Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 59

Oleh: Haji Mohammad Fauzi Bin Khalid

Setiap kumpulan mahupun organisasi mempunyai visi, matlamat atau sasaran yang ingin dicapai. Pelbagai strategi, pendekatan dan rancangan dirangka dan diatur bagi mencapai visi, matlamat dan sasaran yang ditetapkan.

Gambar Visi Organisasi

Menjadi lumrah kepada anggota kumpulan atau organisasi berkenaan unuk memberikan komitmen dan sepenuh tumpuan bagi melaksanakan semua rancangan yang telah dirangka dan diatur tadi, Tidak sedikit pengorbanan dalam pelbagai bentuk yang dicurahkan asal sahaja apa yang dirancang berjalan lancar.

Perjalanan kumpulan atau organisasi bagi mencapai visi dan matlamat, menjadi halatuju perjuangan seluruh organisasi. Perjuangan bagi mempastikan semua rancangan dilaksanakan adalah ‘battle to cry for’. Apa jua sumber yang ada samada, tenaga kerja, dana kewangan, idea sehingga sumber berbentuk aset dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyokong perlaksanaan semua rancangan yang ditetapkan.

Perjuangan bagi mencapai visi dan matlamat adalah perjuangan yang panjang dan berterusan.

Ada kumpulan atau organsasi yang berjaya mencapai visi dan matlamatnya.

Ada pula yang gagal..

Ada juga yang memerlukan ‘adjusment’ agar sesuai dan selari dengan perubahan dan kehendak semasa.

Dalam perjuangan ini, hampir semua individu yang terlibat akan senada, seia dan sekata.

Jika adapun perbezaan pandangan, pendapat dan pendekatan, ia segera dapat diselesaikan.

Sebarang perbezaan diraikan, disesuaikan.

Ada pula pihak yang rela berkorban dan ‘win-win solution’ sentiasa menjadi penekanan.

Isu dan masalah dikendalikan, dihadapi dan diselesaikan bersama.

Kerja Berpasukan

Setelah melalui perjalanan yang panjang dan berliku, akhirnya visi, matlamat dan sasaran berjaya dicapai,

Kejayaan, untung dan laba sudah didepan mata.

Tiba-tiba ramai pihak dalam kumpulan dan organisasi berada dalam keadaan terpinga-pinga..

What’s next..?

Selepas ini apa pula..?

Disinilah cabaran sebenarnya bermula..

Disini juga bermula dugaan dan ujian yang sebenar kepada individu mahupun kumpulan atau organisasi.

Cabaran terbesar adalah untuk meneruskan kesinambungan kejayaan yang telah dicapai.

Terdapat dua perkara yang perlu diambil kira.

Pertama – Siapa perlu buat apa..

Kedua – Siapa yang akan dapat apa.

Jika kedua-dua perkara ini tidak diuruskan dengan bijak, adil, teliti , amanah dan saksama maka kumpulan atau organisasi akan menghadapi masalah besar yang akan mencacatkan kejayaan yang telah dicapai.

Begitu juga dalam menguruskan negara.

Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan adalah perjuangan yang getir dan sukar.

Tetapi berjuang untuk mengisi kemenangan setelah kemerdekaan adalah jauh lebih getir dan sukar.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 59..

Hari Kemerdekaan Ke 59

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s