COVID 19 Dan CBRNe

Oleh : Haji Mohammad Fauzi Bin Khalid

Setakat 15 Mac 2020, jumlah keseluruhan kes Coronavirus di Malaysia menjangkau 428 kes dengan kes baharu sebanyak 190 kes..

Covid 1
Pada masa yang sama, seramai 42 orang pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital..

Oleh kerana penulis tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dari sudut perubatan, maka saya tidak berhasrat untuk mengulas isu Coronavirus (Covid – 19) dari sudut berkenaan.

Cuma, penulis tertarik untuk mengulas isu pengurusan bencana wabak dari sudut pengurusan keselamatan dan pertahanan negara..

Dalam perarakan sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Polis, Hari Bomba dan sebagainya, mungkin ada di antara kita yang perasan terdapat kenderaan khusus yang diberi singkatan nama CBRN..

CBRN atau CBRNe adalah singkatan nama pada Chemical, Biological, Radiological, Nuclear & Explosive Materials adalah salah satu cabang yang ada dalam elemen pertahanan negara..

Covid 4

Di Malaysia, selain dari Angkatan Tentera Malaysia, PDRM (Polis Di Raja Malaysia) dan Bomba turut mempunyai peralatan dan anggota yang khusus bagi menangani ancaman CBRNe ini..

Pada pandangan penulis, walaupun terdapat 3 agensi pertahanan yang mempunyai kelengkapan CBRNe, tetapi jumlahnya jauh dari mencukupi untuk melindungi keseluruhan rakyat dari ancaman CNRNe dalam skala yang besar..

Sehingga kini, asal-usul virus Covid-19 ini tidak dapat dipastikan samada ia adalah virus semula jadi ataupun virus yang dihasilkan di makmal, tetapi penanda pandemik yang dikeluarkan oleh WHO, membolehkan ancaman virus Covid – 19 ini dikatogerikan sebagai sebahagian dari ancaman di bawah CBRNe..

Pada 16 MAc 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Sama-sama kita doakan agar penularan virus Covid-19 dapat dikurangkan dan dihentikan..

Diharapkan juga, setelah negara pulih semula dari krisis ini, juga melepasi krisis ekonomi global kelak, pihak kerajaan disarankan memberikan perhatian dan peruntukan yang mencukupi kepada agensi-agensi keselamatan dan juga Kementerian Kesihatan, bagi melengkapkan kemudahan bagi menangani ancaman CNRNe ini..

Covid 5
Penularan virus Covid- 19 bukan kejadian pertama.

Kita pernah menghadapi penularan virus JE, Virus Nipah, H1N1 dan lain-lain..

Dimasa akan datang, risiko berlaku penularan virus seumpamanya masih tetap ada..

Sediakan payung sebelum hujan..
Beringat sebelum terlambat..

Covid 2

Salam hormat dan jutaan terima kasih kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia dan keluarga mereka, atas pengorbanan, dedikasi dan komitmen yang diberikan dalam menghadapi krisis ini..

Credit gambar :

FB Panggilan Pertiwi
FB Malaysia Defense Review

Leave a comment