Generalisasi

Oleh:
Haji Mohammad Fauzi Bin Khalid
Kita mungkin pernah dengar ayat-ayat seperti ini..
 
Orang muda tak cukup pengalaman..
Budak silat panas baran..
Orang Perak makan tempoyak siang dan malam..
Mat Rempit budak jahat..
Orang Bangladesh pengotor..
 
Dan pelbagai ayat yang seumpama dengannya..
 
Pada pandangan saya, ayat-ayat ini adalah ayat berbentuk generalisasi (generalized)..
Generalization 2
 
Kebiasaannya, ayat-ayat berbentuk generalisasi ini mempunyai stigma yang negatif..
 
Namun begitu, ada juga generalisasi ini berbentuk positif..
 
Sebagai contoh..
 
Orang Jepun, semuanya rajin..
Orang tua banyak pengalaman..
Orang Jawa pandai memasak..
Boss lelaki sempoi, boss wanita teliti..
 
Namun begitu, walaupun generalisasi ini mempunyai stigma yang positif, tetapi kesannya tetap menjuruskan kepada implikasi negatif..
 
Ini kerana kenyataan-kenyataan berkenaan boleh dipertikaikan..
 
Umpamanya, adakah benar semua orang Jepun rajin..?
Generalization
 
Dalam organisasi, generalisasi ini mempunyai kesan-kesan negatif kepada keharmonian dan menghakis kepercayaan sesama warga organisasi.
 
Generalisasi ini jika dipertuturkan oleh warga kerja di peringkat bawah, boleh mengundang fitnah..
 
Generalisasi ini, lebih membawa kesan yang mendalam, jika dipertuturkan oleh pihak atasan sesebuah organisasi dalam mana-mana tempat samada dalam sesi perbincangan, mesyuarat mahupun pertemuan rasmi atau tidak rasmi..
 
Generalisasi berstigma positif, menjurus kepada ketidakadilan..
 
Generalisasi berstigma negatif, membawa kepada kezaliman..
 
Saya menasihati diri sendiri, sahabat handai, rakan taulan, dan kaum kerabat agar kurang-kurangkan kecenderungan untuk bersifat generalisasi ini dalam perbualan seharian..
Generalization 1
 
Terlajak perahu boleh diundurkan..
Terlajak kata, berat kesannya..
 
Pokok perbualan biarlah berteras..
Buah bicara biarlah beralas..
Isi kata biarlah berkias..
 
Generalisasi ini umpama barah..
Ia perosak sendi hidup bermasyarakat..
Ia pembunuh senyap kepada organisasi..

Leave a comment