Demokrasi Dan Barat

Oleh: Haji Mohammad Fauzi Bin Khalid

Asas demokrasi adalah..
Kerajaan dari rakyat..
Kepada rakyat..
Dan untuk rakyat..
Asas demokrasi adalah mudah – kerajaan dibentuk hasil pemilihan oleh rakyat melalui mekanisme yang dipanggil pilihanraya..

Demokrasi

 

Para ulama dan pendukung gerakan Islam mempunyai pelbagai pandangan terhadap sistem demokrasi.

Abul Aa’la Al Maududi dan Sayyid Qutb adalah tokoh yang mempunyai pandangan yang keras terhadap demokrasi.

Namun tokoh-tokoh yang lain seperti As-Syahid Hassan Al Banna, Syaikh Muhammad Al Ghazali, Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Syeikh Rashid Al Ghannoushi dan beberapa orang tokoh yang lain mempunyai pandangan yang terbuka terhadap sistem demokrasi.

Malah, gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia berusaha memperbaiki keadaan umat Islam dengan menerjunkan diri mereka dalam politik di negara masing-masing melalui sistem demokrasi.

Tokoh-tokoh dan pendukung gerakan Islam cuba membawa suara-suara bagi memperbaiki keadaan umat Islam di negara-negara Barat juga melalui sistem demokrasi.

Para pendokong gerakan Islam meraikan proses pemilihan pemimpin melalui kaedah demokrasi, melambangkan bahwa gerakan Islam bukan gerakan ganas dan teroris.

Demokrasi 1

Namun bagi Barat..
Demokrasi harus dilaksanakan mengikut acuan dan kehendak mereka..

Bagi Barat, demokrasi masih dijalankan melalui pilihanraya, tetapi siapa yang boleh menyertai pilihanraya itu mestilah mengikut selera dan ideologi mereka..

Demokrasi bagi mereka harus di juarai dan dikuasai oleh kelompok yang ‘mesra’ Barat..

Bagi Barat, kumpulan yang berlatarbelakangkan Islam tidak boleh ‘diterima’ jika memegang kuasa melalui pintu demokrasi..

Jika ada yang berjaya, golongan itu adalah golongan fundamentalist, Islamist, Islamic dictatorship, Jihadist, golongan teroris dan pelbagai label lagi..

Barat bukan sekadar melabel, malah berusaha menjatuhkan kerajaan berkenaan samada secara langsung mahupun secara halus..

Media, dana, malah agen-agen khusus disusup ke dalam negara berkenaan bagi menjatuhkan kerajaan demokrasi yang di menangi oleh kumpulan yang berlatarbelakangkan Islam tadi..

Rampasan kuasa di Turki oleh pihak tentera yang di sokong secara tidak langsung oleh ‘juara-juara’ demokrasi dari Barat bukan berlaku sekali tetapi beberapa kali..

Setiap kali kerajaan yang dipilih oleh rakyat tumbang di tangan tentera, pejuang demokrasi Barat bukan sekadar diam membisu, tetapi diyakini, mereka sedang bertepuk tangan sambil tersenyum kucing..

Turki bukan mangsa pertama dan terakhir..

Gerakan-gerakan Islam yang pernah membentuk kerajaan melalui demokrasi seperti di Algeria, Mesir, Sudan malah dalam pilihanraya Palestin turut di menjadi mangsa..

Ia tidak mustahil berlaku di negara-negara lain juga..

Ia juga tidak mustahil berlaku di negara-negara Barat seperti di Britain umpamanya, apabila jumlah umat Islam bertambah dan mula membentuk parti yang tertentu..

Sikap double standard negara Barat ini merosakkan citra dan kemurnian sistem demokrasi ini.

Adalah tidak mustahil, jika keadaan ini berterusan kepercayaan kepada sistem demokrasi ini suatu hari nanti akan luntur dan pudar.

Leave a comment