Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke 87…

Oleh : Haji Mohammad Fauzi Bin KhalidTD 1

Tentera Darat adalah salah satu benteng pertahanan negara yang bertanggungjawab secara langsung kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong selaku pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia..

TD 2

Salah satu berita baik yang diterima adalah perolehan enam helikopter tempur ringan yang tergantung proses perolehannya selama hampir 2 tahun sebelum ini telah diteruskan..

Perolehan ini amat penting bagi membantu memperkukuhkan pertahanan di Sabah dan juga Sarawak..

Suatu ketika dahulu sekitar tahun 1996 – 1997, Angkatan Tentera Malaysia hampir berjaya memperolehi helikopter tempur berat Rooivalk buatan Afrika Selatan, namun perolehan berkenaan ditangguhkan kerana krisis kewangan tahun 1998..

Walaupun ekonomi negara telah pulih, tetapi entah mengapa, rancangan perolehan berkenaan tidak diteruskan..

Pada masa yang sama, negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, malah baru-baru ini, Filipina telah memperolehi helikopter tempur berat sebagai salah satu aset strategik pertahanan negara masing-masing..
TD 4

Semoga program pemodenan seperti yang telah digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan baru-baru ini, diberikan perhatian oleh kerajaan demi memperkasakan pertahanan negara Malaysia yang kita cintai ini..

Pertahanan Negara, Jika Ampuh,
Musuh Akan Gerun Untuk Menceroboh..

Pertahanan Negara, Jika Rapuh,
Musuh Mudah Bolos, Negara Boleh Roboh..

Catatan Lewat Petang..

Leave a comment