Pemikiran Baru dan Kebangkitan Rakyat

Oleh A. Amri Awal abad ke -21 mungkin akan diingati dalam lipatan sejarah sebagai zaman kebangkitan rakyat. Di Amerika Syarikat, buat pertama kalinya seorang Presiden berkulit hitam telah dipilih rakyat, walaupun telah beratus tahun negara itu mendabik dada sebagai negara yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan kesaksamaan. Di negara sekular Turki pula, seorang Perdana Menteri pro-Islam…

Kepimpinan Melayu: Ke Mana Arah Tujumu?

Oleh: A. Amri Sejarah peradaban dunia telah membuktikan bahawa apabila seorang pemimpin yang hebat memimpin, negara yang dipimpinnya pasti melakar sejarah tersendiri. Nama-nama seperti Julius Ceasar, Napolean, Hitler dan Khomeini adalah sebahagian daripada nama-nama yang mempunyai wawasan tersendiri dalam membangunkan negara mereka. Apa yang membuatkan mereka ini pemimpin yang berjaya mentransformasi negara dan rakyatnya ke…

Pegangan Hidup Syed Mokhtar Al-Bukhary

1. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. 2. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. 3. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. 4. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang…

Perak Ada Dua Menteri Besar?

Oleh: A. Amri Apa yang sedang berlaku di Perak? Pergolakan politik di negeri Perak adalah satu contoh natijah apabila prosedur dan peraturan yang telah termaktub dibelakangkan semata-mata kerana terlalu banyak campur tangan politik. Apabila ada orang cuba jadi ‘above the law’, satu negara boleh huru-hara. Pada pandangan saya, ada beberapa pengajaran boleh diperolehi daripada kemelut…

Ciri-ciri Pemimpin Beretika

Oleh: M. Fauzi Pemimpin yang beretika dianggap pemimpin yang jujur, amanah, sangat dipercayai dan dapat diharapkan bukan setakat untuk memimpin dan melindungi subordinat, tetapi dijadikan sumber rujukan dan contoh tauladan hidup oleh subordinat. Apakah yang dikatakan pemimpin yang beretika? Pemimpin yang beretika adalah pemimpin yang mengotakan apa yang dilafazkan. Kewibawaan seorang pemimpin terjejas apabila tindakan-tindakan…

Ciri-ciri Pemimpin yang Baik

Oleh: M. Fauzi Sejak dari awal kajian dibuat tentang sains pengurusan, terdapat beberapa pendekatan yang digariskan dalam membuat penilaian ke atas ciri-ciri pemimpin. Pada awalnya ciri-ciri pemimpin biasanya di kaitkan dengan ‘teori orang besar’. Orang besar biasanya di kaitkan dengan bentuk fizikal yang pastinya dikaitkan dengan kekuatan fizikal. Maka lahirlah prinsip ‘orang kuat mengatasi orang…

Karisma Seorang Pemimpin

Oleh: A. Amri Adakah anda seorang Ketua Jabatan? Ketua Bahagian? Ketua Unit? Sebaik sahaja anda berada di posisi seorang ketua, anda sebenarnya dinilai oleh orang lain. Penilai mungkin terdiri dari rakan anda atau pesaing anda. Anda mahu orang lain melihat anda sebagai pemimpin yang bagaimana? Seorang pemimpin yang hebat mempunyai karisma. Karisma mampu memberi kesan…