Viral.. Hebahan Berselit Fitnah

Oleh: Haji Mohammad Fauzi Bin Khalid

Dari Ahban radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berwasiat kepadaku:
سَتَكُوْنُ فِتَنٌ وَفِرْقَةٌ فَإِذَا كَانَ كَذَلِكَ فَاكْسِرْ سَيِفَكَ وَاتَّخِذْ سَيْفاً مِنْ خَشَبٍ
“Kelak akan ada banyak kekacauan dan perpecahan. Jika sudah seperti itu maka patahkanlah pedangmu dan pakailah pedang dari kayu.” (HR. Ahmad no. 20622)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
سَتَكُوْنَ فِتَنٌ القاعِدُ فِيْها خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ والقائمُ فيها خيرٌ من المَاشِي والماشِي فيها خير من السَّاعِي. مَنْ تَشَرَّفَ لَها تَسْتَشْرِفْهُ وَمَنْ وَجَدَ مَلْجَأً أَوْ مَعَاذاً فَلْيَعِذْ بِهِ
“Kelak akan ada banyak kekacauan dimana di dalamnya orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik daripada yang berusaha (dalam fitnah). Siapa yang menghadapi kekacauan tersebut maka hendaknya dia menghindarinya dan siapa yang mendapati tempat kembali atau tempat berlindung darinya maka hendaknya dia berlindung.” (HR. Al-Bukhari no. 3601 dan Muslim no. 2886)

Umum mengetahui bahawa kita sekarang berada dalam fasa yang disebut akhir zaman. Salah satu dari tanda-tanda berlakunya akhir zaman adalah fitnah merebak dan begitu berleluasa.

Akhir-akhir ini iklim politik Malaysia begitu panas dan merimaskan. Pelbagai pihak cuba untuk mempertahankan pendirian politik masing-masing dengan pelbagai cara. Maka wujudlah ‘key-board’ warrior, ‘cyber -tropper’ dan pelbagai istilah lagi.

Dunia maklumat digunakan untuk mengetengahkan, mempropagandakan dan mempertahankan apa yang diperjuangkan. Melalui tangan-tangan inilah maklumat disalurkan samada secara beretika mahupun tidak.

gambar-comm

Secara peribadi saya cuba untuk menahan diri semampu mungkin dari memberikan sebarang pandangan, komentar dan ulasan atas perkara-perkara yang berkaitan dengan politik dalam perbincangan secara maya dan terbuka.

Saya bimbang sekiranya maklumat yang disampaikan adalah tidak benar dan memberikan kesan negatif kepada individu, kumpulan dan akhirnya memberikan kesan kepada masyarakat.

Tambahan pulan, dizaman teknologi yang serba canggih ini, fitnah lebih mudah bertiup dengan kencang. Sebagai contoh dengan bersandarkan pepatah “gambar menceritakan 1000 perkara”, “biar gambar berbicara” dan lain-lainnya, fitnah berlaku dengan begitu mudah.

gambar-comm-1

Gambar dengan mudah disalah-ertikan, dimanupulasi, diedit, dipalsukan dll. Kini gambar mudah disebarluaskan, dan peristiwa yang berlaku boleh tersebar keseluruh dunia dalam beberapa minit sahaja.

Dengan memviralkan sekeping gambar di alam-maya, pelbagai komentar diluahkan. Biasanya komentar diluahkan dengan iringan kata cerca, makian, sindiran dan ejekan. Malah ada pula yang menambahkannya dengan kepingan-kepingan gambar yang lain untuk mempertahankan hujah masing-masing.

Maka fitnah pun bertambah marak. Suhu emosi semakin hangat dan tidak mustahil ia mungkin akan disusuli dengan kekerasan dan berakhir dengan pertumpahan darah.

Dengan itu, saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada semua rakan kenalan agar lebih berhati-hati dan berusaha mengawal emosi, fikiran dan juga tangan dan lidah agar tidak terbaur di dalam kancah fitnah ini.

Elak-elakkan dalam memberikan pandangan secara terbuka mahupun memanjangkan apa jua bentuk gambar, pandangan orang lain dan perkara-perkara yang seumpamanya di zaman yang mana fitnah mudah tersebar ini.

Ia harus bermula dengan diri kita, mudah-mudahan lebih ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah kita kelak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s