Salah Faham Mengenai Pelan Strategik

Oleh: A. Amri

Business Graphs and Charts

Saban tahun pengurusan tertinggi dalam sesebuah organisasi akan duduk semeja untuk membincangkan perihal pelan strategik. Sama ada memformulakan pelan strategic baharu (setiap 5 tahun) atau sekadar menyemak semula pelan yang sedia ada, ia telah menjadi satu acara tahunan yang pasti. Kebiasaannya, data pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjadi penanda aras kepada kejayaan sesebuah pelan strategik. Walau bagaimanapun, seringkali juga sesuatu pelan strategik menemui kegagalan, dan natijahnya mempengaruhi sikap pengurusan tertinggi terhadap pelan strategik … sesuatu yang menyusahkan dan sia-sia.

Kegagalan sesuatu pelan strategik kerap dikaitkan dengan perubahan yang disebabkan oleh pengaruh persekitaran. Namun, punca sebenar kegagalannya adalah strategi dan pelaksanaan yang tidak tepat. Amalan biasa yang digunakan untuk membina sesebuah pelan strategik adalah dengan meningkatkan sasaran pencapaian tahun demi tahun. Bahkan, apabila sesuatu tahap pencapaian tidak boleh lagi ditingkatkan (telah capai 100%), sasaran seterusnya ialah mengekalkan pencapaian di tahap sedia ada. Ini merupakan ciri-ciri sebuah pelan yang bakal meranapkan sesebuah organisasi dalam jangka panjang.

Montgomery dalam buku ‘The Strategist’ menyatakan bahawa strategi yang baik adalah strategi yang tidak beku, malah ia bersifat dinamik. Pengurusan tertinggi seharusnya meneroka idea dan kaedah baharu, bukan sekadar mengitar semula dan menambahbaik idea lama. Merancang strategi memerlukan kreativiti, di samping data yang padu. Apa yang paling ditekankan oleh pakar-pakar strategi adalah visi organisasi dan tujuan kewujudan sesebuah organisasi itu. Ikea misalnya, menekankan dan sentiasa mengulangi pernyataan matlamat kewujudannya kepada semua stafnya. Ini menimbulkan budaya dan nilai yang selari dalam sesebuah organisasi.

Membina pelan strategik juga bukan hanya melalui kaedah menganalisis data, tetapi memerlukan pengurusan tertinggi mensintesis perubahan yang berlaku dalam dan luar organisasi. Sekiranya proses membina pelan strategik hanya melibatkan analisis data, ia bukanlah pelan strategik sebaliknya sekadar perancangan tahunan kerana hanya memerlukan kemahiran analitikal. Menurut Mintzberg dalam tulisan beliau, ‘The Fall and Rise of Strategic Planning’, mensintesis data dan pengalaman (sendiri dan orang lain) adalah satu proses yang kreatif. Pengurusan tertinggi perlu membuat keputusan dimana hendak difokuskan kekuatan (tenaga, masa dan kewangan) secara fleksibel untuk memperolehi kelebihan kompetitif.

Tugas utama selepas sesebuah organisasi jelas tentang visinya adalah mengenalpasti apa yang membezakan antara mereka dan pesaing-pesaingnya, mengekalkan kelebihan tersebut dan meneroka peluang-peluang baharu. Apabila keseluruhan proses ini dapat dicapai dengan baik, maka pelan strategik telah dianggap berjaya.

Hakcipta terpelihara © UniProf (2016).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s