikan seramai 60,000 tentera Siam meyerang Patani tetapi berjaya dikalahkan.

Ratu Hijau

Kemangkatan Ratu Kuning telah menyebabkan Patani lemah walaupun kemudiannya kerajaan Patani telah berjaya digabungkan dengan kerajaan Kelantan. Sokongan yang biasanya diterima oleh Patani dari negeri-negeri Melayu seperti Pahang dan Johor tidak dapat diperolehi pada masa ini kerana, Kerajaan Johor-Riau sendiri sedang berhadapan dengan masalah dalaman negeri kerana kemaraan kuasa Bugis di Semananjung Tanah Melayu.

Sejak itu, Siam mula berani semula menjejakkan kaki ke wilayah Patani dan berjaya menawannya pada tahun 1785. Sultan Muhammad yang memerintah Patani, syahid dalam serangan tersebut dan seramai 4,000 orang Melayu Patani menjadi tawanan dan dibawa ke Bangkok. Turut berjaya dijajah ketika itu adalah kerajaan Kelantan dan Terengganu. Kerajaan Patani dipecahkan kepada tujuh (7) wilayah iaitu Patani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Raman, Jambu (Yaring),  Rangae  dan Yala (Jalor).

Perjanjian Bangkok yang ditandatangi oleh Siam dan British pada 10 Mac 2016 menyaksikan bahawa, kerajaan Patani kekal berada dibawah jajahan Siam. Turut berada dibawah jajahan Siam adalah sebahagian dari wilayah Kedah iaitu Setul.

Perjanjian yang ini memberikan kesan besar kepada umat Islam dan bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia. Akibat perjanjian antara dua kuasa penjajah ini menyaksikan wilayah Semenanjung Tanah Melayu seolah-olah terbahagi dua dengan sebahagian dari wilayahnya yang pernah berdiri kerajaan bersultan yang berdaulat kekal menjadi wilayah jajahan sehingga hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s