Narcissist – Penyakit Hati Yang Menyakitkan

Oleh: Hj Mohammad Fauzi Bin Khalid

Manusia ini ada pelbagai kategori..

Antaranya adalah..

Kategori 1 – Ada orang yang hebat dan merendah diri..

Kategori 2 – Ada orang yang hebat tetapi memandang rendah kepada orang lain..

Kategori 3 – Ada orang yang kurang hebat, tapi tinggi adab dan akhlak lagi pandai membawa diri..

Kategori 4 – Ada orang yang tak berapa nak hebat, tetapi cuba menonjolkan diri sebagai orang yang hebat dan suka memandang rendah pada orang lain..

Mungkin kita pernah bertemu dengan orang yang mempunyai sikap dalam Kategori 4, tetapi kita mungkin menemui kesukaran bagi menggambarkan sikap apakah yang sesuai dengannya..

Sombong pun ada..
Ego pun ada..

Sikap ke’aku’an pun ada..
Berlagak pun ada..
Pendengki pun ada..

Mudah sentap pun ada..
Suka mengawal dan mengongkong pun ada..

Majoriti segala jenis sikap ‘toxic’ hampir semuanya ada..

Di zaman moden ini, terma yang sesuai bagi menggambarkan orang yang mempunyai sifat-sifat diatas adalah ‘narcissist’..

Narcissist

Memang ‘annoying’ bila berdampingan dengan individu yang mempunyai sikap seperti ini..

Yang terbaik..
Yang terhebat..
Yang tercanggih..
Yang terajin..

Semua yang ter.. ter.. ter adalah dia..
Termasuk jika keadaan paling sedih pun, kesedihannya lebih ter… dari orang lain..

Really extreme..Orang yang mempunyai sifat dan sikap sebegini mempunyai masalah jiwa..

Matanya sakit jika orang lain lebih baik dari dirinya..

Malah lebih menyakitkan, jika yang orang yang mempunyai kedudukan yang baik itu, adalah orang yang muda usia darinya, atau satu ketika dahulu adalah orang yang bersifat ‘low profile’..

Telinga orang mempunyai sifat ‘narcissist’ ini, tidak boleh menerima pujian yang bukan ditujukan pada dirinya..

Jika tidak kena cara, boleh timbul dendam dan kesumat yang bersarang dalam hati dan fikirannya..

Kadang-kadang perkara yang boleh menjadi punca ‘sakit mata’ pada orang yang bersifat ‘narcissist’ ini adalah perkara yang simple, sebagai contohnya cara ‘saingannya’ itu berpakaian dan sebagainya..

 

Narcissist 2

Tiada sebarang tips bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang ‘narcissist’ ini..

Jika mampu, jarakkan diri secara terhormat adalah langkah yang terbaik.

Ia bukan memutuskan silaturrahim tetapi kita cuma untuk meminimumkan keterlibatan kita dengan orang yang mempunyai sifat ‘narcissist’ ini melainkan kerana keadaan yang memaksa..

Tetapi jangan pula terperanjat kerana kebiasaannya orang yang bersifat ‘narcissist’ ini mempunyai banyak ‘masa dan mata’ untuk mengintip gerak geri orang yang menjadi saingannya..

Menakutkan..
Macam psikopat pun ada…

Cegah sebelum parah..
Mencegah lebih baik dari mengubati..

Narcissist 1

Jika ditakdirkan terserempak dengan orang yang bersifat ‘narcissist’ ini, disarankan ‘angkatlah kaki’ lebih awal..

Kajian dan pembacaan lanjut akan membantu kita dalam berhadapan dan menangani orang yang mempunyai sifat ‘narcissist’ ini.

Akhirnya, kita berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t agar diri kita yang amat lemah ini, dijauhkan dari mempunyai ciri-ciri atau sikap ‘narcissist’ ini..

Sesungguhnya Maha Suci Allah s.w.t yang Maha Berkuasa dalam membolak balikkan hati manusia, umpama air yang sedang mendidih..

 

Leave a comment